PURE BRIGHTNESS DAY (FESTIVAL QING MING )
TARIKH: Bulan Lunar ketiga (Sekitar 5 hari bulan
April di kalendar Solar)
Pure Brightness Day atau Festival Qing Ming merupakan salah satu perayaan yang sangat unik di kalangan semua perayaan-perayaan tradisional Cina yang masih popular hari ini. Ia adalah satu perayaan yang besar dan juga sebagai satu tanda pembahagian musim yang penting. Pada masa itu cuaca musim bunga adalah cerah , menarik dan udara bersih, oleh itu, hari ini dikenali sebagai Pure Brightness Day. Pada hari ini, orang mempunyai adat untuk menyapu kubur,menyembah nenek moyang dengan makanan, mengambil bersiar-siar di kawasan luar bandar dan memakai ranting willow di kepala. Orang Cina mempunyai tradisi menghormati orang tua, mereka sangat menghargai ingatan kepada nenek moyang dan menghormati mereka. Oleh itu, apabila hari ini sampai, semua keluarga orang cina akan pergi ke kubur nenek moyang untuk menyapu kubur mereka dan menyembah mereka dengan pelbagai makanan dan membakar wang kertas kepada nenek moyang. Aktiviti ini dipanggil “menyapu kubur” .
Pada masa ini, rumput di kawasan luar bandar berkembang, willow di sepanjang sungai telah bertunas baru.Qing Ming adalah musim yang hijau segar di mana-mana, dan merupakan masa yang baik untuk bersiar-siar. Pada zaman dahulu, orang ramai biasanya memakai ranting willow di rambut mereka pada masa ini kerana ia dipercayai dapat mengusir hantu dan bencana, mereka memakai ranting willow supaya berdoa untuk keselamatan dan kebahagian.
Tradisional Pure Brightness atau Qing Ming kira-kira bermula pada Dinasti Zhou, dan mempunyai 2500 tahun sejarah. Pada mulanya , Qing Ming hanya merupakan satu tanda pembahagian musim. Pada masa itu, merupakan masa yang sesuai untuk bercucuk tanam dan berjalan-jalan di luar bandar. Qing Ming menjadi satu perayan kepada orang Cina sejak Dinasti Chun Qiu. Untuk mengetahui tentang asal unsul perayaan Qing Ming , kita perlu terlebih dahulu tahu tentang satu perayaan yang sangat terkenal pada masa dahulu tetapi telah kehilangan popularitinya pada masa kini iaitu Hanshi Festival. Hanshi Festival atau perayaan “makan makanan sejuk” merupakan hari yang dilarang menguna api dan masak makanan. Perayaan ini terjatuh pada hari yang berdekat dengan Qing Ming dan kemudiannya telah bergabung dengan Qing Ming secara beransur-ansur sehingga menjadi satu perayaan yang unik kepada orang Cina.
Pada masa kini , cara pengebumian telah mengalami perubahan yang besar. Sejak acara pembakaran mula dijalankan dan acara pengebumian telah dimansuhkan, kubur menjadi semakin kurang. Walaubagaimanapun adat menyembah nenek moyang , dan berjalan-jalan di luar bandar merupakan adat tradisi di kalangan orang Cina. Apabila hari tersebut sudah sampai , orang ramai masih menyembahkan nenek moyang mereka dengan pelbagai cara, dan mereka juga akan berjalan-jalan di luar bandar.

References:
Ren Qiliang . Commom Knowledge about Chinese Culture , Hong Kong: HK China Tourism Press , 2007.
Wei LiMing. Chinese Festival .Beijing: China Intercontinental Press. 2005
China Web. "Chinese Traditional Festival : Pure Brightness Festival ".Accessed 1 May ,2013
http://www.china.com.cn/ch-jieri/yuanxiao/1.htm