Dongji
Patjuk
Dongji menandakan solstis musim sejuk dan merupakan masa apabila waktu malam adalah terpanjang dan waktu siang adalah terpendek dalam satu tahun. Berdasarkan kalendar Gregorian, Dongji biasanya jatuh pada 22 atau 23 Disember. Rakyat Korea sering merujuk Dongji sebagai Ase (아세) dan Jageun Seol (작은 설) atau Tahun Baru Lunar Kecil dianggap sebagai hari kebangkitan matahari. Kepentingan hari ini adalah setaraf dengan Tahun Baru Lunar. Pada masa lalu, orang Korea menganggap diri mereka setahun lebih tua selepas Dongji dan bukan pada Hari Tahun Baru. Pepatah seperti "Seseorang menjadi setahun lebih tua pada Dongji" dan "Seseorang tidak menjadi setahun lebih tua sekiranya tidak makan patjuk (bubur kacang merah)" telah membuktikan kepercayaan ini. Selain itu, hari ini juga dikenali sebagai Horangi Jangga Ganeun (호랑이 장가 가는 날), iaitu Hari Perkahwinan Harimau kerana cuaca sejuk dan malam panjang solstis musim sejuk mendorong pengawanan harimau. Pada masa lampau, Korea masih merupakan sebuah negara pertanian. Kalendar yang menyatakan solar dan lunar terma serta cuti bermusim merupakan rujukan penting bagi orang Korea dalam mengerjakan aktiviti pertanian selari dengan perubahan musim. Biasanya, orang Korea memberi kalendar tahun baru antara satu sama lain sebagai hadiah sekitar solstis musim sejuk dan adat ini dikekalkan sehingga hari ini. Satu lagi hadiah yang sering ditukar sekitar masa ini adalah stoking tebal/ dongji heonmal (동지헌말). Jika cuaca adalah hangat pada Dongji, ia dianggap sebagai petanda buruk bahawa wabak penyakit akan berlaku. Solstis musim sejuk dengan salji lebat pula menandakan hasil tanaman yang besar. Menurut kepercayaan popular lain, cuaca sejuk pada hari ini bermakna bahawa serangga di padang sawah akan menjadi kurang dan lebih banyak harimau di dalam hutan.
Makanan yang terkenal pada Dongji adalah bubur kacang merah. Kadang kala, saealsim (beras bola pulut) ditambah ke dalam bubur. Biasanya, bubur pertama akan digunakan dalam penyembahan nenek moyang yang dikenali sebagai dongji gosa. Selain itu, mangkuk yang mengandugi bubur kacang merah juga akan diletakkan di bahagian utama rumah lain seperti kandang dan platform makanan diperam. Bubur yang diletakkan di makam nenek moyang merupakan persembahan kepada tuhan-tuhan manakala bubur yang diletakkan di dalam rumah bertujuan menghalau roh yang buruk. Warna merah kacang merupakan warna yang positif dalam fengshui, yang dipercayai mempunyai kuasa untuk menghalau roh negatif. Keluarga hanya boleh menikmati makanan selepas penyembahan tamat. Dalam tahun semasa solstis musim sejuk jatuh pada bulan lunar ke-11, bubur kacang merah tidak disediakan kerana dianggap bahawa ia berbahaya kepada kanak-kanak. Keluarga yang telah kehilangan ahli disebabkan sakit secara tiba-tiba juga dilarang memasak bubur pada Dongji.

Reference:
Encyclopedia of Korean Folklore and Traditional Culture. "Winter Solstice." Accessed March 26, 2013. http://folkency.nfm.go.kr/eng/index.jsp
Sumber Gambar: Google
Encyclopedia of Korean Folklore and Traditional Culture. "Winter Solstice." Accessed March 26, 2013. http://folkency.nfm.go.kr/eng/index.jsp
Sumber Gambar: Google