Pendidikan Awal (Early Education)
Pendidikan Konfusianisme (Confucian Education)
Konfusianisme adalah sebuah falsafah yang diasaskan oleh Kong Fu Zi yang menekankan moral dan etika manusia. Ajaran ini juga mementingkan pendidikan yang dikatakan akan menentukan kejayaan di masa hadapan. Melalui pendidikan yang baik, seseorang individu akan mampu melaksanakan pembangunan kerajaan dan negara yang baik.
Permulaan pendidikan formal di Korea ditandai dengan berdirinya Daehak (Great School) semasa pemerintahan Kerajaan Koguryo pada tahun 372. Ketika itu, pelajar-pelajar yang memasuki sekolah akan diajarkan mengenai ajaran Konfusianisme. Pada masa ini juga munculnya peperiksaan awam (civil service examination) bagi sesiapa yang berhasrat menyertai kerajaan. Tetapi sayangnya, pada masa ini pendidikan hanya diberikan kepada golongan kelas atasan.
Pendidikan Moden (Modern Education)
Pada abad ke-19, sekolah-sekolah swasta dan institusi-institusi nasional mulai muncul yang seterusnya membentuk asas pendidikan moden di Korea Selatan. Selepas dibangunkan sekolah-sekolah swasta dan institusi-institusi nasional ini, pendidikan tidak lagi hanya ditujukan bagi kelas atasan sahaja tetapi perlahan-lahan telah tersebar secara merata dan semua kelas masyarakat berpeluang mendapatkan pendidikan. Sekolah-sekolah dijadikan sebagai tempat untuk “membentukkan” pemimpin-pemimpin masa hadapan. Bukan lagi hanya menyampaikan ajaran Konfusianisme (dan Buddhisme), sistem pendidikan moden turut mengajarkan subjek-subjek praktikal kepada para pelajar.
Pendidikan Demokrasi (Democratic Education)
Selepas bebas daripada 35 tahun pendudukan Jepun, Korea Selatan mulai membentuk sistem pendidikan demokrasi pada tahun 1945. Kerajaan menggunakan sistem 6 tahun sekolah rendah, 3 tahun sekolah menengah, dan 3 tahun sekolah tinggi. Kolej-kolej juga mulai dibuka untuk mengembangkan dan menambah bilangan tenaga pengajar yang akan mengajar generasi-generasi berikutnya.