Krismas
Krismas merupakan hari cuti di Korea. Orang Korea meraikan Krismas sama seperti cara ia dirayakan di Barat. Pada hari tersebut, sesetengah keluarga akan menukar hadiah dan menghiaskan rumah dengan pokok Krismas. Penganut Kristian akan pergi ke gereja pada Christmas Eve atau Hari Krismas dan parti caroling adalah popular untuk pemuda Kristian pada Christmas Eve. Datuk Santa adalah popular dalam kalangan anak-anak di Korea (Santa Harabeoji). Terdapat kedai yang menggaji Santa untuk mengagihkan gula-gula dan coklat. Biasanya, orang Korea menukar hadiah pada Christmas Eve. Selain itu, pertukaran kad Krismas juga dilakukan dan biasanya "Season's Greetings" akan digunakan berbanding dengan "Merry Christmas". Sesetengah keluarga meraikan Krismas dengan makanan dan perhimpunan di rumah tetapi terdapat orang Korea yang merayakan Krismas di luar. Walau bagaimanapun, satu majlis makan malam formal adalah cara yang popular untuk meraikan percutian dengan ahli keluarga dan makanan Korea seperti mi keledek, tteokguk, bulgogi, dan kimchi dinikmati pada malam Krismas. Krismas merupakan hari bel bagi mereka yang bukan Kristian. Tradisi Krismas Korea adalah sangat serupa dengan tradisi yang ditemui di Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi mereka juga menyerapkan budaya Asia dalam perayaan tersebut. Jelaslah, perayaan Krismas dapat dirayakan dengan pelbagai cara sewaktu mempelajari semangat perayaan yang menyatukan semua orang pada hari cuti ini.
References:
LoveToKnow. "Korean Christmas Traditions." Accessed March 17, 2013. http://christmas.lovetoknow.com/Korean_Christmas_Traditions
The Korea Blog. "A Merry Christmas in Korea." Accessed March 17, 2013.
http://blog.korea.net/?p=6395
Sumber Gambar: Google
LoveToKnow. "Korean Christmas Traditions." Accessed March 17, 2013. http://christmas.lovetoknow.com/Korean_Christmas_Traditions
The Korea Blog. "A Merry Christmas in Korea." Accessed March 17, 2013.
http://blog.korea.net/?p=6395
Sumber Gambar: Google