PENGENALAN MENGENAI PENGASAS KONFUSIANISME.
Confucius
Ajaran Konfusianisme ini telah di bawa oleh Confucius. Nama sebenar beliau ialah Kung Chui iaitu Kung merupakan nama keluarga beliau dan Chui merupakan nama sebenar beliau. Selain nama tersebut, beliau juga mempunyai banyak gelaran lain antaranya Tuan Kung. Beliau lebih terkenal dengan gelaran Tuan Kung ini. Beliau telah dilahirkan pada sekitar tahun 551 S.M. di negeri Lu. Pada hari ini negeri Lu terletak di wilayah Shantung. Confucius meninggal dunia pada tahun 479 S.M. Beliau berasal daripada keluarga bangsawa di negeri Sung. Namun demikian, keadaan huru-hara dan peperangan semasa akhir zaman dinasti Chou Barat telah menyebabkan keluarga beliau menjadi miskin. Nasib Confucius bertambah malang apabila ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun. Dengan itu, ibu beliau menjadi orang yang penting dalam membesarkannya. Ketika itu, beliau terpaksa berhadapan dengan kehidupan yang sangat susah. Beliau berkahwin ketika beliau berusia 19 tahun. Hasil daripada perkahwinan beliau, beliau telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Li dan dua orang anak perempuan.
PERJALANAN HIDUP CONFUCIUS.
Minat Confucius terhadap ilmu pengetahuan mulai terserlah ketika beliau berusia 15 tahun. Namun pada masa itu peluang untuk orang biasa bagi mendapatkan pendidikan amat sukar kerana pendidikan menjadi hak golongan bangsawan dan keluarga diraja. Walau bagaimanapun, Confucius merupakan seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus asa lalu beliau telah mencari jalan dan berusaha untuk mendapatkan pendidikan. Peluang beliau nampaknya cerah apabila beliau telah diterima bekerja dengan golongan bangsawaan . Dari situ, beliau telah dapat mengenal sistem kerajaan China kuno serta dapat memasuki istana raja dan dari situ juga bermulalah perjalanan hidup beliau untuk belajar mengenai perihal kehidupan yang sebenar. Semasa bekerja dengan golongan bangsawan tersebut, beliau telah diberikan jawatan penjaga gudang yang juga merupakan jawatan pertama beliau. Dengan usaha keras beliau serta kerajinan yang ditunjukkan dalam pekerjaan beliau, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Taman dan Herba. Nasib Confucius seterusnya bertambah baik apabila beliau telah dilantik pula sebagai ketua polis di Jabatan Kehakiman Negeri Lu.
Oleh kerana cintanya terlalu mendalam terhadap pendidikan, beliau secara sukarela telah meletak jawatan daripada menjadi ketua polis tersebut dan berusaha mengambangkan idea-idea beliau kepada masyarakat Cina. Kebolehan beliau menjadi pengajar telah terbukti dengan bakat yang ada dalam bidang kesenian. Beliau dianggap sebagai seorang yang mempunyai bakat yang pelbagai dalam bidang tersebut. Hal ini disokong pula oleh latar belakang kehidupannya yang mampu meyakinkan masyarakat sekeliling dengan ajarannya. Ramai keluarga bangsawan telah tertarik dengan idea-idea yang dikemukakan oleh beliau lalu menghantar anak-anak mereka untuk berguru dengan Conficius. Beliau telah dikenali sebagai guru persendirian yang pertama yang dapat menarik ramai orang untuk berguru dengannya. Seramai kira-kira 3000 orang yang telah tertarik dengan idea-idea yang telah diutarakan oleh beliau.Beliau juga telah berusaha untuk mengembangkan lagi idea-idea beliau dengan merantau ke seluruh pelosok China. Selama 13 tahun beliau telah mengembara ke seluruh pelosok China untuk mencari pemimpin yang ingin mengikut nasihat dan idea-ideanya namun usaha yang di lakukan sering menemui kegagalan. Walau bagaimanapun, kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan lagi usaha beliau itu. Dengan usaha yang gigih, beliau telah diterima oleh pemerintah di negeri Ch’i. Setelah beliau meninggal dunia, ajaran beliau mulai mendapat tempat di kalangan penduduk China danjuga pemerintah China sehingga kini.
KONSEP DAN AJARAN UTAMA YANG DISEBARKAN OLEH CONFUCIUS.
Ajaran yang di bawa oleh Confucius bukanlah ajaran agama. Akan tetapi beliau telah menyebarkan ajaran yang lebih menjurus kepada soal kehidupan sosial manusia sesama manusia. Beliau juga tidak pernah mengkaji mengenai kematian atau sebarang perkara yang melibatkan kematian atau ilmu ghaib. Ajaran konfusianisme menekankan bahawa manusia agung mestilah mempunyai sifat yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala pergerakannya bebas daripada penyelewengan dan sifat kekerasan. Mereka yang mempunyai sifat yang sedemikian ini akan dianggap sebagai seorang yang mempunyai peribadi yang agung dan budiman serta dikenali sebagai Chun Tze. Chun Tze merupakan matlamat utama dalam ideologi kemanusiaan Konfusianisme. Semua manusia berpotensi untuk menjadi Chun Tze iaitu orang yang berpendidikan tinggi. Dalam karya Lun Yu(Analects) turut menjelaskan bahawa kelas Chun Tze tidak dianggap sebagai satu kelas yang boleh diwarisi. Akan tetapi,seseorang itu herus berusaha untuk mencapai kelas Chun Tze. Maka seriap orang perlu dan harus mencuba untuk mendapatkan kelas Chun Tze.
“Jalan orang budiman ada tiga aspek dan aku tidak berupaya melakukannya.Dengan kemudahan tiada kebimbangan,dengan kebijaksanaan tiada penipuan diri sendiri,dengan keberanian tiada ketakutan”.Tsu Kung berkata; “tuan guru berkata tentang dirinya sendiri”.
Seseorang Chun Tze juga tidak bercakap banyak, tidak suka menonjolkan diri, tidak bersikap bongkak dan sombong serta tidak mementingkan diri sendiri. Dia tidak mempersoalkan “Apa yang akan aku dapat daripada mereka” tetapi apa yang ditekankan adalah “Apa yang aku dapat buat untuk menampung atau membantu mereka?”. Dia tidak menunjukkan atau mengangkat muka apabila memperoleh kejayaan dan tidak juga menundukkan kepala apabila kecewa”. Matlamat yang seterusnya ialah ketaatan. Kepatuhan dan ketaatan kepada nenek moyang ini menjadi asas kepada sifat dan peraturan untuk berakhlak baik (Wu Chang) yang menjadi ajaran Kung. Dalam hal ini, persoalan kepercayaan kepada benda ghaib atau roh-roh itu bukan menjadi tumpuan utama, sebaliknya penghormatan dan ketaatan kepada adat-adat, upacara, peraturan dan nasihat yang telah ditinggalkan oleh orang-orang bijaksana (nenek moyang) terdahulu. Selain itu, ketaatan kepada ibu bapa sangat berkait rapat dengan ketaatan kepada nenek moyang. Ini kerana, ketaatan anak kepada ibu bapa itu berlaku secara berterusan sama ada ketika ibu bapa itu hidup sehingga mereka mati. Ketaatan yang dimaksudkan oleh Kung bukan sahaja takut semata-mata kepada ibu bapa, tetapi hormat dan membahagiakan ibu bapa itu adalah ketaatan yang sempurna. Antaranya beliau berkata bahawa “Kewajipan dan ketaatan anak-anak kepada orang tua merupakan sumber seluruh kebajikan”.
Secara umumnya, ajaran Confucius menekankan tentang kualiti peribadi manusia seperti kesopanan, kejujuran, menghormati kebaikan, keamanan,menghormati, berbudi pekerti yang tinggi dan bertanggungjawab. Oleh itu, tumpuan ajarannya adalah tentang soal moral. Pada suatu ketika, beliau pernah menyatakan bahawa perlantikan pegawai kerajaan haruslah berdasarkan kebolehan dan sifat moral yang dimiliki oleh seseorang dan bukannya berdasarkan sistem warisan seperti keluarga bangsawan. Perkara inilah yang telah beliau ajarkan kepada pengikut-pengikutnya. Sebagai guru, beliau juga berpendapat bahawa menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kepada pengikutnya tentang warisan budaya kuno yang diamalkan oleh pembesar-pembesar. Oleh sebab itu, Confucius cuba mendekati pengikutnya berhubung dengan adat dan istiadat serta norma lama untuk dihayati dan diteruskan oleh pengikutnya. Beliau berpendapat bahawa mesyarakat Cina harus mengamalkan ajaran lama yang telah diturunkan dari Zaman Keemasan China. Pada pendapat beliau, dengan mengamalkan semua amalan lama maka sifat manusia akan dapat ditamadunkan dan memberi suatu tatacara dalam kehidupan bermasyarakat. Berkenaan dengan perkara itu, Confucius dengan rendah hati menyatakan bahawa beliau bukannya pencipta dan beliau sendiri banyak kekurangan. Oleh itu,sebagai seorang yang mempunyai idea yang bagus maka beliau adalah seorang guru.
Dalam ajarannya juga, Confucius telah menekankan tentang mengamalkan nilai dan moral yang baik terutamanya dalam soal kemanusiaan (jen/ren) dan mempunyai perasaan kasih sayang sesama manusia. Ren telah menjadi asas kepada ajaran Konfusianisme dan telah ditulis dan disebut sebanyak 100 kali dalam buku Analects. Konsep ini amat penting dan telah diterapkan dalam hubungan kemasyarakatan di China bagi mencapai keharmonian dan kelancaran pentadbiran kerajaan. Konsep ini boleh diserap kepada sesbuah masyarakat seperti xiao yang menanamkan perasaan kasih sayang kepada ibu bapa. Bagi mempraktikkan konsep ren, pengikut Confucius juga disarankan supaya mengamalkan konsep Chung dan Shu. Konsep ini melengkapi antara satu sama lain. Chung bermaksud membuat sesuatu kepada orang lain yang kamu suka untuk kamu sendiri. Manakala Shu pula bermaksud jangan berbuat sesuatu kepada orang lain yang kamu tidak sukabuat untuk diri kamu sendiri.
Ajaran yang seterusnya ialah kepentingan berpegang kepada nama.Confucius juga menggesa masyarakat cina supaya menekankan kepentingan seseorang itu berpegang kepada nama mereka kerana bagi beliau, nama tersebut membantu perjalanan masyarakat dengan lebih sempurna dan teratur.Dengan mengamalkan ajaran tersebut, seseorang raja harus bertindak sebagai raja,para pembesar bertindak sebagai pembesar, bapa sebagai seorang bapa dan anak sebagai seorang anak. Sesuatu nama tersebut akan memberi kesan dan pengaruh yang tersendiri dalam masyarakat dan negara. Dalam hubungan masyarakat, sesuatu nama tersebut mempunyai tanggungjawab dan tugasnya yang tersendiri. Sesebuah negara pula disarankan agar ditadbir secara bermoral dan bukannya menggunakan undang-undang ataupun kekuasaan. Oleh itu, para pemerintah hendaklah mempunyai nilai moral yang tinggi untuk memerintah sesebuah negara dan boleh dijadikan sebagai contoh oleh rakyat. Konsep ren sangat penting bagi menjalankan pemerintahan tanpa kekerasan. Hal ini sangat di beri penekanan oleh Confucius dalam ajarannya. Confucius berpendapat bahawa jika seseorang pemerintah meletakkan nilai moral sebagai sesuatu pegangan yang paling penting, maka rakyat akan mengikut jejaknya dan secara tidak langsung undang-undang yang bercorakkan kekerasan tidak lagi diperlukan. Confucius menyatakan bahawa pemerintah umpama angin yang bertiup dan rakyat umpama rumput. Jika angin itu bertiup maka rumput sudah pastinya akan tunduk. Hal ini dapat dikaitkan dengan situasi pemerintahan di sesebuah negara yang dikendalikan oleh para pemerintah kepada rakyatnya. Dengan itu, beliau menjelaskan kaedah terbaik untuk memerintah bukannya menerusi penguatkuasaan undang-undang tetapi melalui penerapan nilai-nilai moral menerusi pendidikan kepada rakyat.
Ajaran yang ditekankan seterusnya adalah mewujudkan ikatan yang kuat dalam masyarakat. Hubungan seperti ini dapat membantu mengawal hubungan manusia di semua peringkat dan strata .Dengan wujudnya jalinan hubungan yang erat ianya umpama ikatan sesebuah kekeluargaan yang sukar diceraikan. Dalam sesebuah keluarga contohnya, ketaatan anak kepada orang lebih tua atau ibu bapa amat penting. Dengan itu wujud tiga hubungan yang penting dalam sesebuah keluarga seperti anak kepada bapa, adik kepada abang dan isteri kepada suami. Walau bagaimanapun, hubungan yang ditunjukkan ini bukanlah hubungan sehala akan tetapi lebih merupakan hubungan dua hala antara kedua-dua pihak. pihak yang lebih tua diberi tanggungjawab untuk menjaga golongan bawahannya seperti anak, isteri atau sebagainya. Golongan bawah pula harus mentaati dan menurut perintah orang yang lebih tua. Dalam konteks hubungan antara anak dengan bapa, Confucius menyatakan bahawa perkara ini harus dijaga dan dipelihara oleh anak-anak.
Keadaan yang sama juga harus berlaku dalam sesebuah negara kerana perkara itu boleh mengelakkan tindakan jahat pemerintah seperti menindas,bergaguh dan berperang terhadap rakyat. Melalui ajaran yang di bawa oleh Confucius ini, ianya dapat membantu mengeratkan hubungan sesama manusia dalam sesebuah negara untuk tujuan memudahkan lagi urusan pemerintahan dan pemerintah dapat menjalankan urusan pentadbiran dengan baik. Oleh itu, Confucius telah menambah dua lagi hubungan penting dalam susunan masyarakat iaitu hubungan rakyat dengan pemerintah dan hubungan sesama kawan yang diibaratkan sebagai hubungan adik-beradik. Hubungan sesama kawan biasanya lebih merujuk kepada hubungan sama taraf kecuali dapat dibezakan melalui umur seseorang tersebut.
LIMA SIFAT KEBAIKAN YANG DITERAPKAN DALAM AJARAN KONFUSIANISME.
1)Ren/Jen (Peri kemanusiaan)
Ren/jen timbul dalam hubungan manusia dengan manusia.Antara sifat asas yang ada dalam ren ialah kebaikan (benovelence), kemurnian (vertue), kasih sayang (love) dan kemanusiaan. Nilai ren ini membezakan manusia dengan haiwan kerana manusia boleh menghasikan perasaan baik hati,belas kasihan, bertanggungjawab dan seumpamanya. Ren menjadi asas kepada sistem etika dalam Konfusianisme. Ketika Fan Chi iaitu anak murid Kung Fu Tze bertanya tentang ren, Kung menjawab “cintailah manusia”. Di samping itu Kung pernah berkata kepada Zi Zhang, “Sekiranya seseorang mempunyai lima jenis nilai dan menggunakannya sepenuhnya maka itu dinamakan peri kemanusiaan. Lima nilai itu ialah kehormatan, kelembutan hati, kepercayaan, kerajinan dan belas kasihan”. “Bila orang yang bersifat Ren ini menghadapi penyelewengan dalam hak kemanusiaan mereka akan menentang secara aman. Orang yang berperikemanusiaan berani berkorban untuk mencapai kesempurnaan akhlak perikemanusiaan”. “Perkara yang tidak digemari kita jangan dilaksanakan kepada orang lain”.
2)Li (Kesusilaan/upacara)
Li adalah merujuk kepada kepentingan upacara dan kelakuan budi bahasa. Ini bermaksud Li ialah peraturan-peraturan bagi tingkah laku yang betul. Li juga adalah satu set nilai-nilai yang diajarkan oleh orang-orang terdahulu bagi menghasilkan masyarakat yang teratur dan harmoni. Menurut Kung,Li adalah kayu ukur teragung bagi semua perkara politik, sosial dan individu. Li bermaksud kesopanan, budi pekrti dan perlaksanaan upacara-upacara. Bagi Kung, segala sesuatu yang berhubung antara manusia dan manusia yang lain sarus diatur menurut Li. Pentingnya sikap Li ini digambarkan dengan gambaran bahawa setiap manusia harus dianggap sebagai seorang tetamu yang sangat penting. Oleh itu, manusia harus bertindak berbudi bahasa tanpa mengira dari peringkat apa seseorang itu. Kung berkata, “Hormat tanpa mengenal kesusilaanakanmerupakan pekerjaan yang sia-sia. Berhati-hati tanpa kesusilaan akan menimbulkan perasaan serba takut. Keberanian tanpa kesusilaan akan menimbulkan kecelakaan. Kejujuran tanpa kesusilaan akan melukakan hati orang lain”.
3)Yi (Keadilan)
Yi dimaksudkan sebagai menjujung tinggi kebenaran,keadilan,kewajipan dan kekuatan.Menurut Fung Yu Lan,Yi bererti keadaan yang seharusnya terjadi tanpa syarat.Setiap orang mempunyai perkara serta tugas tertentu yang seharusnya dilakukan dan dari sudut etika ia merupakan hal yang harus dilaksanakan kerana kebenaran.Raja hendaklah bersifat seperti raja,pembesar hendaklah bersikap seperti pembesar, ayah hendaklah bersikap seperti ayah,dan anak hendaklah bersikap seperti anak.
4)Zhi (Kebijaksanaan)
Zhi secara literal bermaksud kearifan atau kebijaksanaan,kecerdasan atau kepandaian.Zhi merupakan gabungan kata-kata yang bermaksud mengetahui atau menyedari dan juga bermaksud hari,matahari,atau setiap hari.Maka setiap manusia dikatakan bijaksana jika setiap hari memiliki kesedaran.Ia menjadi sifat yang paling penting untuk memenuhi sifat-sifat Chun Tze/Junzi.Kung berkata bahawa “Apabila melihat seseorang yang bijaksan,kita mesti menghormatinya dan apabila melihat seseorang yang tidak bijaksana,kita mesti menyedari diri sendiri sama ada kita mempunyai kelemahan sepertinya atau tidak”.“Orang yang suka nilai kemanusiaan (Ren) tetapi tidak suka ilmu pengetahuan maka anda aka mudah dipermainkan orang.Orang yang suka kebijaksanaan (Zhi) tetapi tidak suka ilmu pengetahuan maka akan terbiar tanpa asa”.
5)Xin (Layak dipercayai)
Seseorang manusia itu harus memiliki sifat layak dipercayai.Ini kerana dengan memiliki sifat layak dipercayai barulah seseorang manusia akan mendapat kepercayaan daripada orang lain dan masyarakat.Sifat layak dipercayai adalah landasan utama dari semua hubungan manusia di dunia.Demikian juga pemerintah yang baik adalah yang mendapat kepercayaan daripada rakyatnya.Maka untuk mendapat kepercayaan daripada rakyatnya pemerintah tersebut harus memiliki kriteria dan sifat yang layak dipercayai.Manusia bersandar kepada kata-kata yang mempunyai maksud tersendiri.Jika manusia taat dengan kata-katanya maka ia layak dipercayai.Ianya diibaratkan melalui falsafah “manusia yang tidak bercakap benar tidak boleh dipercayai.Manusia yang tidak boleh dipercayai itu diibaratkan seperti kereta besar yang tidak mempunyai sepasang roda atau seumpama kereta kecil yang tidak mempunyai sebuah roda,jadi bagaimana ia boleh bergerak?”
LIMA HUBUNGAN SOSIAL YANG DITERAPKAN DALAM AJARAN KONFUSIANISME (JUNCHENG FUQI FUZI XIONG DI PENGYOU).
Dalam ajaran Konfusianisme,teori lima hubungan dianggap asas atau panduan kepada sesuatu perhubuanganyang akan membawa kepada kebahagiaan keluarga dan seterusnya menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah negara.Melibatkan hubungan daripada pemerintah dan rakyat,suami dan isteri,ibu bapa dan anak-anak atau orang tua dan orang muda serta hubungan sahabat dengan sahabat.Hubungan ini berkait rapat dengan nilai-nilai dalam Wu Chang dan setiap orang perlu memainkan peranan masing-masiang yang berbeza setiap satunya.
1)Hubungan raja dan pembesar atau kerajaan dan rakyat (Juncheng).
Sesuatu kerajaan yang baik boleh didefinisikan sebagai sesuatu kerajaan yang berfungsi untuk menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk.Semua keputusan dan perkara yang dilakukan mestilah memenuhi kemaslahatan umum,bersikap lemah lembut terhadap rakyat negaranya dan rakyat negara-negara lain yang tinggal di negerinya,mewujudkan perhubungan yang baik serta kemakmuran di antara gabenor-gabenor daerah serta masyarakat awam.Lu Ting Gong pernah bertanya kepada Kung, “Bagaimanakah seharusnya raja menggunakan pembesarnya dan bagaimanakah seharusnya pembesar berkhidmat untuk raja?” Maka Kung menjawab “Raja mesti mengikut adat untuk menggunakan pembesar dan pembesar seharusnya memberikan ketaatan dalam perkhidmayannya untuk raja”.
2)Hubungan antara suami dan isteri atau ibu dan bapa (Fuqi).
Kuasa ibu dan bapa adalah sama dalam membimbing anak-anak.Malah,jika kematian suami atau bapa,ibu yang paling berkuasa terhadap anak-anak.Bagi hubungan suami dan isteri dalam masyarakat Cina pula,kedudukan isteri diletakkan lebih rendah daripada suami iaitu seorang isteri mestilah taat dan patuh terhadap suami.Menurut Mang Tzu (Mencius),semasa masih kecil pemikiran lelaki akan tertumpu kepada ibu dan bapanya.Apabila dia sudah mula berminat kepada perkara yang cantik maka pemikirannya akan memberi perhatian akan mencari kecantikan.Apabila dia telah berkahwin dan mempunyai anak-anak maka pemikirannya akan tertumpu kepada isteri dan anak-anaknya.Akan tetapi,bagi seorang lelaki yang mempunyai rasa ketaatan dan kepatuhan (filial piety) yang tinggi dia akan tetap memberi perhatian dan patuh kepada ibu bapanya sepanjang hayat.Kung menuntut para suami untuk lebih menyebelahi ibu dan bapa serta memaksa atau mendorong isteri untuk melakukan perkara yang sama.Jika hubungan antara suami dan ibu bapanya berkonflik dengan hubungan antara suami dan isteri,maka hubungan suami dan isteri itu perlu mengalah.Bagi kaum perempuan pula,semasa kecil dan sebelum berkahwin dia hendaklah mematuhi ayahnya.Jika ayahnya telah mati hendaklah mematuhi abangnya, selepas berkahwin,dia hendaklah mematuhi suami dan apabila sudah kematian suami hendaklah mematuhi anak lelakinya.Seseorang isteri haruslah mematuhi dan menghormati keluarga mertuanya sama seperti ketaatan dan hormat kepada suami.Maka kewajipan para isteri hendaklah berkhidmat kepada mertuanya sebagaimana mereka berkhidmat kepada suami dan ayah mereka sendiri.Kung juga turut menekankan bahawa suami juga harus menghormati pengorbanan dan ketaatan yang diberikan oleh para isteri.“Kehormatan dengan isteri dan anak-anak adalah satu kemanisan yang rapat seperti muzik dan tali kecapi.Bimbinglah keluarga anda dan bergembiralah bersama anak-anak dan isteri”(Books of odes).Kung juga pernah menjawab kepada pemerintah kerajaannya iaitu, “Raja-raja dahulu menjadikan perkara ini sebagai satu undang-undang kerajaan iaitu untuk menghormati isteri-isteri dan anak-anak mereka.Ini merupakan alasan yang baik kerana seorang isteri mempunyai peranan utama berhubung dengan hubungan keibubapaan (parental relation) manakala anak-anak pula menjayakan hubungan ini.
3)Hubungn antara bapa dan anak atau ibu bapa dan anak-anak (Fuzi).
Ibu terkenal dengan sifat lembut(Chi),manakala bap pula dengan sifat tegas (Yen).Kung menggambarkan sifat seorang bapa, “Seorang bapa janganlah menjadi seseorsng yang telah menyusahkan anak-anak tetapi jadilah seperti penjaga garisan dalam permainan poker”.Ini bermaksud sikap tegas bapa ini tidak bermaksud menganggap atau menjadikan bapa seorang yang tidak baik,garang atau pemarah,tetapi ia merujuk kepada sikap bapa untuk melindungi anak-anak dan isteri serta membebaskan daripada kecederaan atau bahaya.Jika seseorang anak itu tidak mahu melaksanakan apa yang disuruh oleh bapa,maka bapa hendaklah menegur anaknya dengan nasihat dan pujukan yang bersungguh-sungguh dahulu.Seseorang bapa tidak berhak bertindak untuk terus memukul anak yang tidak mematuhinya kerana perbuatan ini secara tidak langsung akan menambahkan rasa kebencian anak terhadap bapa,mengurangkan rasa hormat anak terhadapnya serta menjatuhkan maruah dirinya sebagai seorang bapa.Kung pernah menjelaskan bahawa sekiranya seorang anak itu tidak dapat dididik dengan baik maka bapalah yang bersalah.Menurut ajaran Confucius,anak-anak pula bukan sahaja disuruh taat semata-mata kepada ibu bapa malah mereka juga hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa bermaksud sekiranya ibu bapa melakukan perkara yang salah,maka anak perlulah memberitahu dan menegur akan kesilapan itu dengan lembut dan nada suara yang rendah.Sekiranya keinginan anak itu tidak didengar atau tidak dipatuhi,ibu bapa mesti terus dipatuhi.Sekiranya seseorang anak itu tidak mengubah perkara yang bersesuaian dengan bapa atau menurut perintah bapa.Maka boleh dikatakandia telah menunaikan tanggungjawabnya berbakti kepada bapanya.
4)Hubungan antara orang tua dan orang muda (Xiongdi).
Menurut istiadat,orang tua harus melayan orang muda dengan penuh kasih sayang dan orang muda harus melayan orang tua dengan hormat.Asas ini perlu diterap dalam semua hubungan yang melibatkan orang tua dan orang muda serta menjadi kunci utama dalam perhubungan.Namun begitu,dalam hubungan ini kepatuhan daripada orang muda lebih di tuntut oleh Konfusianisme.Kung telah menerangkan sifat-sifat orang muda antaranya ialah, “Orang muda sewaktu di rumah taat kepada ibu bapa.Orang muda tidak layak bercakap.Apabila bercakap,dia bercakap yang bernas serta boleh dipercayai.Orang muda mengasihi orang ramai dan berdamping mesra dengan orang berperikemanusiaan.Setelah itu,sisa tenaga mereka harus ditumpukan mempelajari kesusastraan”.Apabila orang muda ini makan bersama-sama orang tua maka hendaklah menunggu orang tua keluar dahulu.
5)Hibungan antara kawandan kawan (Pengyou).
Hubungan kawan dengan kawan ditandai dengan keikhlasan dan keseimbangan.Kawan yang baik dapat menambahkan kebaikan dalam diri seseorang.Seseorang manusia tidak boleh mmemilih sahabat berdasarkan kepada paras rupa,harta benda,kedudukan,pangkat,keturunan dan unsur-unsur kebendaan kerana perkara-perkara ini tidak menjamin keikhlasan dalam sesuatu persahabatan.Satu hubungan persahabatan yang baik dan ikhlas dapat dinilai atau dipilih berdasarkan budi pekerti dan akhlak.Seseorang kawan juga haruslah dilayan dengan bijaksana.Teguran terhadap kesalahan kawan juga adalah perbuatan bijaksana.Namun,teguran itu mempunyai batasan.Tidak bijak seseorang itu menegur kawan yang tidak mahu menerima nasihat.Sebaiknya tinggalkan kawantersebut supaya dapat mengelakkan pergaduhan.Kung menjelaskan bahawa, “Terdapat tiga jenis kawa yang mendatangkan kebaikan.Begitu juga terdapat tiga jenis kawan yang mendatangkan kemusnahan.Berkawan dengan orang yang tulus ikhlas,amanah dan berpengalaman luas akan mendatangkan kebaikan.Berkawan dengan orang yang sering mengangkat bulu kening mempersetujui sesuatu tindakan (lepas tangan),berkawan dengan orang yang menghormati kita di hadapan tetapi menfitnah kita di belakang (suka mengampu) serta berkawan dengan orang yang suka membesar-besarkan percakapannya akan mendatangkan kemusnahan”.Kung turut menjelaskan cara melayan seseorang kawan iaitu, “Nasihati dia dengan hati yang ikhlas,bimbinglah dia dengan baik,jika dia tidak mendengar,biarkanlah jangan sampai menerima maki hamun”.
TEKS-TEKS KLASIK KONFUSIANISME.
Ajaran-ajaran yang disebarkan oleh Confusius kepada masyarakat telah disusun menjadi teks-teks klasik yang lebih dikenali sebagai Five Books and Five Classics.Lima karya klasik yang dikumpulkan oleh Confusius itu adalah Book of Changes(Yi) yang merupakan sebuah karya tentang ramalan,Book of History(Shu) iaitu sebuah koleksi rekod,ucapan dan kertas kerajaan yang bertarikh kira-kira 2000 tahun Sebelum Masihi,Book of Peotry(Shi)iaitu sebuah koleksi puisi yang berjumlah 305 dan lagu-lagu rakyat yang bertarikh dari abad ke-11 Sebelum Masihi hingga abad ke-6 sebelun Masihi,Book of Rites(Li) iaitu sebuah buku catatan tentang peraturan upacara istiadat di tempat awam dan peribadi yang banyak diambil semasa dinasti Chou dan buku seterusnya merupakan karya Conficius sendiri iaitu Spring and Autumn Annals(Chunqiu) yang merupaka suatu urutan peristiwa yang berlaku di negeri Lu dari tahun 722 hinggan tahun 464.Berdasarkan karya ini era musim bunga dan musim luruh mendapat nama.Menurut sumber tradisi China terdapat sebuah lagi karya beliau iaitu Classics of Music(Yuejing).Namun karya itu telah musnah kerana peristiwa pembakaran buku .Karya-karya itu telah menjadi bahan pengajaran tentang pendidikan tradisional China.Selain lima karya Confucius itu,terdapat karya yang berkaitan dengan ajaran Konfusianisme yang merupakan karangan yang dikumpul dan disusun oleh pengikut beliau iaituThe Great Learning (Daxue) yang mengandung kata-kata Conficius tentang falsafah politik moral untuk pemimpin,The doctrine of the Mean(Zhongyong) yang merupakan sebuah karya yang dikumpul oleh pengikutnya tentang keadaan semula jadi mannusia dan hubungan antara manusia dengan syurga,The Analects(Lunyu) iaitu sebuah karya yang menceritakan tenteng perbualan Confucius dengan snak muridnya,dan karya seterusnya ialah The Books of Mencius(Mengzi) iaitu sebuah sebuah karya salah seorang pengikut Confusius iaitu Mencius berkaitan dengan peraturan kerajaan,kualiti pemerintah yang baik ,nota tentang keadaan semula jadi manusia dan sebagainya.
CABARAN DALAM MENGEMBANGKAN AJARAN KONFUSIANISME.
Secara umumnya pengaruh Confucius dalam kehidupan masyarakat Cina amatlah penting.Walaupun pada awal hayat Confucius,beliau gagal mempengaruhi banyak kerajaan namun setelah beliau meninggal dunia barulah ajarannya mula menampakkan pengaruh dalam pemikiran masyarakat Cina.Sebelum pengaruh Confucius itu mendapat sambutan daripada mejoriti penduduk China,ajarannya telah mencapai jalan yang sukar.Ini kerana ajaran ini menjadi sasaran kempen penghapusan oleh dinasti Ch’in pada tahun 221 hingga tahun 206 S.M.yang menggantikan dinasti Chou.Namun ajaran ini terselamat daripada penindasan Ch’in dan seterusnya mendapat tempat dalam pemerintahan dinasti Han.Dalam tempoh seterusnya,ajaran Confucius telah melahirkan system peperiksaan yang mewujudkan birokrasi dalam pentadbiran China.Pada hari ini,masyarakat Cina masih lagi mengamalkan ajaran falsafah ini.
PERUBAHAN AJARAN KONFUSIANISME.
Confucius mula dipuja sebagai seorang tokoh yang ungggul.Zaman dinasti Han memulakan upacara korban di hadapan makan Confucius.Selepas itu, taraf Confucius dinaikkan kepada Yang Dipertua Nil,Ynag Maha Sempurna dan Maha Terkenal.Kuil-kuil juga telah dibina untuk menjalankan upacara pemujaan Confucius.Secara keseluruhannya,usaha Confucius itu tidak sia-sia dan pengaruhnya bukan sahaja menjadikan Confucius sebagai satu aliran falsafah utama masyarakat Cina tetapi telah menjadi sebahagian daripada ajaranagama masyarakat Cina.
John Canning (ed.),2000. 100 Great Lives. New Delhi : Rupa & Co., hlm. 237.
Edward Geoffrey Parrinder, 1976. Introduction to Asian Religion. Oxford University Press, hlm. 90.

Tu Wei-ming, 1990. “The Confucian Tradition in Chinese History”, dlm. Paul S.Ropp (ed.), Heritage of China : Contemporary Perspectives on Chinese Civilization. Berkeley : University of California Press, hlm.114.
C. Scott Littleton (ed.), 1996. Eastern Wisdom.London : Duncan Baird Publishers, hlm. 106.
Ibid
Ian P.McGreal (ed.), 1995. Great Thinkers of Eastern World. Harper Collins Publishers, hlm. 6.