Tembok Besar China telah tersenarai sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Kini, tembok ini menjadi antara tempat tumpuan perlancongan di negara China.
Tembok Besar China dibina oleh siapa?
Semasa pemerintahan dinasti Qin (221 SM), Maharaja Qin Shi Huangdi telah membina Tembok Besar China.
Tujuan Pembinaan
Dibina sebagai kubu bagi menghalang serangan daripada suku nomad Hsiung Nu dari utara China. Pekerja pembinaan terdiri daripada penduduk sekitar, banduan dan juga para tentera. Dalam 200 tahun berikutnya, tembok ini diperbaiki dengan penambahan meriam dan juga menara pengawal.

Lokasi Tembok Besar China
Tembok terbentang di sepanjang Shanhaiguan di bahagian timur hingga ke Lop Lake di sebelah barat. Panjangnya mencecah 8852.8 km. Tingginya adalah 30 kaki dan mempunyai lebar seluas 15 kaki. 4 orang askar yang menunggang kuda dapat berjalan sejajar di atasnya, senjata dan bahan makanan dapat diangkut di atasnya. Tangga dan pintu yang dibina di sebelah dalam digunakan oleh askar untuk turun dan naik. |
Bahan Binaan
Tembok besar dibina menggunakan batu dan kayu pada awalnya, kemudian batu-bata panjang turut digunakan. Di tengahnya diisi dengan tanah atau ketulan batu.
Pengguanaan kayu dan batu pada awal pembinaan adalah kerana ianya mudah didapati.
Fungsi kubu pertahanan sepanjang Tembok Besar China
Kubu pertahanan mempunyai banyak fungsi. Antaranya ialah sebagai tempat berlindung bagi askar semasa berperang. Mereka juga boleh berehat di kubu itu pada waktu aman di samping menjadi tempat menyimpan senjata dan bekalan bahan makanan. Semasa diserang musuh, tahi serigala dibakar di atas kubu pertahanan tersebut dan membentuk asap bagi menyampaikan isyarat bahaya dengan segera.
Simbolik Tembok Besar China
Tembok besar yang masyhur itu mengandungi semangat dan perasaan bangsa China. Kini, tembok besar ini telah menjadi lambang bangsa China. Pada tahun 1987, Tembok Besar China telah tersenarai sebagai Warisan Dunia.