Kehadiran fesyen Barat pada zaman Meiji di Jepun (1868-1912) adalah kesan secara langsung daripada "pembukaan" politik dan ekonomi di negara ini pada tahun 1854 apabila kurofune (kapal hitam) Amerika muncul. Kon Wajirou mengatakan, "Kurofune telah menakutkan masyarakat Jepun dengan pemikiran bahawa Jepun mungkin diduduki melainkan sistem pertahanan tentera Jepun diperbaharui sepenuhnya. Kurofune juga telah menyebabkan masyarakat Jepun berfikir bahawa mereka terpaksa menukar pakaian mereka juga." Disebabkan imperialisme Barat, pasukan elit samurai telah menyebabkan penyusunan semula struktur politik negara, dengan menumbangkan Shogun Tokugawa dan melancarkan Pemulihan Meiji.
Masyarakat Jepun kemudiannya terdedah secara meluas kepada pengaruh Barat, dan kesannya terhadap kehidupan mereka amat mengagumkan. Fenomena kemodenan ini telah menggalakkan dan mempercepatkan penyebaran pakaian Barat di kalangan masyarakat, dan menjadi simbol modenisasi.

Pengaruh Barat pertama kali digunakan dalam pakaian seragam tentera lelaki, dengan gaya Perancis dan British yang direka untuk tentera darat dan tentera laut. Bermula pada tahun 1870, anggota kerajaan seperti polis, pekerja kereta api, dan posmen, dikehendaki memakai sut lelaki Barat. Malah, di istana maharaja, mandat untuk memakai pakaian Barat telah diluluskan bagi lelaki pada tahun 1872 dan bagi wanita pada tahun 1886. Maharaja dan permaisuri, bertindak sebagai model kepada rakyat, telah menggunakan pakaian Barat serta gaya rambut ketika menghadiri upacara rasmi. Ketika Zaman Meiji, kosode berbentuk T mula dikenali sebagai kimono, dan kini diiktiraf sebagai pakaian kebangsaan Jepun.
Masyarakat Jepun juga turut terlibat dalam majlis makan malam mewah dengan menggunakan gaun gaya Barat dan tuksedo. Pada tahun 1890, golongan lelaki telah mula memakai sut Barat walaupun ia masih belum dalam kebiasaan, manakala pakaian Barat untuk golongan wanita masih terhad kepada golongan bangsawan dan isteri-isteri diplomat. Kimono pula terus mendominasi dalam zaman Meiji awal, serta digabungkan dengan aksesori Barat.

Ramai rakyat Jepun yang memakai pakaian Barat di khalayak ramai akan mengubah pakaian ke pakaian Jepun ketika berada di rumah. Keadaan ini menunjukkan bahawa rakyat Jepun masih belum menerima budaya Barat secara keseluruhan. Hal ini demikian kerana, pakaian Barat pada abad kesembilan belas amatlah tidak sesuai dipakai di rumah. Pakaian Barat tersebut dipenuhi dengan skirt dan renda kelihatan tidak praktikal untuk duduk di atas tikar tatami. Pemakaian kasut Barat era Victoria terutama yang berbutang tinggi sangat tidak sesuai dengan budaya masyarakat Jepun yang membuka kasut ketika memasuki sesuatu bangunan.
Pada awal tempoh Meiji, wanita dan lelaki cepat menerima pakai gaya Barat. Hal ini berikutan Maharaja Jepun yang merupakan contoh kepada rakyat telah memotong jambul baginda pada tahun 1872 dan disebabkan insiden tersebut, ramai rakyat lelaki melakukan perkara yang sama. Golongan lelaki turut memotong rambut mereka dengan potongan rambut gaya Barat, serta misai dan janggut mula menjadi kebiasaan. Golongan wanita turut mengikuti perubahan pesat gaya rambut era Victoria dan mereka menggayakannya sama ada bersama kimono Jepun atau pakaian Barat. Dengan adanya gaya Barat, golongan lelaki dan wanita mula memakai topi.
Media cetak zaman Meiji bersemangat menyiarkan perkembangan terbaru dalam fesyen Barat, hingga meninggalkan gambaran bahawa rakyat Jepun menerima pakaian Barat. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa pakaian tidak mengubah sepenuhnya masyarakat Jepun. Walaupun ramai rakyat Jepun kelas atasan memakai sut dan pakaian Barat, kimono Jepun masih digemari serta menjadi pilihan utama. Kebiasaannya, pakaian, gaya rambut dan aksesori Barat telah digayakan sekali dengan pakaian Jepun termasuklah payung, topi, selendang, jam tangan, barang kemas serta kasut. Selain kimono, ramai rakyat Jepun memakai hakama bersama dengan aksesori Barat.
Rujukan
1. Steele, V., Mears, P., Yuniya, K., Hiroshi, N. (2010). Japan Fashion Now. New haven and London: Yale.
2. Edwardian Prominade. (2010) Women of Meiji Japan & Western Fashion. Retrieved from http://edwardianpromenade.com/fashion/women-of-meiji-japan/