Incheon ialah tempat yang bersejarah dan penting untuk ekonomi Korea. Pada hari ini, Incheon merupakan sebuah bandar metropolitan dan bebas secara politik dari Seoul. Incheon berfungsi sebagai nadi pengangkutan udara dan laut, dengan pelabuhan yang besar dan lapangan terbang antarabangsa yang terbaik di dunia terutamanya lapangan terbang Incheon. Anda mesti singgah di lapangan terbang antarabangsa Incheon untuk melawat Korea. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di Incheon.
WOLMIDO
Dahulunya, Wolmido merupakan sebuah pulau tetapi kemudian pantainya dijadikan tempat pelupusan yang bersambung dengan tanah besar dan telah menjadi sebahagian dari tanah besar itu. Dari 1920-1930, ia merupakan salah sebuah taman rekreasi tercantik di Korea. Sekarang, ia menjadi sebuah tempat yang romantik dan penuh dengan nilai kebudayaan yang sering dikunjungi oleh anak muda. Tempat ini dipenuhi dengan barisan kafe dan restoran makanan laut yang di hadapannya terdampar laut yang luas terbentang. Keindahan matahari terbenam adalah hadiah paling berharga sebagai memori indah untuk pengunjung yang datang ke Wolmido. Pemandangan matahari terbenam yang oren kemerah-merahan sangat menakjubkan. Taman Utama Incheon (Incheon Grand Park) menyambut kedatangan pengunjung dengan warna dan aroma yang berbeza pada setiap perubahan musim.
PULAU GANGHWADO
Pulau ini seperti sebuah filem dokumentari dahulu kala. Peninggalan sejarah dan artifak kebudayaan dari zaman Prasejarah hingga zaman moden boleh ditemui di sini. Antara peninggalan sejarah dan artifak di sini ialah batu gerbang kubur (dolmen), kubu di pergunungan dan tokong yang telah dibina lebih daripada 1,000 tahun yang lalu, istana sementara pada Dinasti Goryeo (917-1392), Gereja Anglikan berupa bentuk seperti hanok (rumah tradisional Korea), dan fasiliti pertahanan negara tinggalan abad ke-19. Melihat Pulau Ganghwado ibarat melihat babak dalam sebuah filem dokumentari. Ganghwado popular sebagai pengeluar Insam dalam kuantiti yang banyak.
PULAU MUUIDO
Pulau Muuido terletak berdekatan dengan Pulau Yeongjongdo yang menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Dalam bahasa Korea, Muuido bermaksud “pakaian penari” atau dalam bahasa Inggeris “the dress of a dancer”. Istilah itu untuk menggambarkan pulau Muuido yang sangat indah.
Muuido juga dikenali sebagai Pulau Muui. Walaupun keluasan Pulau Muui tidak terlalu besar namun ramai pelancong yang datang ke sini untuk menikmati keindahannya. Di Pulau Muuido terdapat dua pantai yang sangat cantik iaitu Pantai Silmi dan Pantai Hanagae. Di pantai ini, pengunjung dapat mandi sepuas-puasnya (sea-bathing), ia merupakan aktiviti kegemaran pelancong Eropah. Lebih dari 200 banglo di pantai ini telah diubah suai dan diperluas untuk menampung kira-kira 1,000 pelancong setiap hari. Pantai Hanagae juga memiliki pelbagai kemudahan seperti tapak perkhemahan untuk pengunjung.
Anda juga boleh mendaki Gunung Horyonggoksan dan Gunung Guksabong. Gunung Horyonggoksan adalah gunung tertinggi di Muuido dengan ketinggian 246 dpl. Batuan seperti Madangbawi dan Bucheobawi yang membentuk gunung ini sangat unik dan menjadikan pemandangan di kawasan ini semakin indah. Ini ialah sebab Horyonggoksan digelar sebagai “Apls of the west sea” atau pergunungan Alpen di laut barat. Gunung Guksabong berdiri megah di tengah pulau ini. Di tempat ini, kita boleh melihat pelbagai jenis haiwan dan tanaman liar. Dari puncak tertinggi di Muuido ini kita boleh melihat Pantai Hanagae, Keunmuri dan pulau-pulau kecil seperti Seungbongdo dan Jawaldo. Pemandangan matahari terbenam di tempat ini juga menjadi panorama indah yang sering dicari para pengunjung.
Pulau Muui semakin popular sejak menjadi lokasi penggambaran drama Stairway of Heaven. Pulau Muuido juga menawarkan banyak tempat memancing dan menangkap kerang di pantai-pantai yang terhampar di pulau ini. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang sewaktu berkunjung ke pulau ini.

JAMBATAN INCHEON
Jambatan Incheon, Korea Selatan ialah mercu tanda Incheon yang wajib anda lihat kerana keindahan infrastrukturnya yang membuat jambatan ini tersenarai dalam “Top Ten Architectural Wonders of The World” pada tahun 2005. Jambatan sepanjang 12,5 km dengan kelebaran 33.4 meter ini menghubungkan Bandar Internasional Yeongjongdo Songdo.
Jambatan enam jalur ini direka dengan kehebatan teknologi yang agak rumit. Kerumitan dalam infrastruktur jambatan biasanya dilihat dari berapa panjang jarak antara menara. Jarak antara menara Jambatan Incheon adalah 800 meter sekaligus menjadi yang terpanjang selepas Jambatan Sutong di China (1,088 m), Jambatan Stonecutters di Hongkong (1,088 m), Jambatan Tatara di Jepun (890 m) dan Pont de Mormandie di Perancis (856 m). Tinggi menara utama jambatan ini ialah 238.5 m atau setinggi Menara 63 di Seoul. Uniknya, jambatan ini direka untuk tetap kukuh berdiri di tengah terpaan angin dengan kelajuan 72 meter per saat dan tahan dari gempa berkekuatan 7 skala richter. Oleh sebab itu, tidak hairan jika Jambatan Incheon mendapat banyak anugerah. Selain dinobatkan sebagai “Top Ten Architectural Wonders of The World” pada tahun 2005, jambatan ini juga menjadi “The Best PF – Asia Pasific Region Traffic Infrastructure Section” pada Mac 2006.
Jambatan Incheon disebut juga dengan nama “Incheon Grand Bridge” dan dibuka pada bulan Oktober 2009 untuk menghubungkan antara Songdo dengan Bandar Internasional Incheon yang berada di Yeongjongdo. Adanya jambatan ini dapat mengurangkan tempoh perjalanan daripada 1 jam menjadi hanya 15 minit. Songdo menjadi kawasan yang penting di Korea Selatan pada masa kini kerana merupakan daerah luar bandar Incheon yang sudah berkembang dengan pesat. Bandar Internasional Incheon ialah bandaraya terbesar di Korea. Bandaraya ini dibangunkan di sebuah kawasan antara Yeongjongdo dan Pulau Yongyudo.
Keindahan jembatan ini terutama pada malam hari mencantikkan lagi Bandar Incheon. Dua menara di tengah jambatan menambah keindahan infrastruktur Jambatan Incheon ini. Selain menjadi tulang belakang pergerakan kegiatan ekonomi di Korea Selatan khususnya Incheon, jambatan ini juga menjadi salah satu mercu tanda yang menjadi tarikan para pelancong. Lampu-lampu yang dipasang di beberapa sudut jambatan turut memberikan panorama gemerlapan Incheon yang mempersona.

Mengenali Incheon dengan lebih mendalam
RUJUKAN
SUMBER GAMBAR
Imej Google
- Yu, M. J. (2005). The discovery of Korea : history, nature, cultural heritages, art, tradition, cities. Seoul, Korea : Discovery Media.
- Wisata Korea. Incheon Bridge, jembatan terpanjang dan terbesar di Korea. Accessed April 30, 2013. http://korea.panduanwisata.com/korea-selatan-wisata-asia/incheon/incheon-brigde-jembatan-terpanjang-dan-terbesar-di-korea/
- Wisata Korea. Berlibur di Pulau Muuido yang indah. Accessed April 30, 2013. http://korea.panduanwisata.com/korea-selatan-wisata-asia/incheon/berlibur-di-pulau-muuido-yang-indah/
SUMBER GAMBAR
Imej Google