|
Pengenalan
Masakan Kantonis (Selatan) berasal dari Wilayah Guangdong di selatan China atau lebih juga dikenali di kawasan di sekitar Guangzhou (Canton). Kantonis adalah masakan yang paling popular di seluruh dunia. Masakan kantonis juga merupakan masakan di Pulau Macau dan Hong Kong. Masyarakat Kantonis hanya mempunyai beberapa jenis pencuci mulut sahaja, oleh itu, mereka tidak menggunakan gula dengan banyak dalam masakan mereka. Sos terkenal seperti tiram, soya dan sos hoisin juga sering digunakan. Ciri- ciri lain masakan kantonis ialah makanan dimasak dengan menambahkan lagi rasa asal dan mengurangkan penggunaan perisa tambahan. Contoh hidangan Kantonis adalah seperti dim sum, sup sirip ikan yu dan babi panggang. Ikan dan makanan laut seperti tiram, mentimun laut, sotong dan obor- obor juga merupakan hidangan yang istimewa bagi masyarakat Kantonis. Kesemua ini dimasak secara kukus, celur, rebus atau goreng. Ikan yang siap dikukus sering dihidangkan hanya dengan cuka, halia, daun bawang dan pasli Cina.
Rujukan:
1) Cantonese Food. Retrieved from http://www.shanghaifinance.com/food/cantonesefood/cantonesefood.php
2) Linda Civitello, (2011) Cuisine and Culture: A History of Food and People. United States: John Wiley & Sons.
Rujukan:
1) Cantonese Food. Retrieved from http://www.shanghaifinance.com/food/cantonesefood/cantonesefood.php
2) Linda Civitello, (2011) Cuisine and Culture: A History of Food and People. United States: John Wiley & Sons.
Dim sum
Makanan istimewa kantonis ialah seperti tim sum (dim sum) yang bermaksud " makanan kecil". Ianya merupakan makanan kantonis yang terkenal di Amerika. Dim sum adalah sejenis kuih yang hanya mempunyai saiz anggaran sebesar satu gigitan. Ia adalah kepingan doh yang dibalut dengan daging yang berempah ataupun diisi dengan makanan laut dan kemudiannya dikukus. Kadangkala, dim sum juga dibalut dalam daun teratai atau daun buluh dan kemudiannya baru dikukus. Dim sum selalunya dimakan pada waktu pagi, tetapi ianya boleh didapati pada bila- bila masa sahaja.
Rujukan :
1) Linda Civitello,(2011). Cuisine and Culture: A History of Food and People. United States: John Wiley & Sons.
Rujukan :
1) Linda Civitello,(2011). Cuisine and Culture: A History of Food and People. United States: John Wiley & Sons.
Cara Memasak Dim Sum
Pengukus buluh
Langkah 1 : Susun pengukus buluh dengan daun kubis atau salad. Ini dilakukan untuk mengelakkan pembalut dim sum daripada melekat pada buluh.
Langkah 2: Letakkan periuk di dapur dan diikuti dengan pengukus buluh di dalamnya. Tuangkan air yang mencukupi sehingga hampir ke bahagian bawah pengukus. Hidupkan api yang tinggi. Langkah 3: Letakkan dim sum ke dalam pengukus buluh dan tinggalkan ruang kecil di antara mereka supaya mereka tidak melekat bersama-sama. Langkah 4: Panaskan air, tutup pengukus buluh dan biarkan dim sum dikukus untuk masa yang disyorkan seperti didalam resipi. Langkah 5: Keluarkan pengukus buluh dari periuk dan biarkan dim sum selama tiga hingga lima minit sebelum dihidangkan. |
Goreng minyak penuh
Langkah 1: Isi kuali dengan dua inci minyak kanola dan panaskan di atas api yang sederhana tinggi, atau sehingga minyak mula berkilau.
Langkah 2: Letakkan dim sum ke dalam minyak panas dengan penyepit. Berhati-hati untuk tidak menjatuhkan ia untuk mengelak dari terpercik minyak panas. Langkah 3: Masak dim sum selama lima hingga tujuh minit atau sehingga bewarna perang keemasan dan rangup di luar. Langkah 4: Angkat dim sum daripada minyak panas dengan penyepit dan biarkan di atas kertas plat selama dua hingga tiga minit sebelum dihidangkan. Rujukan: Chandler B. (2011). How To Cook Dim Sum. Retrieved from http://www.livestrong.com/article/469799-how-to-cook-dim-sum/
|
Sup Sirip Ikan Yu
|
Sup sirip ikan yu telah dicipta oleh maharaja dalam Dinasti Sung ( tahun 968 selepas masihi) untuk menunjukkan bagaimana kekuasaan, kekayaan dan kemurahan hati beliau kepada tetamu jamuan. Dengan menghidangkan makanan yang mahal seperti ini, ia dilihat sebagai tanda hormat. Sup sirip ikan yu adalah sup yang pekat dan dibuat dengan ayam dan mungkin dengan sedikit penambah perisa seperti MSG. Ia juga boleh disertakan dengan kepingan ayam yang diracik halus ataupun sirip boleh dihidangkan secara keseluruhan tanpa ayam dan harganya pula akan lebih mahal.
Bahan utama untuk membuat sup sirip ikan yu ialah seperti sirip ikan yu, ayam,cendawan, cuka, sos soya serta mengambil masa lebih kurang dua jam untuk disiapkan. Makanan ini selalunya dimakan pada majlis- majlis yang besar seperti Perkahwinan ataupun sambutan perayaan contohnya seperti pada Tahun Baru China. Rujukan: 1) Yu Ch'i (Shark Fin) Soup. Retrieved from http://www.chineserecipes.com/soups/yu-chi-shark-fin-soup. 2) History of Shark Fin Soup. Retrieved from http://www.sharktruth.com/learn/history-of-shark-fin-soup/. |
Penting!!Pada masa kini, sup sirip ikan yu ini telah diharamkan di China. Hal ini bagi mengambil langkah untuk menjaga spesis ikan ini daripada mengalami kepupusan. Selain itu, bahan asas untuk membuat sup telah digantikan dengan sirip ikan yu palsu yang dihasilkan daripada gelatin.
|
Char Siu
Char Siu, juga dikenali sebagai daging babi BBQ, adalah daging babi yang dibakar dengan gaya Kantonis. Ia biasanya dibuat dengan daging babi tanpa tulang, biasanya diambil dari bahagian bahu. Char Siu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu ia mempunyai lapisan perisa yang menjadikan daging bertukar menjadi warna merah gelap, atau kadangkala dibakar semasa memasak. Penambah perisa untuk char siu biasanya termasuk gula atau madu, serbuk lima rempah, pewarna merah makanan, kicap dan wain beras.
Perkataan char siu bermaksud "garfu panggang", yang merupakan kaedah penyediaan tradisional. Garfu panjang akan memegang daging di dalam ketuhar yang bertutup atau diatas api sahaja. Char siu jarang dimakan bersendirian, tetapi ia juga digunakan dalam penyediaan makanan lain, terutamanya “char siu bau”, di mana ia disumbat dalam roti, dan “char siew rice” di mana ia dihidangkan bersama nasi.
Reference :
1) Cantonese Food. Retrieved from http://www.shanghaifinance.com/food/cantonesefood/cantonesefood.php
Perkataan char siu bermaksud "garfu panggang", yang merupakan kaedah penyediaan tradisional. Garfu panjang akan memegang daging di dalam ketuhar yang bertutup atau diatas api sahaja. Char siu jarang dimakan bersendirian, tetapi ia juga digunakan dalam penyediaan makanan lain, terutamanya “char siu bau”, di mana ia disumbat dalam roti, dan “char siew rice” di mana ia dihidangkan bersama nasi.
Reference :
1) Cantonese Food. Retrieved from http://www.shanghaifinance.com/food/cantonesefood/cantonesefood.php