SOLSTICE FESTIVAL(PERAYAAN DONG JIE)
Perayaan Solstis Musim Sejuk, atau juga dikenali
sebagi Perayaan Dongzhi, merupakan antara perayaan-perayaan yang paling penting
disambut oleh orang Cina dan Asia Timur dalam tempoh solstis musim sejuk.
Tempoh tersebut adalah kira-kira pada 22 Disember dimana cahaya matahari adalah
paling lemah dan tempoh waktu siang adalah singkat.
Asal-usul perayaan ini dapat dikaitkan dengan falsafah “yin dan yang” yang melibatkan keseimbangan dan harmoni alam semesta. Selepas sambutan ini, tempoh waktu siang adalah lebih panjang, maka memberi peningkatan dalam tenaga positif.
Menurut tradisi, Perayaan Dongzhi juga merupakan masa untuk bersama-sama dengan keluarga. Antara aktiviti yang gemar dilakukan bersama keluarga semasa perayaan ini adalah membuat dan makan “tangyuan” atau bola beras pulut, yang melambangkan kesatuan. Mengikut tradisi lama, orang yang mempunyai nama keluarga yang sama atau dari puak yang sama akan berkumpul di kuil nenek moyang mereka untuk menyembah pada hari tersebut. Sentiasa ada majlis makan malam besar selapas majlis korban. Makanan perayaan juga fungsi sebagai satu peringatan bahawa semua orang telah menjejak setahun lebih tua dan patut berkelakuan lebih baik pada tahun yang akan datang. Oleh itu, kebanyakkan warga tua orang Cina sering menegaskan kepentingan Perayaan Dongzhi berbanding dengan Tahun Baru Cina apabila menentukan umur.

ADAT ISTIADAT
1) MAKAN TANG YUAN
Tangyuan adalah diperbuat daripada tepung beras pulut dan biasanya ditambah dengan pewarna yang terang. Setiap ahli keluarga haruslah menerima sekurang-kurangnya satu biji besar bersama dengan beberapa biji kecil Tangyuan. Bola beras pulut boleh dibuat sama ada secara biasa atau dengan berisi. Ia dimasakkan dalam sup manis, dan kedua-dua bebola dan sup dihidangkan dalam satu mangkuk. Ia juga sering dihidangkan dengan wain beras beralkohol yang mengandungi bijirin beras pulut.

2) MAKAN LADU
Di utara China, orang biasanya makan ladu semasa Perayaan Dongzhi. Ia dikatakan berasal dari Zhang Zhongjing dalam Dinasti Han. Pada suatu hari musim sejuk, dia melihat penderitaan golongan miskin yang disebabkan oleh bengkak di telinga mereka. Dengan rasa simpatinya, beliau mengarah pelatihnya untuk membuat ladu bersama dengan daging kambing dan bahan-bahan lain dan kemudian mengedarkan kepada golongan miskin untuk memastikan mereka cukup panas, serta menjaga telinga mereka daripada bengkak. Oleh kerana ladu berbentuk seperti telinga, Zhang menamakan hidangan tersebut 祛寒 娇 耳 汤“sup ladu yang mengurangkan kesejukan”. Maka mula dari masa itu, ia telah menjadi tradisi untuk makan ladu semasa Perayaan Dongzhi.

References:
Wei LiMing. Chinese Festival .Beijing: China Intercontinental Press. 2005
China Web. "Chinese Traditional Festival : Solstice Festival ".Accessed 1 May ,2013
http://www.china.com.cn/ch-jieri/dongzhi/1.htm