Dano
Dano, juga dikenali sebagai Surit-nal, merupakan perayaan tradisional Korea yang jatuh pada hari kelima bulan kelima kalendar lunar Korea. Perayaan ini merupakan cuti rasmi di Korea Utara dan salah satu cuti tradisional utama di Korea Selatan. Korea Selatan telah mempertahankan beberapa perayaan dan salah satu ialah Gangneung Dano Festival (강릉 단오제). Berdasarkan kajian sarjana Korea, penyataan tentang Dano dapat dicari dalam koleksi puisi Nam Hyo On "Autumn River". Dalam kata lain, asal Gangneung Dano Festival boleh dikesan kembali ke seribu tahun dahulu. Selepas festival ini diiktiraf sebagai "warisan kebudayaan tidak ketara", aktiviti perayaan ini dipulih dan dibangunkan semula. Kini, sebanyak 1000 jenis acara hiburan misalnya upacara keagamaan, talchum, pertandingan tarian, pertandingan Taekwondo, tuho, ssireum, geune dan sebainya dilakukan semasa Gangneung Dano Festival. Seperti Chuseok dan Seollal, upacara penyembahan dan permintaan untuk tuaian yang baik juga akan dilakukan.
Adat resam
Dano merupakan permulaan musim hujan dan panas di Korea. Pada zaman purba, banyak penyakit telah tersebar pada waktu ini. Jadi, penjagaankebersihan dan pengelakan daripada roh-roh jahat (dengan menggunakan iris) merupakan unsur yang penting pada hari ini. Maka, perempuan akan mencuci rambut dengan menggunakan air changpo (창포) agar kebersihan dijaga dan menjadikan rambut lebih bersinar manakala lelaki akan menggantung iris pada seluar mereka. Setiap rumah dan keluarga Korea akan makan ssuktteok (쑥떡) dan minum jus ssuk (쑥주스). Selain itu, juga terdapat satu tradisi yang dikenali sebagai " Perkahwinan di bawah Pokok Jujube"/daechunamusijip bonaegi(대추나무 시집보내기) di mana batu kecil diletakkan di antara mana-mana dua batang dahan pokok yang dipilih dengan harapan bahawa pokok tersebut dapat berbuah lebih daripada tahun lepas. Tradisi ini juga merupakan satu kaedah untuk berdoa agar pengeluaran ladang yang banyak dapat dihasilkan dalam setahun. Penduduk Korea mempercayai bahawa Dano merupakan hari yang memudahkan pemuda-pemudi untuk jatuh cinta. Maka, beberapa sambutan Dano telah diadakan atas kepercayaan tersebut. Perempuan akan memakai hanbok yang cantik dan bermain buaian untuk menarik perhatian lelaki manakala lelaki akan menyertai acara ssireum untuk menunjukkan kekuatan mereka kepada perempuan.
Makanan
Suritteok and Yaktteok merupakan makanan utama pada hari ini. Daun mugwort dimasak dan dimasukkan ke dalam beras dan diuli bersama-sama untuk membuat kek beras Suri yang berwarna hijau dan berbentuk roda. Yaktteok adalah kuih beras yang dibuat dengan pelbagai rumpai dan boleh ditemui di South Jeolla Province. Semasa musim Dano, ramai orang menikmati ceri dan anak-anak makan nasi goreng dan jagung sebagai makanan ringan. Juga, upacara peringatan yang dilaksanakan hari ini akan dihiasi dengan kek beras mugwort yang baru dibuat.
References:
Life in Korea."Dano." Accessed April 3, 2013.
http://www.lifeinkorea.com/culture/festivals/festivals.cfm?Subject=Dano
The Korean Way."Dano, Spring Festival." Accessed April 3, 2013.
http://thekoreanway.wordpress.com/2010/06/16/dano-june-16-2010/
Sumber Gambar: Google
Life in Korea."Dano." Accessed April 3, 2013.
http://www.lifeinkorea.com/culture/festivals/festivals.cfm?Subject=Dano
The Korean Way."Dano, Spring Festival." Accessed April 3, 2013.
http://thekoreanway.wordpress.com/2010/06/16/dano-june-16-2010/
Sumber Gambar: Google