Pengenalan
Korea merupakan sebuah negara yang mementingkan perayaan dan mematuhi adat resam tradisional. Dari segi konsep sejarah, asal usul perayaan Korea boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu dari China (Spring Festival, Lantern Festival, Dragon Boat Festival dan Mid-Autumn Festival), Barat (Hari Buddha dan Krismas) dan Korea sendiri (Hari Pergerakan Kemerdekaan Mac 1 dan Hari Merdeka). Dari segi kandungan pula, perayaan Korea juga boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu bersifat agama, politik dan bangsa. Spring Festival (Seollal), Lantern Festival, Dragon Boat Festival (Dano) dan Mid-Autumn Festival (Chuseok) merupakan perayaan yang bersifat kebangsaan. Perayaan-perayaan tersebut telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk tradisi kerohanian bangsa Korea seterusnya memberi pengaruh yang kuat kepada masyarakat Korea. Hari Yayasan, Hari Kemerdekaan dan Hari Perlembagaan adalah perayaan bersifat politik. Perayaan-perayaan ini memperingatkan semangat rakyat Korea dalam menuntut kemerdekaan negara. Hari Buddha dan Krismas merupakan wakil perayaan agama. Di Korea, kebanyakan rakyat menganuti agama Buddha dan Kristian. Oleh itu, tokong dan gereja boleh dilihat di mana-mana sahaja malah banyak rakyat jelata cenderung menggantungkan salib besar di atas bumbung rumah mereka manakala dari segi wilayah, terdapat perayaan kebangsaan dan festival tempatan. Antara festival-festival tempatan Korea adalah Pesta Salji Daegwanryong, Pesta Seramik Icheon, dan Andong International Mask Dance Festival. Festival tempatan yang berasaskan tradisional pertanian mempunyai ciri-ciri unik dalam aspek tarian, adat istiadat dan muzik, mencerminkan keistimewaan dan kekayaan budaya Korea. Sikap masyarakat Korea yang mementingkan perayaan tradisional menggambarkan konsep keluarga bangsa Korea yang mementingkan ketaatan dan kehormatan terhadap nenek moyang dan ibu bapa. Tidak dapat dinafikan, konsep perayaan masyarakat Korea yang mengutamakan kekeluargaan memainkan peranan penting dalam pembentukan kesedaran sivik rakyat dan kebangkitan kemanusiaan dalam masyarakat yang semakin mengutamakan individualisme hari ini.