Hari Buddha (Yogbul-il)
Hari kelapan bulan lunar April merupakan hari kelahiran Sakyamuni. Pada hari tersebut, kaum lelaki dan perempuan akan berpakaian sopan dan pergi ke kuil Buddha. Di setiap bihara, pesta besar akan diadakan dan tanglung yang banyak akan digantung di setiap dewan bihara.
Pesta Tanglung (gwandeung)
Waktu petang hari Buddha dikenali sebagai deungseog iaitu petang tanglung dan banyak tanglung lilin akan dinyalakan di setiap rumah. Dua atau tiga hari sebelum itu, sebuah menara tanglung akan disediakan. Di atas menara tersebut, bulu kuang bayas dan helaian sutera akan dilekatkan seperti bentuk bendera. Pada waktu petang Hari Buddha, tanglung akan digantung pada menara tersebut lalu dinyalakan. Bilangan tanglung adalah selaras dengan jumlah ahli dalam keluarga tersebut. Hari Buddha dianggap sebagai hari cahaya, tanglung menghiasi jalan-jalan sebagai simbol kebijaksanaan dan pencerahan. Dipercayai bahawa sesebuah keluarga akan lebih bertuah sekiranya cahaya lebih terang. Di rumah biasa, dahan pinus digunakan sebagai pengganti bulu kuang bayas untuk menghiasi menara tanglung. Di rumah yang lebih miskin, tanglung digantung pada dahan pokok rumah sendiri atau pinggir bumbung sehingga hari kedua. Setiap individu akan cuba membina menara yang lebih tinggi daripada menara jiran.
Adat resam ini berasal daripada perjumpaan Buddhist (Palgwan-hoe) pada pertengahan dinasti Silla dan mencapai kemuncaknya pada zaman dinasti Goryeo. Pada zaman dinasti Yi, adat ini dihapuskan secara beransur-ansur disebabkan aliran Konfusianisme diterima dan Buddhisme ditolak. Walau bagaimanapun, organisasi Buddha mahupun penganutnya masih meraikan perayaan ini dan rakyat jelata tetap menyediakan tanglung pada waktu petang hari tersebut.
Sebenarnya, hari kelapan bulan lunar April hanya merupakan tarikh simbolik dan bukan tarikh kelahiran sebenar Buddha, Putera Siddhartha Gautama. Di negara-negara Buddha di Asia Tenggara, sambutan diadakan pada bulan Mei atau Jun. Walau bagaimanapun, hari jadi Shakyamuni sentiasa dirayakan dalam musim bunga apabila semua makhluk di alam semesta dihidupkan semula. Idea ini mungkin telah menyumbang kepada popularisasi cuti. Oleh itu, di Korea, Hari Buddha telah menjadi satu perayaan kaum dan bukan hanya percutian agama yang diperhatikan secara eksklusif oleh penganut Buddha.
Pada hari ini, kanak-kanak akan meletakkan kek beras yang dihiasi dengan daun heather, kacang hitam dan daun dropwort di bawah tanglung. Satu lagi hiburan popular untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai subu nori (수부 놀이), melibatkan makan kek beras elm dan kacang soya panggang serta memukul gourd dipper yang digantung di atas sebalang air secara terbalik. Di samping itu, acara tradisional bagi dewasa juga akan diadakan di kuil Buddha. Dalam tapdori (탑돌이), penganut berjalan dalam bulatan di sekitar sebuah pagoda Buddha sehingga subuh, berdoa dan membuat hasrat. Aktiviti-aktiviti yang berorientasikan keluarga dan mesra-kanak-kanak ini bertukar menjadi percutian yang dikenali sebagai Hari Kanak-kanak. Satu peristiwa utama sambutan Hari Buddha adalah yokbul haengsa (Kor. 욕불 행사, Chin. 浴佛 行事, lit. Buddha mandi). Upacara ini berasal dari legenda yang menceritakan guryong (Kor. 구룡, Chin. 九龙, lit. 9 naga syurga) yang turun ke bumi pada kelahiran Shakyamuni dan memandikan bayi yang baru dilahirkan. Upacara ini dijalankan dengan meletakkan patung Buddha di dalam besen besar supaya penganut boleh mencurah air di atasnya secara bergilir-giliran.

Reference:
Encyclopedia of Korean Folklore and Traditional Culture. "Shakyamuni’s Birthday." Accessed April 2, 2013. http://folkency.nfm.go.kr/eng/index.jsp

Sumber Gambar: Google