Pulau kecil ini terletak di bandar Xiamen. Digelar “taman di laut” kerana pemandangan yang indah dan tahap kehijauan yang tinggi. Ia juga dikenali sebagai “pulau piano” kerana penduduknya amat berminat kepada muzik dan kebanyakan keluarga memiliki piano. Pulau Gulangyu turut dijolok dengan nama “Ekspo Binaan Dunia” kerana terdapat bangunan dengan pelbagai ciri seni bina, seperti ciri tradisional China, ciri moden, Timur dan Barat.
Tempat-tempat yang menarik di pulau ini termasuklah
i. Batu Cahaya Matahari (Riguangyan)
Tempat tertinggi di Gulangyu. Keseluruhan pulau kecil ini, serta bandar Xiamen boleh dilihat dengan berdiri di atas batu yang besar ini. Pertunjukan burung boleh ditonton di taman burung yang ada di sini. Muzium Zheng Chenggong juga terletak di sini.
ii. Muzium Zheng Chenggong
Ditubuhkan bagi memperingati wira negara, Zheng Chenggong yang berjaya menumpaskan tentera Belanda yang menceroboh. Beliau berjaya mengambil alih pulau Taiwan dari penceroboh itu pada penghujung zaman Dinasti Ming, iaitu abad ke-17.

iv. Taman Shuzhuang
Lokasi taman ini ialah di tebing selatan Gulangyu. Dimiliki secara peribadi oleh pedagang Taiwan, Lin Erjia. Taman ini dibina dengan meniru kediaman beliau di Taipei, dan digelar "taman yang paling menarik" di bandar Xiamen.
Di dalam kawasan taman ini terletaknya Muzium Piano yang merupakan satu-satunya muzium di China yang mempamerkan piano dari pelbagai negara di dunia. Kira-kira 40 buah piano jenama terkenal dari Britain, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat, Austria dan Australia dipamerkan di muzium ini.