Shinto mengandungi empat bahagian utama iaitu Shinto keluarga diraja (koshitsu shinto), Shinto keramat (jinja shinto), Shinto mazhab (kyoha shinto) dan Shinto rakyat (minkan shinto). Semua ini dihasilkan dalam tempoh lebih daripada 2000 tahun dengan adunan pelbagai pengaruh termasuklah dari Siberia dan China seperti Buddhisme dan Taoisme. Shinto negara muncul pada zaman Meiji hasil daripada gabungan Shinto keluarga diraja dan Shinto mazhab. Kepercayaan ini lebih bersifat dakyah dengan rahib dijadikan sebagai alat propaganda kerajaan sehingga tahun 1945. Pada hari ini, masih terdapat warisan Shinto negara seperti lawatan para pemimpin politik dan kerajaan ke 'Yasukuni Shrine' untuk memperingati rakyat Jepun yang terkorban semasa perang. Pasangan muda Jepun biasanya melakukan upacara perkahwinan mereka melalui upacara Shinto.
Kemunculan Shinto berkait dengan kepercayaan awal orang Jepun terhadap kami yang pada asalnya disembah di tempat yang berubah-ubah. Semasa zaman kofun, kami mula dikaitkan dengan asal usul keturunan dengan setiap keluarga mempunyai kami masing-masing serta tempat penyembahan yang khas. Pada zaman Yamato, bentuk Shinto yang ada sekarang mula dibina setelah raja Yamato menjadikan penyembahan kami satu petempatan nelayan sebagai penyembahan kami negara berteraskan Amaterasu. Pada zaman ini juga, bangunan kekal atau jinja mula dibina, sementara cermin, pedang dan barang kemas pula dianggap sebagai mewakili kami. Pada abad ke-7, Amaterasu telah dinaikan sebagai kami yang paling agung dalam Shinto seperti yang dijelaskan oleh Kojiki dan Nihongi. Dengan kemasukan pengaruh China, Shinto turut dipengaruhi Buddhisme khususnya dalam seni bina jinja. Kini, setiap kampung mempunyai lambang Shinto. Bagi kebanyakan orang Jepun, mereka percaya bahawa jinja merupakan tempat kediaman kami dan oleh yang demikian, jinja dianggap sebagai tempat yang suci. Jinja dibina daripada kayu dengan bentuk yang mudah. Terdapat kepercayaan bahawa kami akan mendapat tenaga baharu setiap kali pertukaran tahun dan memerlukan pembinaan semula jinja di tempat yang berhampiran. Kami mempunyai darjat dan dinilai dari segi sumbangan mereka kepada kemakmuran kebendaan manusia. Jinja juga mempunyai pelbagai darjat dengan Ise berada di tempat paling atas kerana dikaitkan dengan Amaterasu, sementara kami lain yang penting termasuklah Izanagi-Izanami, Ieyasu (di Nikko), serta tokoh-tokoh sejarah yang dijadikan kami selepas kematian mereka. Malah kami yang membawa keburukan atau kejahatan juga turut disembah.

Rahib Shinto
Shinto jinja menekankan beberapa jenis ritual seperti mengahalau hantu, penyucian dan persembahan yang bertujuan mengembalikan penganutnya kepada kebersihan asal serta kepada cara hidup yang menghormati kami. Ritual ini dilakukan oleh rahib Shinto. Bagi ritual dedikasi yang merupakan rasa kesyukuran manusia, kami dipersembahkan makanan tertentu serta pertunjukan muzik dan tarian. Upacara sembahyang juga dilakukan bagi mendapatkan perlindungan dan restu dengan penganut Shinto berjanji akan terus cekal dalam kehidupan harian.
Matsuri merupakan sebahagian daripada cara untuk menyembah kami yang dilakukan sama ada di rumah atau jinja. Di setiap rumah terdapat tempat khas untuk menyembah kami (kamidana). Jinja Matsuri melibatkan perarakan simbol kami ke kawasan sekitar jinja bagi melakukan pembersihan, di samping memberi tenaga baharu kepada penganutnya. Tidak kurang pentingnya ialah muzik dan tarian yang membolehkan orang ramai terlibat sama dalam setiap matsuri. Shinto melihat manusia dari sudut afirmatif malah mempunyai pandangan yang optimistik dan menerima manusia seadanya tanpa dikaitkan dengan dosa asal. Konsep kejahatan pula merangkumi salah laku moral manusia, malapetaka alam, penyakit dan juga kecacatan fizikal. Bagi Shinto, manusia pada asasnya suci dan kejahatan boleh dihapuskan melalui pembersihan ritual. Shinto juga menganggap manusia baik serta bersih daripada segala kesalahan (dosa), sementara dari segi pandangan dunia pula, Shinto bersifat keduniaan.