Kyoto, yang merupakan pusat pemerintahan lama telah kekal sebagai pusat kebudayaan dan perkembangan urban. Manakala Edo, iaitu pusat pemerintahan baharu yang dipilih oleh Tokugawa Shogun (pemerintah tentera), telah membangun daripada sebuah pelabuhan nelayan kecil ke salah sebuah bandar yang terbesar di dunia.
Ketika Tokugawa Ieyasu dilantik sebagai Shogun oleh Maharaja, zaman Edo telah memperlihatkan keadaan ekonomi dan sosial yang stabil di Jepun. Tokugawa shogun telah mengawal Jepun selama lebih 250 tahun dan mereka telah menguatkuasakan pengasingan daripada dunia. Pengasingan ini melarang kemasukan seni dan kesusasteraan asing serta pengeluaran seni dan kesusasteraan Jepun ke negara-negara Barat. Disebabkan hal ini, fesyen Jepun dapat dibangunkan dengan bebas daripada pengaruh negara-negara lain. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui pemakaian pakaian tradisi mereka yang meluas sehingga selepas Perang Dunia II.
Kimono merupakan ciptaan asas untuk semua pakaian tradisional Jepun, tanpa mengira kelas. Pada zaman Edo, kimono telah dijadikan pakaian luar berbanding dengan zaman Heian dan Kamakura yang menjadikan kimono sebagai pakaian dalam Pada zaman ini juga, hierarki sosial yang dipanggil Shinokosho telah digunakan. Menurut sistem tersebut rakyat Edo telah dibahagikan kepada empat kelas; samurai, petani, artisan dan pedagang.

Bushi, atau samurai mempunyai kesan yang besar kepada masyarakat Jepun kerana negara tersebut ditadbir oleh mereka. Antara perkara yang unik tentang mereka adalah mereka merupakan satu-satunya golongan kelas yang dibenarkan untuk memegang pedang. Walau bagaimanapun, oleh kerana hampir tiada peperangan besar semasa zaman Edo, mereka telah menggunakan pedang tersebut untuk melindungi diri mereka sendiri.
Pada zaman Edo, ramai samurai mendapat kebenaran untuk memakai jubah nunoginu. [Nunoginu adalah pakaian yang dibuat dengan kain yang ditenun]. Seluar hakama adalah jenis naga-bakama (= hakama panjang) dan merupakan pakaian lengkap untuk kegunaan dalam istana. Mereka turut membawa pedang kecil (chiisa gatana) yang disisip di pinggang mereka. Daimyo (tuan tanah) adalah golongan yang paling tinggi dalam kelas samurai.

|
Di tempat kedua, terdapat golongan masyarakat Nomin atau petani. Golongan petani membekalkan makanan kepada samurai. Walaupun samurai juga mempunyai tanah, mereka tidak ada masa untuk bercucuk tanam disebabkan tugas mereka kepada kerajaan pusat. Oleh sebab itu, mereka mendapatkan bekalan makanan daripada ladang-ladang petani. Saiz dan jenis rumah yang didiami oleh golongan petani perlu bersesuaian dengan kelas mereka. Walaupun petani itu kaya, mereka tidak boleh mendiami rumah yang lebih mewah daripada samurai yang miskin serta yang sering berhutang kepada petani.
Shokunin, atau artisan adalah orang yang membina rumah dan perabot serta membaikinya. Mereka juga membuat pedang dan senjata untuk samurai. Walaupun peranan mereka tidak begitu penting seperti petani, mereka telah membantu masyarakat secara meluas. Kedudukan artisan lebih tinggi daripada pedagang kerana mereka mencipta alatan yang berguna untuk kehidupan seharian.
Di bahagian bawah sekali,terdapat Shonin atau pedagang. Tokugawa telah mengadakan kod pakaian yang ketat serta melarang pedagang daripada memakai pakaian sutera bersulam. Rakyat kelas bawahan hanya dibenarkan untuk memakai pakaian corak tertentu dari jenis pakaian yang tertentu.
Dalam tempoh keamanan yang panjang, ekonomi Jepun telah berkembang pesat. Hal ini disebabkan oleh banyaknya kedai-kedai serta restoran yang dibuka sehinggakan lebih ramai masyarakat ingin makan di luar berbanding makan di rumah. Keadaan ini telah mengakibatkan golongan pedagang atau saudagar berkembang menjadi lebih kaya serta berkuasa. Manakala daimyo mula kehilangan kuasa sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi miskin.
Pada sekitar tahun 1800, samurai yang berada di bawah pimpinan daimyo menjadi miskin dan terpaksa mencari pekerjaan lain, seperti bekerja sebagai anggota polis serta tukang besi. Ramai yang terpaksa merayu atau menjual pedang mereka semata-mata untuk mencari makanan.

Rujukan
1. Suzanne D. (July 2004) Traditional Japanese Clothing. MorbidOutlook. Retrieved from http://www.morbidoutlook.com/fashion/historical/2004_07_edo.html
2. V&A. (2013) Kimono of the Edo period (1615-1868). Retrieved from http://www.vam.ac.uk/content/articles/k/kimono-edo-period-1615-1868/
3. Osakaglobaljiuku. (July 2012) Edo Period was Supported by Two “S”: Sakoku and Shinokosho. Retrieved from http://osakaglobaljiuku.wordpress.com/2012/07/07/edo-period-was-supported-by-two-s-sakoku-and-shinokosho/
4. CASamurai. (2013) Artisans and Merchants. Retrieved from http://casamurai.wikispaces.com/P6+Artisans+and+Merchants
5. The Costume Museum. (1998) The Edo Period. Retrieved from http://www.iz2.or.jp/english/fukusyoku/kosode/index.htm
6. Fact and Details. (2010) Life And Culture In The Edo Period (1603-1867). Retrieved from http://factsanddetails.com/japan.php?itemid=502