SPRING FESTIVAL (PERAYAAN TAHUN BARU)
Tarikh : Hari Pertama pada bulan pertama di Kalender Lunar
Spring festival merupakan perayaan tradisional yang pertama dalam satu tahun. Orang Cina menyambut perayaan ini secara besar-besaran setiap tahun . Ia merupakan satu perayaan yang besar dan menarik kepada orang Cina. Perayaan ini bukan sahaja disambut orang penduduk di negara China tetapi juga orang Cina yang berada di seluruh dunia . Tambahan pula , perayaan ini juga disambut oleh orang Korea sampai sekarang dan orang Jepun sebelum pemulihan Meiji kerana proses penyebaran budaya semasa Dinasti Tang. Spring Festival merupakan hari permulaan tahun lunar, dan biasanya dikenali sebagai “ Guo Nian” di kalangan orang Cina. Perayaan ini mempunyai sejarah yang panjang lebih 2,000 tahun dalam sejarah China.
Tempoh Pra Qin merupakan tempoh pencambahan kepada adat perayaan tahun baru. Pada masa itu , perayaan tahun baru tidak mempunyai satu tarikh yang tetap untuk sambutan tahun baru kerana tempat yang berbeza menggunakan kalendar yang berbeza. Tetapi sambutan ini masih diadakan sekitar akhir muzim sejuk atau awal musim bunga apabila aktiviti pertanian tidak begitu sibuk.
Adat menyambut tahun baru telah dimuktamadkan semasa Dinasti Han. Dengan penggunaan “ Taichu kalender “ yang dicipta pada masa itu, sambutan tahun baru telah ditetapkan pada hari pertama pada bulan pertama. Hasilnya , aktiviti seperti menyembah tuhan , pengorbanan dan penyambutan yang biasanya diadakan pada masa yang berbeza telah ditetapkan untuk dilaksanakan pada hari pertama setiap tahun secara beransur-ansur. Dengan pembangunan masa , adat tahun baru pada hari pertama setiap tahun di lunar kalendar menjadi semakin diminati sehingga beransur –ansur menjadi perayaan yang paling penting di China.
Adat menyambut tahun baru telah berubah semasa Dinasti Tang. Zaman Dinasti Tang merupakan masa kemakmuran ekonomi dan hubungan politiknya berkembang serta hubungan yang kerap di antara budaya China dan budaya asing. Dengan pengaruh budaya asing, tumpuan sambutan tahun baru beralih daripada menyembah tuhan kepada hiburan untuk rakyat.
Adat menyambut tahun baru beralih pada Dinasti Ming dan Qing. Pada masa itu, fungsi istiadat dan sosial dan fungsi rekreasi sambutan tahun baru telah meningkat. Pada tahun baru, orang-orang akan mengunjungi rumah orang lain dan semua jenis aktiviti rekreasi telah dijalankan pada masa itu seperti tarian singa , tarian naga dan sebagainya. Adat resam tahun baru pada masa itu menyerap sepenuhnya budaya tradisional masyarakat Cina, menjadi pameran adat kaum di mana adat Cina dan tradisi yang telah mempunyai beribu-ribu tahun sejarah telah dipaparkan dengan cara yang berpusat.
China mempunyai banyak adat tradisional yang berkaitan dengan sambutan tahun baru. Sambutan tahun baru bukan sahaja satu hari tetapi merangkumi pelbagai aktiviti pada bulan pertama lunar. Bagi orang Cina , sambutan tahun baru hanya akan dihenti selepas hari ke-15 pada bulan pertama lunar iaitu selepas sambutan Lantern Festival. Orang ramai mula membuat persedian untuk sambutan perayaan seawalnya pada hari ke-23 bulan lunar akhir tahun sebelumnya. Pada masa itu, orang yang berada jauh dari rumah akan tergesa-gesa balik ke kampung untuk bersama dengan keluarga mereka. Semua keluarga pada masa itu akan sibuk dengan pembersihan keseluruhan , membuat pembelian khas untuk perayaan dan sebagainya.

ADAT ISTIADAT
1)MAKAN BESAR
Malam sebelum tahun baru dikenali sebagai New Year’s eve, hari ini juga merupakan hari yang sangat penting kepada orang Cina. Pada malam ini, ahli keluarga yang lama tidak berjumpa akan berkumpul dan makan malam bersama-sama. Aktiviti ini juga dikenali sebagai makan besar, dan adat ini merupakan adat yang sangat penting kepada orang Cina dan mesti dibuat sebelum tahun baru.

2)SHOU SUI
Selain daripada makan besar, salah satu adat yang penting kepada orang Cina dikenali sebagai Shou Sui di bahasa Cina. Selepas makan besar , ahli-ahli keluarga akan duduk bersama dan berbual-bual. Biasanya , mereka akan berjaga sepanjang malam sehingga subuh yang seterusnya. Pada masa dahulu , Shou Sui mempunyai dua makna: Bagi orang tua , Shou Sui bermakna menghargai masa. Bagi orang muda, Shou Sui adalah untuk berdoa supaya ibu bapa dapat berumur panjang.

3)DUIT "YA SUI" (ANG POW)
Selepas makan besar atau selepas pukul 12 tengah malam , orang tua akan memberi duit "Ya Sui" kepada kanak-kanak. Duit "Ya Sui"merupakan satu tanda hasrat baik yang diberi kepada kanak-kanak semasa tahun baru. Mengikut adat resam, Duit " Ya Sui" perlu diletak dalam satu beg kertas yang berwarna merah. Dalam konsep orang masa dahulu, duit yang diletakkan dalam beg kertas yang berwarna merah boleh menghalau hantu dan memastikan mereka mempunyai tahun baru yang aman dan sihat. |
4) BAI NIAN
Selepas New Year’s Eve merupakan tahun yang baru. Pada hari ini , orang cina akan memakai baju yang baru dan mula mengunjungi ke rumah orang lain. Adat ini dipanggil sebagai “Bai Nian”. Adat ini merupakan adat yang sangat penting kepada orang Cina. " Bai Nian" merupakan penghormatan kepada orang tua dan kasih sayang kepada saudara dan rakan. Selain itu , ini juga merupakan aktiviti komunikasi dan mendalamkan persahabatan. Pada masa itu, orang akan mengatakan sesuatu perkataan baik yangberkaitan dengan kebahagian dan kesihatan dan juga mengharapkan satu sama lain mempunyai tahun baru yang terbaik. |
Semasa
sambutan tahun baru, banyak tempat akan mengadakan pesta kuil. Prestasi tarian
naga dan tarian singa yang indah , bersama-sama dengan pelbagai artikel
kraftangan dan makanan tempatan telah menarik beribu-ribu orang untuk
menghadiri pesta kuil tersebut.
Selain itu, budaya –budaya yang muncul pada masa dahulu seperti Tie Chunlian dan melekat tuhan pintu juga diwaris oleh orang cina sampai zaman ini. Walaupun banyak bandar di China telah melarang permainan mercun untuk mengelakkan kebakaran dan pencemaran alam, tetapi masih tidak melemahkan suasana menyambut Tahun Baru. Dalam hati masyarakat Cina , sambutan Tahun Baru masih merupakan perayaan yang paling penting dalam satu tahun.

Chinese Spring Festival(I):Year
|
Chinese Spring Festival(II): Preparation
|
Chinese Spring Festival(III):The Eve |
Chinese Spring Festival(IV):Activities
|
Chinese Spring Festival(V):Changes
|
References:
Ren Qiliang . Commom Knowledge about Chinese Culture , Hong Kong: HK China Tourism Press , 2007.
Wei LiMing. Chinese Festival .Beijing: China Intercontinental Press. 2005
China Web. "Chinese Traditional Festival : Spring Festival ".Accessed 1 May ,2013
http://www.china.com.cn/ch-jieri/chunjie/1.htm