DOUBLE SEVENTH FESTIVAL(PERAYAAN QI XI)
TARIKH : Hari Ke-7 Bulan Ke-7 Lunar
Double Seventh Festival pada zaman dahulu merupakan hari yang sangat penting kepada perempuan, dan hari ini juga dikenali sebagai perayaan berdoa untuk kecekapan atau perayaan perempuan. Menurut legenda , hari ini merupakan hari Niu Lang Zhi Nu berjumpa semula antara satu sama lain. Kisah cinta yang indah tentang asal-usul perayaan ini masih popular pada zaman ini.

LEGENDA
Pada masa yang lama lalu, seorang lelaki yang bijak dan jujur bernama Niu Lang tinggal di kampung Niu di barat bandar Nanyang . Ibu bapa Niu Lang meninggal dunia ketika dia masih kecil dan dia terpaksa tinggal bersama abang dan kakak iparnya. Kakak ipar sangat kejam dan sentiasa memaksa dia melakukan kerja yang keras. Akhirnya kakak iparnya menghalau dia keluar dari rumahnya. Niu Lang yang miskin hanya mempunyai seekor lembu tua bersama dengannya. Pada suatu hari , lembu tua itu tiba-tiba memberitahu Niu Lang “Esok adalah hari ketujuh bulan ketujuh lunar ; tujuh orang anak perempuan kepada Yuhuang Dadi akan datang ke bumi dan mandi di dalam sungai. Yang paling muda itu bernama Zhi Nu , dia merupakan anak perempuan yang paling pandai kepada Yuhuang Dadi. Sembunyikan pakaian dia dan dia akan menjadi isteri anda. " Niu Lang terangsang dengan apa yang lembu itu katakan dan memutuskan untuk mencuba. Semasa hari itu, Niu Lang menyembunyikan dirinya di belakang buluh di tepi sungai. Selepas itu , tujuh dewi turun dari langit. Mereka menanggalkan pakaian mereka dan melompat ke dalam sungai. Selepas tujuh dewi itu masuk ke dalam sungai, Niu Lang keluar dari belakang buluh, meraih baju Zhi Nu dan melontarkan bajunya ke belakang buluh dengan segera. Ini telah mengejut tujuh dewi itu dan enam daripada mereka terus terbang ke langit selepas memakai baju mereka, hanya meninggalkan Zhi Nu yang hilang bajunya di dalam sungai. Niu Lang berjanji bahawa dia akan memulangkan bujunya selagi Zhi Nu berjanji berkhawin dengan dia. Zhi Nu mendapati bahawa Niu Lang adalah seorang yang bijak , jujur dan baik hati, jadi dia mengangguk berkhawin dengan Niu Lang. Selepas berkhawin, mereka hidup dengan gembira dan mereka sangat cinta antara satu sama lain. Kemudian mereka melahirkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, dan hidup dengan bahagia. Akan tetapi Ibu Ratu Langit Barat(Xi Wang Mu Niang Niang) sangat marah terhadap tingkah laku mereka dan memaksa Zhi Nu kembali ke langit.
Lembu tua Niu Lang menyuruh dia membuat sepasang kasut dengan kulitnya selepas ia mati. Niu Lang memakai kasut kulit lembu itu dan membawa anak-anaknya bersama terbang ke langit untuk mengejar Zhi Nu. Apbaila dia sampai berjaya Ibu Ratu Langit Barat menarik keluar satu cucuk rambut dari rambut beliau dan dengan hanya satu lambaian cucuk rambut itu, dia membawa satu sungai langit untuk memisahkan kedua-dua kekasih ini. Mereka yang dipisah oleh sungai langit ini hanya boleh menangis dengan menghadapi satu sama lain di sisi sungai yang lain. Nasib baik, burung murai telah diharu oleh cinta yang ikhlas mereka. Beribu - ribu burang murai terbang di sana dan membentuk sebuah jambatan burung murai supaya Niu Lang dan Zhi Nu dapat bersama sekali lagi di jambatan itu. Tidak dapat membuat apa-apa perubahan kepada ini, Ibu Ratu Langit Barat terpaksa membenarkan mereka berjumpa dengan satu sama lain pada setiap hari ketujuh bulan ketujuh lunar.

ADAT ISTIADAT
1) BERDOA UNTUK KECEKAPAN
Majlis berdoa untuk kecekapan merupakan hari yang sangat menarik di luar bandar Cina. Pada hari itu, gadis muda akan memakai pakaian baru, meyembah dua bintang Niu Lang dan Zhi Nu dan berdoa kepada bintang Zhi Nu untuk kecekapan. Terdapat banyak jenis sembayang di Cina, yang paling biasanya adalah berdoa untuk bakat menjarum. Wanita muda membawa keluar benang berwarna-warni dan tujuh jarum dan gadis yang boleh menarik benang melalui jarum dengan tidak henti akan dianggap sebagai wanita yang berbakat.

Perayaan ini dianggap sebagai hari kekasih Cina. Cerita Niu Lang Zhi Nu yang menyatukan semula di atas jambatan murai membawa perasaan romantik di perayaan ini. Walaupun adat istiadat berdoa untuk kecekapan semakin hari diabaikan oleh orang Cina tetapi cerita ini masih diingati oleh orang ramai dan juga akan menyebar ke generasi yang akan datang. Dikatakan bahawa anda boleh mendengar bisikan manis antara kedua-dua kekasih ini jika anda duduk di bawah pokok anggur pada hari itu.
References:
Wei LiMing. Chinese Festival .Beijing: China Intercontinental Press. 2005
China Web. "Chinese Traditional Festival : Double Seventh Festival ".Accessed 1 May ,2013
http://www.china.com.cn/ch-jieri/qixi/1.htm