Cheongmyeong
Cheongmyeong (청명) jatuh pada bulan lunar ketiga, merupakan masa apabila matahari berada pada kedudukan 15 darjah di ekliptik. Biasanya, Cheongmyeong jatuh pada satu hari sebelum atau semasa Hansik. Menurut "Dongguk Sesigi" (Rekod Adat Bermusim di Korea, 1849), pegawai raja akan memulakan pembakaran pada hari ini dengan menggosok dahan pada batang besar elm lalu menawarkan api kepada raja. Raja kemudiannya menyerahkan obor kepada ahli-ahli mahkamah dan gabenor 360 bandar di seluruh negara. Adat mengedarkan api ini dikenali sebagai sahwa. Gabenor seterusnya membuat lebih banyak obor dan menyerahkan kepada penduduk dalam kawasan kuasa mereka. Ini merupakan "api baru", yang menggantikan "api lama". Sebelum obor dari ibu negara tiba, penduduk tidak dibenarkan memasak atau memanaskan makanan. Sejak Cheongmyeong dan Hansik jatuh pada hari yang sama, kedua-dua hari tersebut menjadi perayaan yang boleh ditukar ganti dalam pemikiran rakyat Korea. Dalam kalendar pertanian, Cheongmyeong adalah sepadan dengan tempoh semasa sawah padi dan sawah kering bersedia ditanam. Dengan ini, Cheongmyeong mempunyai kepercayaan yang berkaitan dengan pertanian. Cheongmyeong merupakan satu tanda positif bagi tahun pertanian akan datang. Cuaca baik pada hari Cheongmyeong diramalkan akan mendatangkan tangkapan yang banyak manakala cuaca yang berangin dianggap sebagai pertanda buruk. Di beberapa kawasan Korea, Cheongmyeong dianggap sebagai hari bertuah di mana kemudaratan tidak boleh berlaku. Oleh itu, penduduk Korea sering mengambil kesempatan ini untuk melakukan aktiviti pertanian kerana mempercayai bahawa kerosakan akan berlaku sekiranya dijalankan pada waktu yang salah. Sebagai contoh, penduduk akan menghabiskan masa untuk mencabut rumput rumpai, membersihan kubur nenek moyang, dan membaiki rumah mereka.
Reference:
Encyclopedia of Korean Folklore and Traditional Culture. "Day of Pure Brightness." Accessed April 3, 2013. http://folkency.nfm.go.kr/eng/index.jsp
Sumber Gambar: Google
Reference:
Encyclopedia of Korean Folklore and Traditional Culture. "Day of Pure Brightness." Accessed April 3, 2013. http://folkency.nfm.go.kr/eng/index.jsp
Sumber Gambar: Google