Makanan Pada Hari Perayaan dan Upacara Khas
Hari Kelahiran & Hari Samchil
- Hari Samchil merujuk kepada hari ke-21 kelahiran bayi.
- Pada hari tersebut, keluarga dan sahabat handai akan datang melawat ibu yang baru bersalin
- Sup rumpai laut dan sup daging lembu akan dihidangkan kepada si ibu bagi memulihkan kesihatannya
Sambutan Hari Jadi
- Bagi sambutan hari jadi pertama bayi, nasi dan sup rumpai laut akan dihidangkan. Pelbagai kek beras yang berwarna-warni turut disediakan dengan harapan agar anak tersebut akan mendapat pelbagai pencapaian dalam hidup.
- Baekil ialah upacacara menandakan hari ke-100 kelahiran bayi. Seratus ialah nombor simbolik menandakan kesempurnaan dan kematangan. Ia diadakan bagi meraikan bayi yang telah melengkapkan fasa awal hidupnya dan mendoakannya agar membesar dengan baik.
Pada majlis ini, sebuah mangkuk berisi nasi, sup rumpai laut dan sayur-sayuran hijau dihidangkan di atas meja. Selain itu, terdapat juga kek beras putih yang dikukus, dumpling, dan songpyeon iaitu kek beras berbentuk bulan separa dalam lima warna yang berlainan. Mereka mempercayai bahawa kek beras yang disediakan untuk majlis baekil tersebut perlu dikongsi dengan seratus buah keluarga agar bayi tersebut diberkati dengan kesihatan dan umur yang panjang. Keluarga yang menyediakan kek beras akan diberi segumpal benang kapas atau pun nasi. Benang kapas dan nasi melambangkan umur yang panjang dan kekayaan. - Sambutan hari jadi yang ke-60 dikenali sebagai hoegap. Kebiasaannya, anak-anak akan mengadakan jamuan besar bagi meraikan ibu bapa mereka.
Pelbagai makanan disediakan untuk jamuan tersebut. Buah-buahan segar, ikan goreng, daging salai, nasi, makanan tradisional dan sebagainya dihidangkan. Mereka akan menyusun pinggan-pinggan di atas meja setinggi yang boleh. Mereka menggelarnya sebagai gobaesang.
Majlis Perkahwinan
- Mengikut tradisi, sebelum majlis perkahwinan bermula, keluarga pengantin lelaki akan menghantar sebuah kotak yang mengandungi chaedan (sutera biru dan merah) iaitu hadiah perkahwinan dan sumpah perkahwinan yang bertulis kepada keluarga pengantin perempuan. Kotak tersebut dipanggil ham.
- Di rumah pengantin perempuan, ham yang diterima akan diletakkan di atas pengukus kek pulut iaitu tempat kek kukus pulut ditabur dengan serbuk kacang merah (bongchaetteok) telah disediakan.
- Di tengah lapisan atas kek kukus pulut tersebut, tujuh buah bidara (jujube) disusun membentuk bulatan.
- Bongchaetteok disediakan bagi mengharapkan agar pasangan pengantin mempunyai hubungan yang lancar dan kukuh seperti mana beras pulut yang digunakan bagi menyediakan makanan ini. Ia mempunyai dua lapisan sebagai simbolik pasangan pengantin. Kacang merah ditabur bagi mengelak musibah sementara tujuh buah bidara tersebut diletakkan agar pasangan akan mendapat ramai anak dan bagi mendoakan kemakmuran mereka. Masyarakat Korea menganggap nombor 7 sebagai nombor tuah.
Upacara Peringatan
- Upacara memperingati nenek moyang diadakan bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Masyarakat Korea menjalankan upacara ini pada hari ulangtahun kematian, tahun baru dan Chuseok iaitu hari kesyukuran Korea.
Makanan yang disediakan untuk upacara ini tidaklah begitu mewah. Pada hari tahun baru, sup kek beras (rice cake soup) disediakan. Sementara pada hari Chuseok sup taro dan songpyeon disediakan. Jenis makanan dan susun atur makanan berbeza dari satu keluarga ke keluarga yang lain. Makanan yang biasanya dipersembahkan ialah minuman beralkohol, buah-buahan , daging salai dan ikan.
Rujukan :
1. Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved March 20, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909
1. Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved March 20, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909