Zaman Heian adalah zaman yang luar biasa dalam sejarah Jepun. Zaman ini bermula pada tahun 794 dan berakhir pada tahun 1185 dengan Kyoto sebagai pusat pentadbiran. Pada zaman ini, Jepun mengalami satu tempoh keamanan dan keselamatan yang amat lama disebabkan oleh kehadiran sistem istana maharaja yang dipengaruhi oleh golongan bangsawan Fujiwara. Oleh hal yang demikian, pelbagai kesenian telah terhasil termasuklah pakaian, seni lukis dan sastera.
Juni-hitoe adalah pakaian khas yang hanya dipakai oleh wanita yang mempunyai kedudukan tinggi di istana maharaja. Contohnya seperti permaisuri, puteri, isteri pegawai istana maharaja dan pegawai berpangkat. Juni-hitoe dipakai dalam majlis khas atau ketika mereka melihat seseorang yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari mereka.
Juni-hitoe, yang juga dikenali sebagai “the twelve-layer dress” mempunyai 12 lapisan pakaian. Ia terdiri daripada lapisan kimono luar, sehelai “apron” yang memanjang hingga ke kaki, serta beberapa helai kimono dalaman pelbagai warna (kadang kala hingga mencecah 20 lapisan kimono dalaman). Antara tarikan utama pakaian ini adalah lapisan pelbagai warna kimono dalaman yang dapat dilihat di bawah leher, bukaan lengan serta di bahagian kaki. Menariknya, wanita-wanita tersebut dinilai dengan kebolehan mereka memakai juni-hitoe.

Pada asalnya, kariginu merupakan pakaian yang dipakai oleh golongan bangsawan ketika mereka pergi memburu. Oleh kerana kariginu membolehkan mereka bergerak dengan bebas, ia beransur-ansur menjadi pakaian harian bagi golongan bangsawan.
Kehadiran kain kepar sutera dan kain kasa telah digunakan untuk pakaian penuh bagi pegawai istana maharaja yang berada di kedudukan kurang daripada 6, yang dipanggil jige (= underground). Pada zaman sekarang, kariginu digunakan sebagai pakaian paderi Shinto. Ia dipakai dengan eboshi (= topi), sashinuki (= sejenis hakama) dan hitoe (= jubah sutera) di tempat yang formal.

Pakaian besi tentera Jepun telah mengalami kemajuan dan kegemilangan pada lewat era Heian. Oyoroi (= big armor) merupakan pakaian berperang yang paling formal dan yang terbaik, serta dipanggil shikisei no yoroi, (= right ceremonial armor). Pakaian besi dalam gambar di bawah adalah dedikasi Hatakeyama Shigetada yang disimpan di Kuil Bushu Ontake.
Kuwagata (= hoe-shaped) merupakan perhiasan yang khususnya dipasang pada topi keledar itu sebagai maedate (= perhiasan depan). Sode (= pelindung bahu dan siku) dan kusazuri (= pelindung untuk bahagian bawah abdomen dan paha) yang melekat pada pakaian besi. Waidate adalah yang berada di sebelah kanan, kyubi no ita (= papan perlindungan di bahagian perut) dan sendan yang melekat pada dada. Kote (pelindung untuk tangan dan lengan) dipakai di lengan kiri, yukake dipakai di tangan, dan habaki (= pelindung untuk kaki) dipakai pada kaki. Koshi-gatana dan Hyogo-gusari merupakan pedang pendek dan pedang panjang yang dibawa di pinggang.

1 kuwagata 2 fukikaeshi
3 sendan no ita 4 kyubi no ita 5 tsurubashiri 6 maekusazuri 7 yoroi-hitatare 8 kote 9 suneate 10 yukake 11 tsuranuki 12 Hyogogusari no tachi 13 shigetou no yumi 14 hoshikabuto no hachi 15 shikoro 16 osode 17 waidate no kusazuri 18 habaki 19 tabi 20 koshi-gatana 21 gunsen 22 ebira 23 soya 24 nae-eboshi |
Pakaian ini dipakai oleh golongan wanita biasa selepas pertengahan era Heian. Kadang kala mereka memakai shibira di pinggang. Pada zaman ini, pemakaian shibira telah menggantikan mo, yang dianggap sebagai saki-baki kyo, iaitu skirt shitagasane pada zaman Nara.
Selain itu, koshinuno (= kain pinggang) boleh dipakai dan pakaian tanpa lengan boleh dipakai di atasnya. Mereka juga memakai pakaian menggunakan gaya kosode (sejenis kimono berlengan pendek), bersama shibira. Berambut pendek, dan diikat dengan motoyui (= tali rambut) di belakang turut menyerlahkan ciri golongan wanita biasa ini.

Kagura adalah sejenis tarian yang diiringi bersama muzik. Terdapat pelbagai sebab memgapa Kagura dilaksanakan. Antaranya adalah untuk Kami (Tuhan Shinto) yang disembah dan berterima kasih kepada Kami untuk kebaikan mereka, atau untuk meminta Kami untuk memberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang panjang. Kagura menjadi satu upacara rasmi istana. Pada awal tempoh Heian dan pada zaman Edo, sebahagian Kagura telah dipengaruhi oleh Noh dan juga Kabuki.
Kagura diiringi dengan instrumen seperti shaku-byoshi, wagon (= kecapi), fue (= seruling), serta hichiriki. Oleh kerana ketua bagi kumpulan Kagura tersebut menari, dia digelar nincho no mai, yang bermaksud ketua tarian. Bentuk pakaian Kagura sama seperti ketteki no ho yang dipakai oleh pegawai-pegawai tentera, dan ia dipanggil omi goromo atau aozuri no koromo.
Kenei dan oikake yang melekat pada mahkota - mempunyai hanpi, wasure-o, shita-gasane, hitoe, omote-bakama, ooguchi, shikai, sekitai, kaishi, dan shaku. Penari mempunyai pedang runcing yang terletak di pinggang dengan menggunakan hirao (= tali), serta mempunyai gelung putih yang menyerupai cermin di tangannya untuk torimono no sakaki.

1. kanmuri crown (a) kenei (b) oikake (c) kazashi (d) oikake no o
2. aozuri no omi-goromo 3. aka-himo 4. hirao no tare 5. hanpi, shitagasane, hiteo no eri 6. hanpi no wasure-o 7. shitagasane no kyo 8. ueno-hakama (e) ikai no ito (f) hizatsugi (g) ueno-hakama no omeri 9. oguchi hakama 10. hosotari sword 11. torimono no sakaki to kagami no wa 12. omigoromo no kyo 13. sekitai no uwade 14. hanpi no ran 15. shaku 16. sekitai 17. hirao 18. shikai |
Rujukan
1. Koren, L. (1984). New Fashion Japan. Tokyo, Jepun: Kondansha.
2. The Metropolitan Muzeum of Art. (2000-2013) Heian Period (794–1185). Retrieved from http://www.metmuseum.org/toah/hd/heia/hd_heia.htm
3. Heian Costume Experience Studio. (2010) Costumes Experience: List of Costumes. Retrieved from http://www.junihitoe.net/taiken/itm/index.html
4. Frederic, L. (2002) Japan Encyclopedia. (e-book). Paris. Robert Laffront S.A. Retrieved from http://books.google.com.my/books?id=p2QnPijAEmEC&pg=PA448&lpg=PA448&dq=kagura+heian+era&source=bl&ots=gYOzrA7nt0&sig=GCXOHdKNL-w0rK8b1JfzZvBkc8o&hl=en&sa=X&ei=8bdyUf6wJIb-rAfBsYD4Dg&ved=0CC8Q6AEwAA#v=onepage&q=kagura%20heian%20era&f=false
5. The Costume Museum. (1998) The Heian Period. Retrieved from http://www.iz2.or.jp/english/fukusyoku/wayou/index.htm