LANTERN FESTIVAL ( PERAYAAN YUAN XIAO )
TARIKH : Hari
ke-15 bulan pertama lunar
Hari ke-15 pada bulan pertama lunar merupakan Lantern Festival . Oleh sebab bulan pertama lunar juga dikenali sebagai bulan “Yuan” dalam bahasa Cina ; malam pada hari ke-15 bulan “Yuan” merupakan malam pertama yang bulan menjadi bulat dalam setiap tahun yang baru ;“Xiao” bermakna malam , jadi Lantern Festival juga dikenali sebagai Yuan Xiao Festival.

ADAT ISTIADAT
1)PESTA TANGLUNG
Orang Cina menpunyai adat menghargai tanglung pada hari tersebut. Adat ini mempunyai sejarah lebih daripada 2000 tahun. Pada hari tersebut , orang ramai akan menghiaskan serata tempat dengan pelbagai tanglung. Apabila waktu malam tiba , orang ramai keluar bersama dengan keluarga atau kawan-kawan untuk menghargai pelbagai tanglung yang berwarna-warni. Adat ini bermula sejak Dinasti Han ,untuk menggalakkan agama Buddha , Maharaja Han Ming mengarah mengantung tanglung di istana dan kuil pada hari ke-15 bulan pertama lunar dan itu kemudiannya tersebar di kalangan rakyat. Adat ini berkembang pada Dinasti Tang kerana digalakkan oleh maharaja. Pada masa tersebut , sambutan Lantern Festival diadakan selama tiga hari secara besar-besaran. Hari untuk menyambut Lantern Festival berkembang menjadi 5 hari pada Diansti Song dan berkembang ke 10 hari pada Dinasti Ming. Semasa Dinasti Qing , oleh sebab istana tidak lagi mengadakan pesta Tanglung, sambutan Lantern Festival dipendekkan manjadi 5 hari dan disambung sehingga sekarang.

2)MENEKA "TEKA-TEKI TANGLUNG"
Adat “meneka teka-teki tanglung” juga merupakan salah satu adat kepada Lantern Festival. “Teka-teki tanglung” merupakan permainan unik yang melibatkan penulisan bahasa Cina. Jawapan teka-teki biasanya disembunyikan di dalam sesebuah puisi atau pantun dimana ia adalah ditulis atas sekeping kertas dan digantung di bawah tanglung. Adat “meneka teka-teki tanglung” pertama kali muncul semasa Dinasti Song. Oleh sebab meneka teka-teki tanglung boleh menambah pengetahuan dan menambah suasana perayaan , ia amat menarik hati orang ramai. |
3)MAKAN “TANG YUAN”
Masyarakat Cina mempunyai adat makan “Tang Yuan” semasa Latern Festival”. Adat ini muncul sejak Diansti Song dan mempunyai sejarah selama 1000 tahun. “Tang Yuan” merupakan satu jenis makanan berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung pulut yang tidak berisi atau berisi (biasanya diisi oleh kacang merah , gula atau sesame). Selepas “Tang Yuan” dimasak, ia akan menjadi sangat wangi , manis dan sedap. “Tang Yuan” juga dikenali sebagai “Yuan Xiao” kerana dimakan semasa Lantern Festival. Orang Cina amat percaya bahawa bulat mempunyai makna memuaskan.(“Yuan Man” di Bahasa Cina) Mereka makan “ Tang Yuan” yang berbulat semasa bulan bulat yang pertama di satu tahun adalah satu harapan supaya ahli keluarga dapat bersatu-padu dan bahagia. |
Lantern Festival juga merupakan
Hari Valentine bagi masyarakat China. Pesta tanglung dalam masyarakat tradisional memberi peluang pertemuan
kepada lelaki dan perempuan yang belum berkahwin. Ini kerana pada masa dahulu,
perempuan tidak dibenarkan keluar. Mereka hanya dibenar keluar bermain semasa
cuti ini. Aktiviti Pesta tanglung
merupakan satu peluang persahabatan kepada lelaki dan perempuan yang belum berkahwin.
Dengan perkembangan masa, semakin banyak aktiviti yang ditambah pada Lantern Festival . Di bandar-bandar terdapat lampu upacara di mana pelbagai corak lampu yang dipamerkan, dan di desa-desa terdapat aktiviti-aktiviti seperti mencetuskan bunga api dan berjalan di atas panggung.

Perayaan Yuan Xiao |
Pesta Tanglung in China |
References:
Ren Qiliang . Commom Knowledge about Chinese Culture , Hong Kong: HK China Tourism Press , 2007.
Wei LiMing. Chinese Festival .Beijing: China Intercontinental Press. 2005
China Web. "Chinese Traditional Festival : Lantern Festival ".Accessed 1 May ,2013
http://www.china.com.cn/ch-jieri/yuanxiao/1.htm