Daeboreum
Pada hari ke-15 kalendar lunar baru, rakyat Korea akan merayakan Daeboreum. Daeboreum membawa maksud bulan purnama besar. Orang Korea beranggapan bahawa bulan adalah paling bulat dan paling besar pada hari tersebut. Untuk merayakan bulan purnama pertama dalam setahun, pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan. Awal-awal pagi, orang Korea akan menggigit pecah kulit kacang, walnut, berangan dan buah kering lain yang mempunyai kulit yang keras dengan mempercayai bahawa cara ini dapat mengelakkan penyakit kulit dan mengekalkan kesihatan mulut sepanjang tahun. Selain itu, mereka juga perlu minum gwibalgisu dengan perut yang kosong. Gwibalgisu merupakan sejenis wain yang dibuat daripada wain beras. Dipercayai bahawa telinga akan mendengar berita yang baik sepanjang tahun sekiranya minum wain tersebut. Di samping itu, orang Korea juga akan berkongsi makanan seperti Ogokpab, Mugeunnamu (campuran pelbagai jenis sayur yang kering dan segar termasuk labu dan batang keledek), Yaksik, Pokssam, Wonsobyeong dan sebagainya serta berdoa agar nasib baik dan hasil tuaian yang baik dapat dikekalkan sepanjang tahun.
Permainan
Pelbagai jenis permainan yang menarik akan dilakukan pada hari Daeboreum untuk tujuan relaks. Antara aktiviti yang paling penting dan merupakan simbol Daeboreum adalah talcipthaewugi /달집 태우기, iaitu pembakaran rumah bulan yang dibuat daripada timbunan besar rumput kering. Pembakaran rumpai merupakan doaan penduduk agar serangga perosak dihapuskan sepanjang tahun, juga mempunyai maksud tersirat iaitu menghalau hantu dan mengalu-alukan kedatangan musim bunga yang suci. Oleh itu, pemuda setiap kawasan dan kampung akan berkumpul bersama-sama dan melonggokkan timbunan rumpai dekat rumah lalu membakarkannya selepas matahari terbenam. Pada waktu senja, gambaran pembakaran api yang menakjubkan dapat dilihat di puncak gunung. Penduduk akan membuat hajat berdepanan dengan bulan purnama semasa pembakaran dilakukan. Aktiviti yang serupa adalah jwibulnori /쥐불놀이 di mana ia boleh disertai kanak-kanak. Kanak-kanak akan diberi tin yang berisi arang batu kemudian dilekatkan dengan plumbum. Selepas itu, mereka boleh memutarkan tin-tin yang terbakar ini dengan pantas seterusnya menyalakan api di padang. Selain itu, terdapat juga satu tradisi unik yang dikenali sebagai Deowipalgi /더위 팔기, iaitu "Menjual Kepanasan". Seseorang akan menjerit nama kawan atau ahli keluarga dan sekiranya pihak lawan menjawab, dia boleh meminta agar membeli kepanasannya dengan mengatakan “nae deowi ta sagara!”/ "내 더위 다 사가라!". Sebagai kawan atau ahli keluarga, mereka biasanya harus membalas dan mengambil semua haba yang akan dialami pada musim panas. Tujuan adat resam ini adalah berdoa agar penderitaan daripada panas terik dapat dihapuskan pada musim panas. Satu lagi permainan tradisi yang akan dimainkan adalah "Menyeberangi jambatan"/다리 밟기. Permainan ini biasanya dimainkan oleh golongan wanita. Sekiranya mereka menyeberangi jambatan beberapa kali menyamai jumlah umur mereka, kesihatan mereka akan terjamin dan boleh mengelakkan diri daripada penyakit.
Reference:
Korean Class Massive. "Daeboreum ‘Great Full Moon’ Festival." Accessed April 1, 2013.
http://koreanclassmassive.com/2013/02/24/daeboreum-great-full-moon-festival/
Korean Class Massive. "Daeboreum ‘Great Full Moon’ Festival." Accessed April 1, 2013.
http://koreanclassmassive.com/2013/02/24/daeboreum-great-full-moon-festival/
Sumber Gambar: Google