Busan ialah metropolis kedua terbesar Korea Selatan selepas Seoul, dengan jumlah penduduk kira-kira 3.6 juta. Ia mempunyai pantai terbesar dan sungai terpanjang di Korea. Ia juga merupakan bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan dan pelabuhan kelima di dunia yang paling sibuk dengan kargo. Bandar ini terletak di hujung tenggara semenanjung Korea. Busan merupakan kawasan yang paling padat dengan bandar dan terletak di lembah sempit di antara Sungai Nakdong dan Sungai Suyeong, dengan gunung memisahkan beberapa daerah. Ia diisytiharkan sebagai Bandar Metropolitan. Kawasan metropolitan Busan terbahagi kepada 15 daerah pentadbiran utama dan sebuah negeri.
PANTAI HEUNDAE
Pantai Heundae ialah pantai yang paling popular di Korea. Pantai ini terletak di antara Bukit Dalmaji dan Pulau Dongbaekseom. Pantai yang berbentuk bujur dan mempunyai pasir yang putih ini sangat cantik. Ia dilengkapi dengan hotel, spa, kasino, dan fasiliti rekreasi. Pelbagai aktiviti kebudayaan, sukan, pertandingan dan perayaan dianjurkan pada setiap musim.
Pada musim panas, pantai ini dibuka secara rasmi untuk para pelancong mahupun penduduk tempatan datang dan berenang di Pantai Heundae. Ribuan payung akan dipasang di pesisir pantai sehinggakan anda tidak akan menemui tempat kosong walau sejengkal pun di sini. Pengunjung datang lebih awal untuk mendapatkan tempat. Tarikan utama pantai ini adalah cahaya mataharinya yang cerah. Setelah melalui musim dingin, menghabiskan masa di pantai ini membawa keseronokan yang tersendiri. Suhu yang mampu mencecah hingga 30°C sangat sesuai untuk memanaskan badan. Pada 2 Ogos 2008, pantai sepanjang 1.5 km ini memecahkan rekod dunia sebagai pantai dengan jumlah payung paling banyak iaitu 7,397 payung pelbagai warna.
Pantai ini hanya dibuka dari Julai hingga Ogos sahaja. Antara perayaan yang dianjurkan di pantai ini ialah Perayaan Mesra Alam (Environmentally Friendly Festival) yang berlangsung selama 4 hari pada musim panas dan Perayaan Pasir Heundae (Haeundae Sand Festival). Antara aktiviti lain ialah pertandingan bola tampar pantai, pameran pelbagai jenis pasir dari seluruh dunia dan perlumbaan marathon. Festival ini diadakan sejak tahun 2005 dan pada awalnya merupakan sebahagian dari aktiviti APEC.

TAEJONGDAE
Taejongdae ialah sebuah taman semulajadi dengan tebing yang menakjubkan menghadap ke lautan yang terbentang luas dan berada di hujung selatan Pulau Yeongdo-gu. Taejongdae menjadi tarikan pelancong ke Busan kerana kehijauan alam semulajadinya dan pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti tempat pemerhatian (observatory), taman hiburan, rumah api dan terminal kapal persiaran. Nama Taejongdae ini berasal dari nama Raja Taejong Muyeol, raja ke 29 dari Dinasti Silla (604-661) yang gemar berlatih memanah di tempat ini selepas penyatuan tiga kerajaan Korea. Taejongdae diisytiharkan sebagai salah satu dari 28 tugu Busan bersama Pulau Oryukdo.
Luas keseluruhan Taejongdae mencapai 440 hektar dan panjangnya 9.1 km menyamai kepanjangan Pantai Yeongdo. Puncak tebing tertingginya (250 meter dari permukaan laut) adalah rumah bagi 120 spesies tumbuh-tumbuhan. Pemandangan yang indah dan segar dapat anda saksikan dari tempat ini. Dan apabila hari cerah, sejauh mata memandang, anda akan dapat melihat Pulau Tsusima, sebuah pulau di Jepun yang berjarak hanya 56 km. Tempat ini sering kali disebut-sebut oleh para penyair dan seniman kerana pemandangan alamnya yang luar biasa yang sebahagian besar terdiri dari tebing-tebing curam dengan susunan karangnya yang menarik perhatian.
Dari puncak tebing Taejongdae setinggi 250 m, pengunjung juga dapat melihat pemandangan Pantai Heundae yang sangat cantik. Jika anda mendaki tebing ini, di pertengahan jalan terdapat satu bulatan (roundabout) sepanjang 4.3 m. Teruskan melalui jalan ini dan anda akan menjumpai beberapa tebing yang curam dan pemandangan laut yang biru. Terdapat juga dermaga perahu tambang berdekatan kawasan ini. Pemandangan tebing Taejongdae dan pokok pain dari atas perahu tambang adalah sangat cantik.

PASAR IKAN JAGALCHI
Pasar Ikan Jagalchi yang menempatkan lebih daripada 480 kedai, ialah salah satu daripada mercu tanda Busan. Ia merupakan pasar makanan laut terbesar di Asia Timur. Setiap kedai dipenuhi dengan pelbagai produk ikan kering dan ikan yang sangat segar kerana pasar ini berada betul-betul di sebelah pelabuhan Busan. Pelabuhan ini ialah tempat di mana ikan-ikan tersebut dibawa naik dan terus dijual di Pasar Ikan Jagalchi. Pasar ini sangat meriah dengan gerai tepi jalan yang tidak terhitung banyaknya, penjaja dan restoran ikan mentah. Pasar Ikan Jagalchi ialah tempat yang membolehkan anda merasai keunikan dan keistimewaan bandar pelabuhan yang indah ini.
Selepas Perang Korea, pasar ini menumpukan kepada pasaran ikan. Uniknya, sebahagian besar peniaganya adalah perempuan. Para peniaga wanita ini kerap digelar “Jagalchi Ajumma”. Ajumma merujuk pada wanita pertengahan usia atau wanita yang sudah menikah. Pasar ini terletak di antara Chungmu-dong dan Nampo-dong. Mengunjungi Pasar Jagalchi ini seperti melihat sebuah akuarium yang besar dengan pelbagai jenis ikan di dalamnya. Mungkin ada di antara ikan-ikan belum pernah anda lihat atau kenali.
Pasar ini dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam. Secara umum, pasar ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama ialah pasar yang menjual hasil laut yang sudah dikeringkan manakala bahagian yang kedua menjual hasil laut yang masih segar. Di bahagian ini, semua ikan, belut, sotong, kerang dan sotong kurita yang baru ditangkap dan diturunkan dari kapal terus dijual kepada pelanggan. Manakala di bahagian yang hanya menjual hasil laut yang sudah dikeringkan, kita boleh membeli ikan dalam jumlah yang besar. Di sekitar pasar Jagalchi terdapat restoran yang menyediakan makanan laut mentah. Pada setiap bulan Oktober, akan dianjurkan Pelancongan Kebudayaan Jagalchi (Jagalchi Cultural Tourism) yang sangat popular dalam kalangan pelancong dan penggemar makanan laut.

PULAU DONGBAEKSOM
Pulau Dongbaeksom (merupakan ‘Memorial Bandar Metropolitan Busan’ nombor 46) ialah sebuah pulau di zaman purba. Walau bagaimanapun, pengumpulan tanah dan pasir yang dibawa dari Jwa-dong, Jung-dong, dan U-dong oleh Sungai Chuncheon akhirnya membentuk sebuah jambatan daripada tanah, menjadikan ia sebuah pulau atas nama sahaja. Pulau Dongbaeksom dipenuhi dengan ‘camellia’ dan pokok pain. Puncak tertinggi pulau ini menempatkan sebuah patung gangsa Sarjana Choi Chi-won (nama penanya ialah Ko Un) dan sebuah tugu sebagai ingatan terhadapnya.
Batu Ukiran Haeundae (merupakan ‘Memorial Bandar Metropolitan Busan’ nombor 45 bersama-sama dengan Pulau Dongbaeksom) berada di dalam lautan di hujung selatan Pulau Dongbaeksom. Menurut lagenda, Choi Chi-won yang dalam perjalanan ke Gaya-san untuk melepaskan jawatannya dalam kerajaan telah melalui tempat ini dan terpesona dengan keindahan Pulau Dongbaeksom. Dia membina satu tapak dan mengukir perkataan 'Haeundae' sempena nama penanya yang lain iaitu 'Hae-un.' Nama 'Haeundae' di kawasan ini berasal daripada peristiwa ini.
Tempat ini seperti sebuah taman kecil daripada sebuah pulau yang berasingan.Jika anda berjalan di sepanjang tepian pantai,anda akan maenemui sebuah rumah api yang cantik.Pemandangan di sekeliling tempat ini sangat cantik terutama bagi yang cintakan keindahan panaroma.Jika anda mengikuti laluan pejalan kaki,anda boleh melawat rumah APEC,yang menjadi tempat sidang kemuncak APEC 2005.Sementara itu,jika anda mengiku laluan yang bertentengan dengan rumah api,anda boleh mendaki ke tempat peninjau (lookout spot) di atas gunung.
Di tepi pantai, di bawah dinding batu duduk sebuah patung duyung. Ia menjadi lambang sebuah lagenda di sini iaitu kisah cinta menyayat hati Puteri Topaz dari negara Naranda yang terletak di dalam laut. Di dalam negara ini, tinggal seorang duyung yang telah berkahwin dengan Raja Negara Mungungnara. Dia sering menumpahkan air mata kerana rindukan tanah airnya dan kesedihannya terpancar pada manik topaz pemberian nenek mertuanya. Terdapat juga satu tugu untuk lagu "Come back to Busan Port" (nyanyian Jo Yong-pil) yang terletak di taman bunga tepi Pantai Haeundae.

Pelancongan di Busan by Haha dan Skull
RUJUKAN
SUMBER GAMBAR
Imej Google
- Yu, M. J. (2005). The discovery of Korea : history, nature, cultural heritages, art, tradition, cities. Seoul, Korea : Discovery Media.
- Wisata Korea. Pasar Jagalchi, pasar untuk penggemar seafood. Accessed April 30, 2013. http://korea.panduanwisata.com/korea-selatan-wisata-asia/busan/pasar-jagalchi-pasar-untuk-penggemar-seafood/
- Wisata Korea. Memahami makna kesetiaan di Taman Peristirahatan Taejongdae. Accessed April 30, 2013. http://korea.panduanwisata.com/korea-selatan-wisata-asia/busan/memahami-makna-kesetiaan-di-taman-peristirahatan-taejongdae/
SUMBER GAMBAR
Imej Google