Toka Ebisu Matsuri
Perayaan ini diadakan pada 8 hingga 11 Januari di tempat-tempat suci. Perayaan ini adalah upacara yang besar yang telah disambut sejak zaman Edo sekitar abad ke-17 hingga 19. Kemudian, ia telah berkembang apabila Osaka telah meraikannya sebagai identiti bandarnya. Ebisu merupakan dewa yang menaungi aktiviti perdagangan oleh itu penyembahan dibuat supaya mendapat kejayaan dalam perniagaan begitu juga aktiviti perikanan. Masyarakat Jepun akan ke tempat-tempat suci bagi mendoakan kejayaan perniagaan mereka dan antara kuil yang popular yang sering dikunjungi adalah Imamiya Ebisu. Dahan-dahan pokok buluh yang dihiasi dengan syiling emas dan ikan kerisi misalnya merupakan daya tarikan terhadap kemakmuran perniagaan.

Yuki Matsuri (Perayaan Salji)
Perayaan ini bermula pada minggu kedua bulan Februari dan diadakan selama seminggu. Perayaan ini juga merupakan satu sambutan yang paling besar di Jepun. Perayaan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1950 apabila pelajar-pelajar sekolah tinggi Jepun telah membina enam replika patung salji di Odori Park. Kemudian, pada tahun 1955 Pasukan Pertahanan Diri telah menyertai dan membina patung salji yang pertama terbesar yang menyebabkan ia menjadi popular sehingga sekarang. Kini, ia menjadi satu perayaan yang terbesar dan terkenal di Hokkaido. Pembinaan pelbagai replika patung salji yang besar ini telah menarik ramai pengunjung tempatan mahupun luar negara. Keadaan ini menyebabkan ia telah menjadi satu perayaan antarabangsa yang berkaliber.

Omizutori (Perayaan Gambaran Air)
Perayaan omizutori bermula dari 1 hingga 14 Mac yang merupakan perayaan tahunan Buddha. Perayaan ini merupakan antara yang tertua di Jepun dimana telah diadakan sejak tahun 752 lagi. Setiap malam semasa perayaan ini dijalankan, obor akan dinyalakan. Obor yang dibakar ini dikenali sebagai otaimatsu. Setiap malam, saiz dan tempoh masa obor dinyalakan berbeza-beza. Kebiasaannya, 10 obor akan dinyalakan dan diletakkan di sekeliling balkoni dewan. Pada 1 hingga 11 Mac, obor akan dinyalakan selama 20 minit, manakala 12 Mac selama 45 minit, 13 Mac selama 20 minit dan 14 Mac selama 5 minit. Bara yang turun ke bawah dari balkoni dikatakan mengurniakan tahun yang selamat. Pada waktu malam pada 12 dan 13 Mac, rahib-rahib akan turun dari Nigatsudo dengan membawa lampu suluh untuk mengambil air di telaga yang berada di dasar dewan kuil. Dikatakan air telaga ini hanya mengalir setahun sekali dan mempunyai kelebihan untuk memulihkan penyakit. Situasi inilah sebenarnya yang melambangkan omizutori. Setelah berlakunya omizutori, upacara misteri Dattan yang ditutup kepada orang ramai dan hanya dilakukan oleh rahib-rahib akan diadakan di dalam dewan Nigatsudo yang mana loceng-loceng akan dibunyikan dan obor-obor akan dibakar.

Takayama Matsuri (Perayaan Takayama)
Takayama matsuri disambut pada musim bunga iaitu 14 dan 15 April. Ia juga diadakan pada musim luruh 9 hingga 10 Oktober. Perayaan ini telah disenaraikan sebagai salah satu daripada tiga perayaan yang menarik di Jepun. Semasa musim bunga, perayaan yang disambut dikenali dengan perayaan sanno manakala pada musim luruh ia dikenali dengan perayaan hachiman. Kedua-dua perayaan ini mempunyai tarikan yang sama walau bagaimanapun ia mempunyai kereta hiasan yang tersendiri. Semasa perayaan ini dijalankan, pelbagai kereta berhias berarak di sekitar bandar lama Takayama.

Kanda Matsuri (Perayaan Kanda)
Perayaan kanda yang diadakan pada hari sabtu dan ahad yang paling hampir dengan 15 Mei merupakan perayaan yang paling terkenal di Tokyo dan juga antara tiga perayaan terbesar di Jepun. Antara tarikan pertama perayaan ini adalah pada hari sabtu adanya perarakan yang disertai lebih kurang 300 orang berarak di daerah-daerah Tokyo. Perayaan ini dikatakan penuh dengan keceriaan dan semangat.

Otaue (Perayaan Penanaman Padi)
Diadakan pada 14 Jun yang merupakan acara kuno bagi tuaian hasil padi. Sememangnya masyarakat Jepun tidak boleh lari daripada gaya hidup penanaman padi. Upacara ini diadakan bagi menggalakkan padi agar mempunyai hasil yang baik dimana pelbagai lagu dan tarian yang sangat menghiburkan dipersembahkan supaya hasil padi kaya dengan serat bijian. Persembahan yang dilakukan adalah sebagai doa dan doa tersebut akan dijawab apabila tanaman padi berhasil begitu juga sebaliknya.

Tenjin Matsuri (Perayaan Tenjin)
Perayaan tenjin disambut pada 24 dan 25 Julai yang diadakan di kuil Tenman. Ia merupakan perayaan bot yang terbesar di dunia. Pelbagai acara diadakan semasa perayaan ini antaranya persembahan tradisional Jepun seperti persembahan muzik dan persembahan teater yang bertujuan memberikan penghormatan kepada tuhan-tuhan. Selain itu, terdapat juga perarakan berpakaian gaya empayar diraja abad ke-8 hingga 12 di sekitar kuil-kuil. Acara kemuncak bagi perayaan ini ialah perarakan bot yang dinyalakan dengan api yang akan memberikan pemandangan yang cantik. Seterusnya, pengunjung dan pelancong akan dinikmati dengan persembahan bunga api.

Nebuta Matsuri (Perayaan Nebuta)
Perayaan nebuta disambut pada 2 hingga 7 Ogos. Perayaan ini adalah perarakan tanglung besar yang berbentuk pahlawan samurai. Kebanyakan gambar-gambar pahlawan tersebut adalah jeneral sejarah yang terkenal atau juga watak-watak yang terdapat dalam teater kabuki. Tanglung biasanya akan dinyalakan pada waktu senja dan menjadi satu pemandangan yang indah apabila dinyalakan di dalam kawasan yang gelap. Tanglung juga mempunyai saiz yang berbeza-beza dari saiz kecil sehinggalah 8 meter tinggi dan 15 meter lebar. Ia akan diletakkan di atas kereta-kereta berhias yang akan ditarik seramai 4 hingga 50 orang. Kebiasaannya, kereta berhias adalah sebanyak kira-kira 20 buah yang akhirnya akan dipilih hanya tiga buah sahaja yang terbaik yang akan diletakkan di atas kapal untuk dibawa belayar sehingga ke pelabuhan Aomori. Aomori merupakan tempat yang terkenal dengan perayaan ini. Perayaan ini sebenarnya bertujuan membuangkan rasa mengantuk atau kurang bersemangat sebagai persediaan kepada musim menuai yang akan datang dimana nebuta tersebut bermaksud mengantuk.

Owara Kaze-no-Bon
Perayaan ini disambut untuk berdoa agar angin menjadi tenang yang membolehkan hasil pertanian menjadi banyak. Ia disambut pada 1 hingga 3 September. Perayaan ini diadakan kerana petani sering dilanda bencana angin taufan yang akan membawa kerosakan kepada tanaman. Semua masyarakat Jepun di Toyama berhenti dari melakukan kerja-kerja semasa perayaan ini berlangsung dan menari sepanjang malam dengan iringan muzik. Wanita memakai kimono kapas musim panas yang sama jenis, tali pinggang berwarna hitam dan topi yang diperbuat daripada jerami. Manakala lelaki memakai jaket pendek dan topi amigasa. Tarian unik dan iringan muzik yang sayu ini akhirnya telah menyebabkan perayaan merebak ke wilayah-wilayah lain.

Nagasaki Kunchi
Perayaan Nagasaki Kunchi disambut pada 7 hingga 9 Oktober dan diadakan di Nagasaki. Perayaan ini telah disambut lebih kurang selama 370 tahun di mana ia menggabungkan pelbagai aspek budaya antaranya seperti dari China dan Belanda. Hal ini kerana, Jepun yang berdekatan dengan China sangat mempengaruhi budaya sekeliling. Perayaan ini disambut dengan mengadakan pelbagai persembahan dari daerah yang berbeza-beza dalam lingkungan bandar Nagasaki. Setiap daerah akan bergilir-gilir membuat persembahan walau bagaimanapun setiap daerah hanya diberi peluang sekali sahaja dalam tempoh tujuh tahun. Persembahan adalah bebas tetapi ia mestilah merangkumi atau diselitkan dengan budaya tradisional. Setiap tahun lima hingga tujuh kumpulan akan membuat persembahan. Sistem bergilir-gilir ini menjadikan setiap persembahan yang akan dipersembahkan sentiasa segar dari segi ideanya. Kebiasaanya, persembahan akan diadakan di empat tempat utama iaitu kuil Suwa dan Yasaka, Otabisho dan Kokaido.

Karatsu Kunchi
Perayaan ini pula disambut pada 2 hingga 4 November di Saga. Perayaan ini dibentuk pada tahun 1980 sebagai harta kebudayaan penting. Ia dikatakan perayaan epik yang menarik dimana kereta berhias yang besar akan ditarik melalui bandar di mana ia akan diiringi dengan muzik. Kereta berhias tersebut dikenali sebagai hikimaya yang berukuran 5 hingga 6 meter tinggi dan 2 hingga 5 tan beratnya. Replika gergasi yang dibuat kebiasaanya berbentuk seperti ikan kerisi, topi keledar samurai, singa dan juga naga terbang. Hikiyama mempunyai struktur yang kuat dimana ia dibina daripada kayu. Hikiyama ini dipercayai mengambil masa 2 hingga 3 tahun untuk disiapkan. Pada 2 November, ia akan diarak ke bandar manakala pada 3 November akan ditarik dan dibawa ke Nishinohama iaitu pantai berpasir. Situasi menarik hikimaya di pasir ini sebenarnya yang mewujudkan epik. Pada hari ketiga pula iaitu pada 4 November hikimaya akan ditarik semula ke tempat simpanan di mana pasukan yang menarik hikimaya tersebut akan memakai pakaian seragam tradisional semasa zaman Edo. Perayaan ini dikatakan sesuatu adat yang penting bagi karya seni yang perlu dijaga dan dihargai oleh masyarakat Jepun.

Kasuga Wakamiya On-Matsuri
Perayaan ini juga dikatakan sebagai salah satu aset budaya nasional yang penting yang telah berlangsung kira-kira hampir 850 tahun. Ia disambut pada 15 hingga 18 Disember. Perayaan On-Matsuri ini dikenali sebagai upacara yang mendoakan sesuatu wabak dapat dihapuskan dan agar mendapat hasil tuaian yang banyak. Sememangnya ia kaya dengan seni persembahan purba Jepun antaranya seperti kagura, bugaku, seno, dengaku, sarugaku dan no yang juga digunakan untuk upacara ritual Shinto dan agama Politeisme. Perayaan ini disambut dengan perarakan rahib-rahib yang panjang dengan berpakaian seperti samurai yang merupakan pakaian tempatan zaman Heian iaitu pada abad ke-12. Sehingga kini ia menjadi perayaan tahunan terbesar di wilayah Nara. Terdapat juga perarakan era dimana adat dan adab setiap era akan ditayangkan semula. Oleh yang demikian pelbagai perubahan boleh dilihat dari zaman Heian sehinggalah zaman Edo iaitu dari abad ke-9 sehingga abad ke-19. Perarakan ini secara tidak langsung dapat menurunkan adat resam masyarakat Jepun yang lampau kepada generasi yang baru supaya adat ini akan sentiasa di ingati walaupun cara hidup telah berubah dari zaman ke zaman.