Percampuran budaya bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sejarah tamadun Jepun. Agama Shinto contohnya, telah pun menerima pengaruh luar termasuk dari Siberia dan Kepulauan Pasifik Selatan. Selepas abad ke-7, Shinto dan Buddhisme saling mempengaruhi antara satu sama lain sehingga membawa percampuran harmoni seperti fenomena keramat biara [jingo-ji] di keramat Shinto (jinja) dan rahib Buddha membaca sutra serta menjalankan upacara Buddha untuk kami Shinto. Hal ini berlaku kerana idea-idea baharu yang dibawa dari luar tidak menggantikan tradisi lama tetapi diserap kerana keutamaan diberi kepada kesinambungan dan keharmonian. Dengan kata lain, pengaruh luarr telah diperibumikan bagi memudahkan penerimanya sehingga melahirkan ciri-ciri Jepun yang unik seperti yang berlaku kepada Buddhisme.
Tidak kurang menariknya ialah percampuran antara agama yang berlaku di peringkat individu sejak dahulu hingga sekarang. Seorang warga Edo yang bernama Saito Gesshin telah merakamkan kegiatan keagamaannya untuk sepanjang tahun yang beliau terbitkan sendiri pada tahun 1838. Rakaman tersebut menunjukkan penduduk Edo menjalani kehidpuan agama yang pelbagai dengan menyembah beraneka kami sama ada di biara mahupun di keramat. Kerap kali juga orang sperti Saito menyembah kami yang berlainan di tempat yang sama dan percampuran seperti ini tidak pula menjadi satu masalah kepadanya. Saito, seperti orang lain juga, masih menganuti Buddhisme selain berpegang teguh dengan Konfucianisme.