|
Hui juga dikenali sebagai Cina- Muslim yang terdapat di negara China atau membawa maksud semua yang mengamalkan agama Islam dan / atau ia bermakna satu daripada lima puluh lima penduduk minoriti diiktiraf China. Orang Hui juga dikenali sebagai orang Dongan. Mereka adalah sepuluh kumpulan etnik yang terbesar dan merupakan penduduk kasa minoriti di China yang mengamalkan agama Islam. Kebanyakannya tinggal di kawasan barat daya China sama ada di daerah Ningxia, Gansu, Qinghai dan Xinjiang. Masakan ini memperolehi populariti melalui perjalanan pedagang Hui ke bandar-bandar utama di China semasa Dinasti Ming dan Qing.
Kebanyakan masyarakat mendefinisikan makanan Hui mengandungi daging kambing atau daging lembu. Perkara yang paling utama ialah, makanan masyarakat Hui tidak akan pernah mengandungi daging babi, daging haiwan yang garang dan juga darah haiwan tersebut. Ini kerana ianya diharamkan dalam agama Islam. Masakan Hui dimasak dengan cara kacau- goreng di bawah api yang sangat panas dan mengandungi banyak nutrisi. Selain itu, masyarakat Hui turut suka akan mi sama ada dibuat sendiri daripada gandum, beras, tepung atau mana-mana sayur-sayuran. Dalam kategori sayur-sayuran, mereka mengisar dan menggunakan kacang hijau atau kacang soya, keladi kering, kentang manis, dan banyak sayur-sayuran dan kekacang lain, kemudian mengisar mereka untuk membuat penkek dan mi. Makanan tradisionalnya adalah seperti daging kambing kukus, ‘hula tang’, sup kambing dan roti berlapis daging kambing dan daging lembu manakala makanan yang terkenal ialah seperti kambing panggang, mi tarik Lanzhou dengan daging lembu serta ‘hand- taken limb’.
Rujukan:
1) Gillette M. B. (2000). Between Mecca and Beijing: Modernization and Consumption among Urban Chinese Muslims. California. Stanford University Press. Pages 134- 136.
2) Chinese Minority Food. Retrieved from http://www.travelchinaguide.com/intro/cuisine_drink/cuisine/minority.htm.
3) Jacqueline M. Newman (2004). Minoriti Etnik Cina dan Makanan mereka. Retrieved from http://www.flavorandfortune.com/dataaccess/article.php?ID=468

Salah satu makanan kegemaran kaum Hui, dan semua penduduk Islam ialah lempeng panggang. Di China, mereka memanggilnya ‘dabing’ dan ianya tidak seperti yang dihasilkan dalam masakan barat yang mana hadapan lempeng adalah nipis. Biasanya, lempeng ini ialah setebal dua inci dan mempunyai diameter sebesar 6-16 inci. |
Makanan ini diraikan di Xi’an. Selain itu, ia merupakan masakan tradisional Hui. Ia mengandungi kepingan daging kambing, kacang panjang hijau, daun bawang, dan sup rebusan diletakkan di atas roti yang telahpun dipecahkan kepada ketulan- ketulan kecil. Ianya dimakan dengan sos cili ataupun cili jeruk. Rujukan: 1) Gillette M. B. (2000). Between Mecca and Beijing: Modernization and Consumption among Urban Chinese Muslims. California. Stanford University Press. Pages 134- 136. |
|
|
Kambing panggang adalah hidangan yang paling terkenal di Xinjiang. Hidangan yang disediakan dengan bahan-bahan terpilih dan dimasak menggunakan teknik memasak istimewa. Penyediaan masakan ini dilakukan dengan mencampurkan tepung dan air dengan kuning telur, garam, halia, dan serbuk lada digunakan untuk menyelubungi seluruh bahagian kambing. Kambing kemudiannya dimasukkan ke dalam ketuhar yang dibuat khas dan dibakar selama kira-kira satu jam. Ia dipotong dengan sutera merah di lehernya dan dihidangkan dengan mulutnya disumbat dengan jintan segar. Pelanggan menggunakan pisau untuk memotong daging kambing tersebut. Rujukan: 1) Halal Food in China. Retrieved from http://www.chinahighlights.com/travelguide/muslim-china/halal-food.htm. |
Cara membuat mi ialah dengan menarik doh mi ke atas dan ke bawah dengan baik. Doh mi tarik juga boleh ditarik kepada pelbagai kelebaran. Adakalanya ia sangat nipis iaitu hanya seperti seutas rambut. Kuah mi tarik dibuat dengan memasak beberapa bahagian lembu seperti daging, sum sum, hati dan tulang dan kemudiannya dicampur di dalam pelbagai jenis rempah ratus. Sup yang telah siap sangat sedap dan amat sesuai di makan bersama mi tarik. Rujukan: 1) Corak Gong (2007). Lifestyle in China: Volume 8 of Journey into China. Intercontinental China Press. Page 28. |
|
Beijing merupakan sebuah bandar yang didiami oleh banyak kumpulan etnik di China termasuk lebih 200,000 umat Islam. Dengan sejarah yang panjang dan unik, makanan Islam di Beijing adalah bahagian yang sangat penting dalam budaya masakan Beijing. Makanan Islam di Beijing bermula dengan pengenalan Islam ke Beijing dan ia telah mempunyai sejarah lebih 1000 tahun. Rekod awal makanan Islam sejak Rekod Imperial Dinasti Yuyan dan sebuah ensiklopedia kehidupan meluas mempunyai satu bab tentang makanan Muslim di Beijing dan mengumpul banyak menu rakyat Hui (Muslim). Ini menunjukkan bahawa makanan Islam menjadi perkara biasa di jalan-jalan di Beijing semasa Dinasti Yuan (1279-1644).
Dalam tempoh ‘Yongle’ sewaktu pemerintahan Dinasti Ming, ramai orang Islam berhijrah dari China Selatan ke Beijing akibat penempatan semula Bandar Cina. Kemahiran memasak makanan Islam di selatan China juga telah diperkenalkan ke Beijing. Oleh itu, Beijing disaksikan menjadi pembangunan pesat makanan Islam. Dengan pembangunan beratus-ratus tahun dari Yuan dan Ming Dinasti Qing, Beijing telah membentuk masakan unik bagi yang beragama Islam dengan banyak jenis, pelbagai jenis rasa, menu yang unik dan makanan ringan tempatan. Sebahagiannya telah diperkenalkan kepada Kota Larangan dan menjadi sebahagian daripada masakan maharaja. Tasimi, ‘Osmanthus Muttion’, biri-biri goreng atau tulang rusuk lembu dengan sasimin selalu dihidangkan dalam menu mahkamah maharaja Dinasti Qing.
Jamuan Kambing Halal adalah jamuan kedua terbesar dalam institut maharaja Dinasti Qing. Ia telah dicatatkan bahawa jamuan ini mempunyai 72 jenis hidangan yang berbeza. Ia telah dimakan sama ada menggunakan mangkuk atau pinggan. Walaupun masakannya hanya menggunakan kambing tetapi setiap daripadanya mempunyai rasa yang berbeza- beza. Semua bahagian kambing biri-biri digunakan dan ianya dimasak secara membakar, menggoreng dan menjerang untuk membakar. Apabila ingin memberi nama sesuatu hidangan, perkataan 'kambing biri-biri' atau 'kambing' dielakkan dalam nama masakan tersebut. Sebagai contoh masakan A terdiri daripada kambing yang dimasak besama sos lada. Nama masakannya tidak akan diberi nama ' Kambing Masak Sos Lada' sebaliknya hanya dinamakan ' Masak Sos Lada' tanpa perkataan kambing.

Sewaktu Xian menjadi ibu kota China pada Dinasti Tang (907-618), Islam telah diperkenalkan secara rasmi ke China melalui perdagangan di Jalan Sutera. Xian adalah salah satu daripada bandar-bandar pertama di China di mana pedagang Arab menetap dan membentuk masyarakat dengan turut menubuhkan masjid dan restoran Halal. Ada yang mengatakan bahawa Marco Polo telah melawat Xian yang mana beliau pergi ke penempatan suku Islam dan belajar teknik membuat Piza Cina dan membawa teknik ini pulang ke Itali. Banci penduduk pada tahun 2000 menunjukkan bahawa terdapat 64216 orang Hui yang hidup dalam masyarakat Islam Fangshang( penduduk tempatan memanggil masyarakat Islam Fangshang) di Xian. Beratus- ratus restoran Islam bertaburan di Fangshang dan kebanyakannya di Beiyuanmen, Majiashizi, Damaishi yang menyediakan makanan tempatan khususnya seperti Yang Rou Pao Mo ( Roti Bakar direndam di dalam sup kambing), pau dan mi daging lembu.
Yinchuan merupakan pusat kebudayaan utama bagi orang-orang Hui di China dan ianya menawarkan pelbagai makanan Muslim yang unik. Pelawat bukan sahaja boleh mencuba hidangan Islam yang sahih tetapi juga merasai beberapa masakan Hui yang unik.
Hidangan yang selalunya mewakili Yinchuan adalah seperti Qingzheng Yanggaorou (kambing kukus), Shouzhua Yangrou (kambing dimakan dengan tangan), Yangrou Paomo (kek dicincang dalam kambing dan sup daging lembu), dan Xiangsuji (ayam segar bersama rempah ratus).
Gaiwancha iaitu sejenis minuman teh tradisional, yang dikatakan telah bermula pada zaman Dinasti Tang (618-907), juga berasal dari Hui. Teh ini datang dalam pelbagai perisa kerana menggunakan bahan-bahan tambahan yang berbeza tambahan seperti gula perang, gula putih, gula kristal, lima perisa enak (daun teh, kristal gula, longan, kismis dan aprikot kering), dan lapan khazanah (Kurma Cina, kacang kernel, longan, gingili, kismis, gula putih dan daun teh).

1) Meal and Food. Retrieved from http://www.islamicity.com/travel/china/meals.asp.