Seollal (Spring Festival)
Seollal, juga dikenali sebagai Gujeong atau Tahun Baru Korea merupakan perayaan tradisional Korea yang dirayakan pada bulan lunar Januari 1. Biasanya, cuti selama tiga hari akan diberikan. Adat resam Seollal adalah lebih kurang sama dengan Tahun Baru Cina di China disebabkan kedua-dua negara tersebut merupakan Negara Sinosphere. Sebagai contoh, rakyat Korea dan bangsa Cina akan pulang ke kampung halaman untuk berkumpul semula dengan ahli keluarga. Selain itu, wang tahun baru juga akan diberikan kepada generasi muda. Berbeza daripada“angpau” orang Cina, rakyat Korea akan memasukkan wang ke dalam sampul surat yang berwarna putih. Seollal mula dirayakan oleh rakyat Korea pada zaman Silla. Namun, perayaan ini diharamkan secara tegas pada zaman penjajahan Jepun. Pada masa itu, kanak-kanak akan dihukum sekiranya mereka didapati memiliki makanan untuk kegunaan penyembahan. Pada tahun 1985, Seollal baru muncul semula sebagai “Folk Day”. Pada tahun 1999, Korea memulihkan perayaan ini secara rasmi.
Seotdal Geumeum (malam sebelum Seollal)
Pada hari sebelum Tahun Baru, kedai-kedai tidak akan berniaga dan adat resam ini telah dikekalkan sekian lama. Hal ini adalah disebabkan orang Korea sangat mementingkan penyediaan makanan dan jamuan makan di rumah sendiri. Bagi mereka, Seollal merupakan hari yang penting untuk memberikan penghormatan kepada nenek moyang dan mewariskan nilai ketaatan terhadap orang tua. Berkumpul semula dengan ahli keluarga dan makan bersama-sama pada malam Tahun Baru melambangkan kemakmuran keluarga. Malah majikan restoran juga mengatakan bahawa tukang masak dan pelayan tidak harus dikecualikan daripada hal balik ke kampung dan berkumpul semula dengan ahli keluarga. Penyembahan nenek moyang adalah lebih penting daripada berniaga dan mengaut keuntungan.
Banyak perhatian perlu diberikan sewaktu menyediakan makanan malam Tahun Baru. Antara ciri-ciri khas yang terbesar adalah nasi dan lauk pauk mestilah merupakan makanan tradisional dan setiap makanan mesti disediakan oleh anak menantu perempuan. Oleh itu, golongan anak menantu perempuan merupakan orang yang paling sibuk pada hari tersebut. Mereka bukan sahaja perlu menyediakan makanan Seotdal Geumeum tetapi juga perlu menyediakan semua makanan sepanjang Seollal dirayakan. Kemahiran memasak seseorang anak menantu perempuan akan menjadi standard sama ada dia merupakan anak menantu yang baik atau tidak. Pada hari tersebut, seluruh keluarga perlu makan Ogokpab, iaitu nasi yang disediakan dengan mencampurkan kidney bean, kacang soya, kacang merah, kacang hitam dan beras. Selain itu, mereka juga perlu membuat kek beras dan “mantou” Korea. Di samping daging panggang sebagai makanan utama, makanan sampingan seperti kimchi dan potherb sebanyak sepuluh jenis perlu dihidangkan. Berdasarkan adat resam, orang Korea tidak akan tidur pada malam tersebut dan seluruh ahli keluarga perlu menyambut kedatangan subuh Seollal bersama-sama dengan nenek moyang. Berdasarkan kepercayaan masyarakat Korea, kegagalan melaksanakan adat resam tersebut akan menyebabkan kening mereka menjadi putih dan ia membawa alamat tidak baik.

Seollal
Antara aktiviti yang terpenting pada hari Seollal adalah penyembahan nenek moyang. Pada hari tersebut, seluruh ahli keluarga perlu bangun awal, memakai pakaian tradisional baharu (seolbim) lalu mengadakan penyembahan secara serius. Mengikut tradisi, orang Korea mempercayai bahawa roh seseorang tetap wujud selepas dia meninggal dunia. Oleh itu, selain daripada hari ulang tahun kematian nenek moyang, penyembahan akan dilakukan pada hari perayaan tradisional seperti Seollal dan Chuseok untuk “memanggil” roh nenek moyang. Mereka mempercayai bahawa pertemuan semula dengan saudara-mara yang telah meninggal dunia dapat direalisasikan melalui upacara yang istimewa ini. Mereka juga akan berdoa agar direstui nenek moyang melalui upacara ini.
Pada hari Seollal, potret nenek moyang akan digantung pada bahagian atas bilik utama dalam rumah. Pelbagai jenis barangan penyembahan akan diletakkan di atas meja penyembahan berdasarkan peraturan yang ketat, misalnya, ikan perlu diletakkan di timur manakala daging di barat, makanan yang berwarna merah di timur dan putih di barat, makanan mentah di timur dan makanan siap masak di barat, nasi di kiri dan kuah di kanan. Antara buah-buahan yang perlu disediakan adalah epal, pear, dan pisang kaki. Prosedur penyembahan mengikut susunan salasilah secara ketat. Seluruh ahli keluarga, seorang demi seorang mengikut generasi dan umur, perlu meyembahkan colok dan wain, sembah sujud, menunduk, mengucapkan terima kasih terhadap jasa nenek moyang dan berdoa agar harta keluarga yang diusahakan dapat berkembang maju dan menjadi lebih makmur. Upacara ini disebut Jeongjo charye.
Selepas upacara penyembahan tamat, generasi muda akan memberikan salam Tahun Baru kepada generasi tua dan adat tradisional ini disebut sebae. Sebae dilakukan di rumah sendiri dahulu sebelum mengunjungi rumah generasi tua lain. Generasi muda akan melakukan sembah sujud terhadap generasi tua dan mengucapkan doa agar orang tua-tua sihat dan bahagia. Generasi tua pula akan memberikan wang tahun baru kepada generasi muda dan mengucapkan doa selamat kepada mereka. Selain itu, ucapan tahun baru juga perlu dilakukan antara rakan sebaya. Biasanya “saehaebuk mani padeuseyo”(Selamat Tahun Baru) akan diucapkan. Kemudian, seluruh ahli keluarga akan makan makanan Tahun Baru bersama-sama. Makanan yang pasti akan disediakan pada hari tersebut adalah tteoguk (sup dengan hirisan kuih beras yang nipis) dan tteok(kuih) yang berbagai-bagai jenis. Berdasarkan adat resam Korea, selepas makan tteokguk, umur seseorang akan bertambah satu tahun. Adat resam ini sama seperti adat resam kaum Cina yang mempercayai bahawa umur akan bertambah satu tahun selepas makan kuih bakul. Setelah itu, seluruh keluarga akan membersihkan kubur nenek moyang demi mengenangkan kurniaan nenek moyang. Seterusnya, saudara mara, kawan-kawan dan jiran akan saling mengunjungi rumah antara satu sama lain. Orang Korea mempunyai adat resam saling memberikan hadiah ketika sambutan hari Seollal. Apabila mengunjungi rumah saudara-mara, hadiah terutamanya makanan seperti stik dan kudapan tradisional biasanya dibawa sekali dan diberikan kepada saudara-mara.
Pada zaman awal, terdapat sejenis adat resam yang diamalkan pada malam bulan lunar Januari 1, iaitu menghalau sejenis hantu yang bernama Yagwangkwisin (야광귀신). Mengikut legenda, Yagwangkwisin akan mengunjungi rumah setiap orang dan mencuba setiap kasut. Kasut yang padan akan dicuri. Sesiapa yang kehilangan kasut pada malam tersebut dianggap bahawa tuahnya kurang baik. Oleh itu, orang Korea akan meletakkan kasut mereka di dalam rumah (biasanya letak di luar rumah) dan tidur awal pada malam ini. Untuk mengelakkan kasut mereka dicuri Yagwangkwisin, mereka akan menggantung Bokucyori (ayak atau betel pepper) pada pintu besar atau dinding. Hal ini adalah kerana Yagwangkwisin mempunyai satu tabiat, iaitu mengira apa yang dinampaknya. Apabila hantu tersebut ternampak ayak atau betel pepper, ia akan mengira lubang jaringan dan sebelum ia habis mengira, subur pun sudah datang. Selain itu, mereka juga akan menggantung Bokucyori di bilik atau dapur dengan mempercayai bahawa cara ini dapat mendatangkan tuah dan nasib yang baik.
Sepanjang tempoh Seollal, permainan-permainan tradisional seperti Tuho, Go Stop, Jegichagi, Yutnori dan lain-lain akan dimainkan. Dengan perkembangan era, budaya telah dipelbagaikan. Sekiranya ingin memahami adat resam Seollal Korea, seseorang boleh mengunjungi Kampung Budaya. Dari bandar ke desa, terdapat banyak tempat yang memperlihatkan aktiviti tradisional yang mempunyai ciri-ciri tempatan. Terdapat juga sesetengah tempat pelancongan terutamanya kawasan peninggalan sejarah menetapkan peraturan bahawa lawatan percuma diberikan sekiranya individu memakai pakaian tradisional Korea sepanjang tempoh Seollal misalnya Gyeongbokgung, Changdeokgung, Changgyeong, Deoksu dan keramat diraja Jongmyo. Bukan itu sahaja, juga terdapat muzium yang membenarkan pelawat merasai pengalaman mendekati budaya tradisional Korea. Sebagai contoh, di Muzium Nasional Daegu, pelawat boleh membuat alat tembikar dengan menggunakan alat pengeluaran tradisional. Ini merupakan cara yang positif untuk mewariskan budaya dan adat resam tradisional bangsa.

Permainan
Persembahan Seollal
References:
Discovering Korea. "Celebrating Seollal in Seoul." Accessed March 30, 2013.
http://discoveringkorea.com/100211/celebrating-seollal-in-seoul/
Korea Tourism Organization."How Koreans Celebrate Seollal, Lunar New Year." Accessed March 30, 2013.
http://www.visitkorea.com.my/article/how-koreans-celebrate-seollal-lunar-new-year
The Korea Times. "Ways to enjoy Seollal with family." Accessed March 30, 2013.
http://www.koreatimes.co.kr/www/news/culture/2013/02/148_103253.html
Sumber Gambar: Google