Pulau Jeju, pulau yang terbesar dan paling popular di Korea terletak kira-kira 97 km dari pantai selatan semenanjung Korea. Ianya ialah sebuah pulau dan juga wilayah yang berkeluasan 1,825 kilometer per segi dengan populasi penduduk seramai 520,000 orang.
MUZIUM TEDDY BEAR
Teddy Bear ialah salah satu patung yang paling tua di dunia. Sejak kecil, kita mengenali Teddy Bear sebagai patung yang comel. Patung inilah yang sejak tahun 2001 lalu menjadi penghuni “The Teddy Bear Museum” di Pulau Jeju, Korea Selatan. Teddy Bear ialah patung yang dicintai oleh ramai penggemar patung sejak lebih dari 100 tahun lalu.
Ia dinamakan Teddy Bear sempena kisah perjalanan Presiden ke-26 Amerika Syarikat, Theodore “Teddy” Rosevelt yang pergi memburu beruang. Pada masa itu, presiden pergi berburu dengan beberapa orang pengawalnya. Sehingga hampir tamat perjalanan, Rosevelt tidak berjaya menembak walau seekorpun beruang. Lalu salah seorang pengawalnya menangkap seekor beruang dan mengikatnya di sebatang pokok serta mempersilakan presiden untuk menembaknya. Namun demikian, Rosevelt tidak mahu menembaknya kerana perbuatan itu bertentangan dengan prinsipnya sebagai seorang ahli sukan. Cerita ini tersebar luas dan memberikan idea kepada Morris Michtom dan Margarete Steiff untuk menghasilkan patung Teddy Bear buat pertama kalinya di bawah syarikat The Steiff Co. Di muzium ini, pengunjung akan melihat beberapa koleksi dari syarikat penghasilan patung yang paling terkenal dan berjaya dalam mencipta dan memasarkan patung beruang tersebut.
Muzium yang menjadi salah satu daya tarikan Pulau Jeju ini mempamerkan pelbagai koleksi patung beruang termasuk 23 patung bersejarah yang berumur lebih dari 100 tahun penghasilan The Steiff Co. Muzium ini terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu Dewan Seni (Art Hall) yang merupakan tempat pereka-pereka masa kini mempamerkan hasil karya mereka dalam membuat patung beruang. Seterusnya, Dewan Sejarah (History Hall) yang menampilkan koleksi antik dan jarang ditemui hasil buatan pereka-pereka Teddy Bear zaman dahulu. Dan yang terakhir ialah Dewan Pameran Projek (Project Exhibition Hall), iaitu ruang yang mempamerkan bermacam-macam Teddy Bear dengan berbagai-bagai gaya bersesuaian dengan tema pada setiap bahagian.
Selain pelancong, muzium ini banyak dikunjungi oleh pengumpul Teddy Bear. Pengumpul-pengumpul yang berasal dari Eropah ini biasanya mencari patung beruang keluaran lama yang semestinya harganya tidak murah. Bagi yang bukan pengumpul patung, muzium ini tetap menjanjikan keseronokan kerana dapat bergambar bersama patung-patung yang comel ini. Muzium ini juga menyediakan kedai hadiah yang menjual patung Teddy Bear, tuala, beg dan bingkai gambar yang dihiasi gambar Teddy Bear. Muzium Teddy Bear ini turut mempunyai kawasan ‘outdoor’, iaitu Hutan Teddy (Teddy’s Forest). Di tempat ini, ribuan patung Teddy Bear dapat anda abadikan sebagai memori di dalam gambar. Pengunjung juga tidak perlu risau akan kelaparan kerana ada disediakan ‘coffee shop’ dan restoran yang nyaman dengan pemandangan Pantai Chungmoon.

GUNUNG HALLASAN
Gunung utama di Pulau Jeju ialah Gunung Hallasan, sebuah gunung berapi yang kali terakhir aktif pada tahun 1007. Mempunyai ketinggian 1,950 m, ia merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. Sekurang-kurangnya 15 aliran lava yang terpisah telah dikenal-pasti yang mempunyai terowong kiri, tiang, dan ciri-ciri luar biasa penyejukan basal dengan cepat yang lain. Ciri-ciri ini telah menjadi tarikan pelancong. Di puncak Gunung Hallasan terdapat sebuah kawah yang besar. Satu sesi pendakian ke puncak Gunung Hallasan mengambil masa 6 jam.
Gunung ini juga dikenali dengan nama Gunung Yeongjusan, yang bermaksud “gunung yang cukup tinggi untuk menjangkau galaksi”. Lerengnya yang landai terbentuk kerana lelehan lava dari letupan gunung ini dari masa ke semasa. Namun demikian, bahagian puncaknya sangat curam.
Gunung Hallasan sangat terkenal di kalangan para peneliti. Gunung ini menjadi habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna, termasuk beberapa spesies tanaman dan binatang yang hampir pupus. Lebih dari 1,800 jenis tumbuhan dan 4,000 jenis binatang (3,300 diantaranya jenis serangga) telah dikenali dan hidup di sini. Atas sebab ini, gunung ini diisytiharkan sebagai Taman Negara pada tahun 1970.
Untuk menjelajahi kekayaan yang ada di gunung ini, anda hanya perlu berjalan kaki menyusuri jalan yang sudah disediakan. Gunung ini agak mudah untuk didaki. Dengan jarak perjalanan yang kurang dari 10 km panjangnya, sangat memungkinkan bagi para pendaki untuk naik dan turun gunung dalam masa hanya satu hari. Namun demikian, anda perlu berwaspada dengan cuaca yang cepat berubah dan angin kencang yang sering terjadi. Pemandangan di puncak Gunung Hallasan sangat indah, kerana di puncak gunung anda akan dapat menikmati pemandangan Pulau Jeju. Tentunya anda akan dapat melihat sebahagian besar pulau yang indah ini.

SEOPJIKOJI
Jeju ialah satu-satunya pulau yang setiap sudutnya menjanjikan keindahan. Antaranya ialah Seopjikoji yang memiliki panorama mempersona. Saat menjejakkan kaki ke Seopjikoji, pengunjung akan dibentangkan dengan sebuah padang rumput yang luas. Saat musim bunga tiba, padang rumput ini berwarna hijau kekuningan. Sedangkan pada musim gugur, rumput berubah warna menjadi kecoklatan. Luasnya padang rumput ini hingga banyak yang menyebutkan Seopjikoji sebagai lautan terbuka. Memang tidak ada satupun pohon yang tumbuh disini, yang akan menjamu pemandangan hanyalah ruang terbuka yang sangat luas.
Suasana Seopjikoji akan semakin syahdu, saat angin tiba-tiba menerpa wajah anda. Di Seopjikoji, berdiri sebuah menara api dan gereja yang indah. Beberapa pelancong yang datang ke Jeju selalu mengambil peluang untuk mengunjungi gereja serta menara api ini. Dari sini, Seopjikoji tampak lebih indah. Suasana di gereja dan menara api ini sangat romantic dan sesuai untuk pasangan atau pengantin baru yang sedang menikmati bulan madu.
Dari menara api ini kita dapat melihat seluruh Seopjikoji dan pesisiran pantai dengan dihiasi kapal yang hilir mudik. Pemandangan indah Seopjikoji pernah menjadi ilham beberapa pengarah filem untuk menjadikannya sebagai lokasi penggambaran. Antara yang paling terkenal ialah drama Korea berjudul “All In”. All In dibintangi oleh Lee Byung-hun dan Song Hye-gyo. Seopjikoji juga mampu menarik minat jurugambar untuk datang dan mengabadikan setiap sudut keindahan di kawasan ini.

SEOGWIPO
Adakah anda pernah berangan ingin menaiki kapal selam? Mungkin anda berfikir bahawa hal ini sangat tidak mungkin bagi anda jika anda tidak menyertai Angkatan Tentera Laut? Jika anda memang ingin merasai pengalaman itu, datanglah ke Seogwipo, di Wilayah Jeju. Di Seogwipo, anda boleh menikmati pelancongan dalam air dengan menggunakan kapal selam sambil menyaksikan pelbagai kehidupan di dalam lautan. Pengalaman ini pasti akan menjadi memori terindah kerana anda boleh menikmati keindahan bawah laut tanpa perlu belajar menyelam terlebih dahulu.
Pelancongan Kapal Selam Seogwipo ini mula dibuka pada tahun 1988 dan menjadi yang pertama di Asia dan yang ke tiga di dunia. Kapal Selam Seogwipo menawarkan pelancongan bawah laut yang dijamin selamat. Selama 20 tahun kapal selam ini beroperasi, tidak pernah sekalipun terjadi kemalangan. Munseon, tempat laluan kapal selam, adalah habitat bagi terumbu karang yang menawan, rumput-rumput laut, dan segerombolan ikan yang berwarna-warni. Kapal akan menyelam sehingga kedalaman 40 meter di bawah paras laut dan membolehkan para penumpang melihat bermacam-macam spesies ikan, terumbu karang dengan pelbagai warna, dan juga sebuah kapal karam yang dijadikan rumah bagi segerombolan besar ikan kecil.
Bagi yang gemar menyelam, anda boleh melakukan aktiviti menyelam di kawasan ini dan juga menikmati keindahan yang sangat mempesona sambil menikmati aktiviti kesukaan anda. Namun bagi anda yang tidak pandai menyelam, pelancongan kapal selam ini menjadi pilihan yang sesuai bagi anda. Sewaktu dalam perjalanan, anda akan ditemani pemandu pelancong yang sangat ramah dan lucu, tetapi sayangnya pemandu pelancong ini hanya bercakap dalam Bahasa Korea. Jadi, bagi anda yang boleh berbahasa Korea, anda pasti akan sangat terhibur dengan pemandu pelancong tersebut.
Tempat ini beroperasi dari pukul 7.20 pagi hingga 6.40 petang sepanjang tahun, dengan 17 kali perjalanan setiap hari yang mengambil masa 40 minit untuk setiap perjalanan. Pada musim sejuk, tempat ini hanya melakukan 16 kali perjalanan sahaja.

RUJUKAN
SUMBER GAMBAR
Imej Google
- Korean Overseas Information Service. (1993). A Handbook of Korea. Seoul : Korean Overseas Information Service.
- Wisata Korea. Pulau Jeju. Accessed April 30, 2013 at http://korea.panduanwisata.com/category/korea-selatan-wisata-asia/busan/wisata-alam-busan/
SUMBER GAMBAR
Imej Google