Berbanding Buddhisme, agama Kristian dianggap sebagai agama asing kerana agama ini bertentangan dengan pandangan dunia orang Jepun. Agama Kristian tiba di Jepun dalam tiga zaman yang berbeza semenjak abad ke-16, tahun 1868-1891 dan tahun 1945-1952. Tarikan agama ini ialah ianya merupakan sesuatu yang baharu walaupun bercanggah dengan system nilai yang sedia ada. Selepas berkembang pesat sehingga lewat abad ke-16, agama ini telah dihapuskan oleh keshogunan Tokugawa yang mewajibkan setiap rakyat mempunyai surat pengesahan biara bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama Kristian.
Agama ini turut ditekan oleh kerajaan Meiji yang mengutamakan kesetiaan kepada maharaja dan bukan kepada Tuhan walaupun perlembagaan Meiji menjamin kebebasa beragama disebabkan tekanan kuasa-kuasa asing. Para penganutnya terdiri daripada golongan professional yang merupakan penyokong kuat permodenan. Selepas tahun 1945, agama ini tidak lagi dikenakan sebarang tekanan pemerintah namun pengikutnya tidak pernah melebihi satu peratus penduduk Jepun kerana agama ini masih dianggap asing.
Pengaruh Kristian amat ketara dalam bidang pendidikan terutamanya untuk golongan wanita. Penganut Kristian turut berkecimpung dalam bidang kerja sosial seperti di kalangan burakumin yang kemudiannya diambil alih oleh jabatan yang berkenaan. Pergerakan sosialis di Jepun juga dikaitkan dengan penganut Kristian. Mereka juga terlibat dengan pergerakan lain seperti jiyu minken undo (pergerakan mendapatkan kebebasan dan hak rakyat), penghapusan amalan perempuan simpanan dan menyokong undang-undang yang melarang pelacuran. Malah pada tahun 1930-an, terdapat usaha untuk menggabungkan agama Kristian dengan Shinto tetapi menemui kegagalan.
Hingga lewat abad ke-20, agama Kristian masih mempunyai pengaruh termasuk terhadap kerja kebajikan yang dijalankan oleh organisasi Buddha dan Shinto. Novel-novel yang ditulis oleh penulis Kristian seperti Endo Shusaku dan Miura Ayako terus mendapat perhatian orang Jepun. Lebih menarik lagi ialah lebih 50 peratus golongan muda-mudi Jepun memilih untuk berkahwin di gereja walaupun majority mereka bukan beragama Kristian.