Agama Islam
Agama Islam dipercayai berkembang di negeri China pada tahun 651 Masihi. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain. Di China terdapat lebih 20 juta penduduk yang beragama islam termasuk etnik Hijrahuizu, Uyghur, Kazakh, Kirgiz, Tajik, Uzbek, Tatar dan lain-lain. Salah satu cara kemasukan Islam ke China adalah melalui penyebaran yang dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo. Selain itu,islam disebarkan semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei. Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san. Di samping itu,pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd. Hubungan Awal Arab-China pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi) melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal. Khalifah Uthman mengirim perwakilan dan menyebutkan bantahan lalu, hubungan diplomatik diadakan. Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki Sinkiang dan Kansu. Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China. Perkembangan Islam di China pada peringkat awal, perkembangan Islam di China terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi. Mereka berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Petempatan orang Arab di China seperti Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton). Pada Dinasti Tang (618 - 905M), sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. Pada 878 M, terdapat 120,000 orang asing , kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China. Pada Dinasti Sung(960-1279M),aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China. Pada Dinasti Yuan(1127-1318), para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan ,12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman ,pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya). Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam. Jamaludin,tokoh sains dan astronomi Islam dan telah mencipta Wan-nien-li. Mengikut Ibn Battutah , setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, dan Parsi .Disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar seperti Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti. Dinasti Ming(1368-1644) merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam. Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism. Maharaja pertama , Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking. Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.
Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao. Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini dengan Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui. Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan. Pada Dinati Ching,Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China. Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11 juta orang Islam terkorban.
http://049874481.blogspot.com/2008/09/2007112929.html
http://www.scribd.com/doc/9665429/Tamadun-Islam-Di China
http://azharjin.blogspot.com/2009/04/sejarah-perkembangan-dan-kebangkitan.html