Pendidikan Rendah (Primary Education)
Kanak-kanak di Korea Selatan mulai memasuki alam persekolahan pada usia 6 tahun. Menurut kerajaan Korea Selatan, usia 6 tahun ini adalah masa yang sesuai untuk memasuki peringkat awal pendidikan di Korea Selatan. Mulai daripada usia 6 tahun, kanak-kanak di Korea Selatan harus mengikuti sistem pendidikan yang telah ditentukan oleh kerajaan.
Peringkat awal pendidikan di Korea Selatan iaitu Sekolah Rendah (Primary School) sama seperti Malaysia dan juga negara-negara lain di dunia. Sekolah rendah terdiri daripada 6 gred (darjah). Sebaik sahaja seorang kanak-kanak itu memasuki usia 5 tahun, ibu bapa akan menerima surat pendaftaran (chuihaktongsu / 취학통지수) untuk memasuki sekolah rendah kerajaan. Pada kebiasaannya, kanak-kanak akan memasuki sekolah rendah di kawasan ibu bapa mereka berdaftar. Apabila seorang kanak-kanak memasuki sekolah rendah swasta, ibu bapa mestilah melaporkan kepada pejabat khusus bahawa anak mereka tidak akan memasuki sekolah rendah kerajaan. Menurut statistik, hampir 97.6% daripada populasi usia sekolah di Korea Selatan menyertai sekolah rendah.
Kurikulum
Antara kursus-kursus yang diajarkan di sekolah rendah adalah matematik, bahasa, seni, dan pendidikan jasmani. Kurikulum untuk sekolah rendah adalah berdasarkan perintah standard kurikulum yang diisytiharkan pada 20 April 1954, Perintah No. 4 Menteri Pelajaran yang berkuatkuasa daripada 1 Ogos 1955 sehingga 1963, serta Perintah No. 119 Menteri Pelajaran yang disemak semula pada bulan Februari 1963 dan masih lagi berkuat kuasa sehingga hari ini.
Kurikulum sekolah rendah terdiri daripada 9 subjek iaitu pendidikan moral, bahasa Korea, pengajian sosial, matematik, sains, pendidikan jasmani, muzik, seni halus, dan seni praktikal. Bahasa Inggeris mula diajarkan kepada pelajar ketika mereka berada di darjah 3. Hal tersebut diperintahkan oleh kerajaan agar mereka boleh mempelajari bahasa Inggeris dalam keadaan yang lebih relaks, contohnya melalui perbualan. Kerajaan beranggapan bahawa apabila mereka belajar dengan cara yang sedemikian rupa, ianya akan memudahkan lagi proses pembelajaran berbanding mereka belajar mengenai tata bahasa.
Menurut Menteri pelajaran Korea Selatan, Lee Ju Ho, pendidikan adalah sebagai salah satu alat untuk mengembangkan kemahiran asas dan juga sikap. Selain daripada itu, melalui pendidikan juga kita boleh mengembangkan kemahiran bahasa dan moral sivik yang diperlukan dalam masyarakat. Melalui pendidikan juga semangat bekerja sama boleh ditingkatkan dan melekat dalam diri mereka sehingga mereka dewasa.
Rujukan:
1. Bedeski, R. (1994). The Transformation of South Korea. London: Routledge.
2. Kwangmyong Publishing Company. (1972). Korea: Past and Present. Seoul: Kwangmyong Publishing Company.
3. Retrieved from : http://southkorea.angloinfo.com/family/schooling-education/primary-education/