Taoisme
Taoisme (道家) merupakan salah satu pemikiran yang paling penting dalam zaman Chun Qiu (中国春秋战国诸子百\ 家). Pada zaman Han Barat (汉文帝、汉景帝), struktur pentadbiran adalah berasaskan ajaran Taoisme dan ini telah membebaskan rakyat daripada kesan penindasan zaman Qin (秦朝). Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching(道德经). Ajaran Taoisme lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao (道) membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian alam semesta. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Di samping itu , kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah kerana tidak akan menimbul banyak masalah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan menyababkan keganasan akan timbul dengan lebih banyak lagi. Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Taoisme menyatakan bahawa untuk memahami serta mengikuti "Jalan" alam semesta apa yang perlu dilakukan ialah "Jangan membuat apa-apa dan jangan melakukan sesuatu" . Itulah maksud konsep wu-wei (无为). Tetapi ini tidak bererti kita sama sekali tidak melakukan sesuatu. Taoisme tidak menghalang semua kegiatan dan aktiviti manusia. Prinsip asas wu-wei ialah seseorang itu patut mengharmonikan diri sendiri dengan prinsip-prinsip utama yang berfungsi dalam alam semesta dan tidak harus menentangnya. Semua usaha untuk mencapai sesuatu di luar kemampuan kita adalah tidak betul. Perbuatan yang dilakukan haruslah dibuat tanpa usaha yang keras. Taoisme menegaskan bahawa "perbuatan kita mestilah dilakukan secara semulajadi " dan "perbuatan mesti merupakan perbuatan yang diperlukan " Lao Tzu mengkritik keganasan dengan sekeras-kerasnya. Baginya, setiap jeneral adalah seorang pembunuh kerana kejayaanya terbina daripada kematian beribu nyawa manusia yang tidak bersalah. Setiap "hero" adalah seorang manusia yang jahat kerana "heroisme" diukur daripada cara bagaimana dia membunuh orang yang lebih ramai dengan lebih cekap. Terdapat 4 konsep penting dalam ajaran Taoisme, iaitu: Tao melahirkan yang Satu (道生一)l, Yang Satu melahirkan yang Dua (一生二)l, Yang Dua melahirkan Tiga (二生三)l dan Yang Tiga melahirkan segala makhluk (三生万物)l. "Tao melahirkan yang Satu" bermaksud Tao ialah sesuatu yang aktif - sesuatu tindakan yang semulajadi dan bukan paksaan. Seseorang pemerintah yang bijak akan memerintah dengan cara yang menyebabkan rakyatnya tidak menyedari mereka diperintah, dan rakyat hanya mempercayai apa yang berlaku semulajadi. "Yang Satu melahirkan yang Dua" merujuk kepada kuasa kembar "Yin dan Yang". Yin dan Yang adalah pasangan yang bertentangan yang dapat dilihat di seluruh alam semesta seperti baik dan buruk, cahaya dan kegelapan, lelaki dan perempuan. "Yang Dua melahirkan Tiga" merujuk 3 serangkai Syurga, Bumi dan Perikemanusiaan. "Yang Tiga melahirkan segala makhluk" menggambarkan segala makhluk wujud pada akhir perkembangan kosmos. Untuk menghasilkan satu kerajaan yang aman dan makmur, pemerintah mesti menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat. Aliran legalisme (Fajia) Aliran Fa(法) atau Legalisme adalah aliran yang menitik-beratkan pada sistem pemerintahan. Tokoh-tokoh aliran Fa banyak yang mengabdikan diri pada kerajaan Qin. Misalnya Shang Yang(商鞅), kemudian Han Feizi (韩非子)dan Li Si(李斯)yang mengabdikan diri pada Ying Zheng . Dalam kitab Han Feizi diterangkan secara jelas bahawa kaum moralis (yang diwakili oleh kaum Konfusianis) tidak sefahaman dengan kaum legalis. Fajia dipopularkan oleh Xun Zi(荀子)dan banyak penganut Konfusianisme yang beralih ke Aliran Fajia karana beranggapan mungkin Aliran Fajia lebih realistik untuk mengatur negara. Aliran Fajia membincangkan 3 faktor utama dalam pemerintahan : (i) Fa(法)atau hukum (pemberian penghargaan dan hukuman), (ii) Su (术)atau seni/ teknik mengawasi dan (iii) Se (势)atau kekuasaan. Dinasti Qin (秦朝) pada kebiasaannya dikatakan penganut fahaman legalisme dalam mengatur negara. Perdana mentri Li Si yang membantu Qin Shihuang (赢政) juga penganut Fa Jia. Han Feizi, rakan Li Si adalah juga penganut Fajia . Dinasti Qin (221SM-206SM) yang diperintah oleh Shih Huang Ti telah muncul sebagai sebuah empayaar negara China. Pemerintahannya bercorak autokratik dan mengikut unsur-unsur legalisme (berdasarkan konsep bahawa rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak). Beliau telah menubuhkan ibu kota di Siang Yang(襄阳) dan memulakan sistem pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kuasa negeri di bawah kerajaan pusat dan menghapuskan sistem feudal. Pada teorinya, Maharaja Qin mempunyai kuasa tertinggi kerana beliau dianggap sebagai anak syurga. Kuasanya tidak terbatas kerana tidak boleh mengatasi undang-undang atau kuasa yang lain. Beliau merupakan maharaja China yang pertama berjaya menyatukan negeri China daripada keadaan berpecah-belah. Caranya ialah dengan menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan yang berpecah belah itu dan diletakkan di bawah kekuasaannya. Shih Huang Ti menubuhkan satu sistem kerajaan berdasarkan kepada undang-undang sejagat/legalisme. Akibatnya, undang-undang di negeri China adalah keras iaitu melalui sistem pengurniaan dan hukuman. Semua pegawai dalam negeri bertanggungjawab kepada maharaja. Raja melantik wakil untuk mentadbir kerajaan.
Fung Yu-Lam (2006). Sejarah Ringkas Falsafah China: Fasa Pertama Taoisme dan Fasa Kedua Taoisme. The Free Press, a Division of Simon & Schuster, Inc Publisher.