Kimci merupakan makanan ruji rakyat Korea. Ia wujud lebih 3 000 tahun dan telah menjadi satu elemen penting dalam budaya mereka. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau pun digunakan dalam pelbagai masakan.
Proses pembuatan kimci dikenali sebagai kimjang. Ia biasanya dilakukan pada penghujung musim luruh bagi disimpan pada musim sejuk. Proses pembuatannya menjadi acara tahunan bagi keluarga masyarakat Korea. Terdapat lebih 200 jenis kimci tetapi bahan asasnya masih sama iaitu kobis cina, serbuk lada merah, dan garam. Masyarakat Korea akan cuba menghasilkan kimci yang terbaik dengan menggunakan pelbagai bahan mengikut kawasan tempatan mereka.

Langkah-langkah membuat kimci
1. Pilih sayur kobis cina yang sesuai dengan jenis kimci yang hendak dibuat. Bersihkan dan belah kepada dua bahagian.
2. Rendam sayur tersebut di dalam 15 % air garam selama 6 hingga 8 jam.
3. Kemudian, bilas sayur tersebut tiga atau empat kali dengan air bersih yang mengalir.
3. Kemudian, bilas sayur tersebut tiga atau empat kali dengan air bersih yang mengalir.
4. Lobak putih dipotong dan dihiris menjadi potongan kecil. Sayur-sayuran lain seperti daun bawang, selada air dan sawi pahit dibasuh dan dipotong menjadi bahagian kecil.
5. Bawang putih, halia dan kunyit ditumbuk halus untuk kebanyakan kimci dan dihiris nipis untuk kimci berair.
5. Bawang putih, halia dan kunyit ditumbuk halus untuk kebanyakan kimci dan dihiris nipis untuk kimci berair.
6. Di dalam satu mangkuk besar, serbuk cili merah, sedikit air, serbuk halia, kunyit, dan sayur-sayuran lain yang telah dihiris kecil dicampur bersama.
7. Jeruk udang kecil dicincang kecil. Ikan bilis direbus selama 10 minit dan ditapis bagi mendapatkan patinya. Kesemua bahan dicampur sehingga sebati.
7. Jeruk udang kecil dicincang kecil. Ikan bilis direbus selama 10 minit dan ditapis bagi mendapatkan patinya. Kesemua bahan dicampur sehingga sebati.
8. Rempah kimci tersebut diletakkan di antara helaian daun sayur kobis cina.
9. Seterusnya, kimci disimpan di dalam bekas untuk proses penapaian. Sayur tersebut ditekan bagi mengeluarkan angin yang boleh merosakkan kimci. sedikit garam ditabur di atas kimci sebelum bekas ditutup rapat.
10. Kimci boleh dibiarkan pada suhu bilik selama sehari dua bagi memulakan proses penapaian dan kemudiannya disimpan di dalam peti ais untuk proses penapaian sepenuhnya.
10. Kimci boleh dibiarkan pada suhu bilik selama sehari dua bagi memulakan proses penapaian dan kemudiannya disimpan di dalam peti ais untuk proses penapaian sepenuhnya.
Khasiat Kimci
- Makanan yang kurang kalori kerana kandungan gula dan lemaknya rendah.
- Kaya dengan vitamin, mineral dan serat
- Menjadi sumber vitamin C semasa musim sejuk di mana sayur-sayuran adalah terhad
- Bawang putih dalam kimci mampu mengurangkan keletihan
- Pati ikan bilis dan udang kecil yang dijeruk menjadi sumber protein
- Terbukti mampu menghalang kanser kolon, obesiti dan tekanan darah tinggi
- Membantu penghadaman dan penterapan makanan dalam usus
Rujukan :
- Sook-ja Yoon. (2005) Good Morning, Kimchi!. New Jersey, USA:Hollym International Corp.
- Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved March 20, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909