Tetapan Meja Makan
Tetapan meja yang paling asas ialah 'bansang'. Hidangan utamanya ialah nasi. Bansang biasanya dilengkapi dengan nasi (bap), sup jernih atau pekat (guk atau tang), bahan perasa seperti pes cili, sos soya dan hidangan sampingan. Tetapan meja mengikut jumlah hidangan sampingan. Misalnya 3 cheop, 5 cheop, 7 cheop, 9 cheop dan 12 cheop bansang. 12 cheop bansang digunakan bagi makanan diraja.
Juksang
Juk bermaksud bubur. Hidangan sampingan yang masin dan pedas serta tekstur yang agak kasar kurang elok dihidangkan bersamanya kerana ia adalah makanan yang berair.
Contoh juk ialah bubur beras putih, bubur abalon, dan bubur bijan. Juk dihidangkan bersama-sama ungee iaitu bubur cair dan hidangan lain seperti rebusan jeruk, Kimchi nabak (kimchi berair) , ikan masin, sos soya, garam serta madu. Sebuah mangkuk tambahan di atas meja digunakan untuk mengambil sebahagian kecil bubur yang hendak dimakan.

Juansang
Tetapan meja ini khas untuk menghidang arak. Hidangan sampingan disediakan mengikut jenis arak serta selera tetamu.
Hidangan sampingan bagi arak beras ialah hidangan yang kering seperti hirisan daging kering, ikan kering, dan rumpai laut goreng, hidangan kukus, salad, dan buah-buahan.
Hidangan sampingan bagi arak beras ialah hidangan yang kering seperti hirisan daging kering, ikan kering, dan rumpai laut goreng, hidangan kukus, salad, dan buah-buahan.
Gyojasang
Gyojasang ialah tetapan meja semasa hari perayaan, parti atau pun jamuan di mana ramai orang menghadiri majlis tersebut. Pelbagai hidangan daripada bahan-bahan yang berkualiti disediakan. Kualiti menu utama lebih diutamakan berbanding jumlah makanan. Oleh itu, hidangan utama disediakan terlebih dahulu diikuti hidangan sampingan. Hidangan sampingan ditentukan berdasarkan kesesuaian warna, bahan, nilai nutrisi dan resepi.
Dagwa-sang
Tetapan meja ini adalah untuk minum teh dan minuman yang tidak beralkohol. Pelbagai teh, punch buah-buahan, shikhye (punch beras yang dijeruk), dan sujeong-gwa (punch buah pisang kaki berperisa kayu manis) dihidang bersama yumil-gwa (pastri minyak dan madu), yak-gwa (biskut minyak dan madu), maejak-gwa(biskut yang digoreng), mandu-gwa (sejenis kek bakar), buah-buahan dan lain-lain lagi.
Rujukan :
1. Teacherspage (June 18, 2012). Let’s Dine Korean Style. [Web log post]. Retrieved April 2, 2013. From http://teacherspage.wordpress.com/2012/06/18/lets-dine-korean-style/
2. Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved March 20, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909