|
Masakan Shanghai juga dikenali sebagai masakan Hu. Masakan in mengambil Shanghai, tempat- tempat yang lain yang berkembang bersama kewujudan Shanghai dan tempat yang mempunyai interaksi dengan masakan tempatan Shanghai sebagai sebahagian prinsip makanannya. Masakan Shanghai merupakan masakan yang terkenal di timur China. Shanghai mempunyai cuaca yang lebih panas berbanding utara dan mempunyai empat musim. Oleh itu, masakannya dihasilkan dengan pelbagai jenis bahan seperti sayur bayam, buluh dan kacang serta beberapa jenis ikan kecil di Cina seperti ikan kap dari anak sungai Yangtze. Itik, ayam dan juga daging babi juga sering digunakan. Masakan ini mengandungi rasa yang halus dan dimasak dengan menggunakan sos soya. Terdapat juga makanan yang manis dari gula batu perang. Selain itu, sebilangan kecil masakannya mempunyai rasa masam kerana menggunakan cuka hitam yang istimewa dari Qinjiang. Masakannya juga adalah berasaskan cara merebus perlahan berbanding menggoreng dan mengukus. Selalunya, roti kukus dan mi boleh didapati di mana- mana sahaja. Makanan tadisional Shanghai adalah seperti “ Da Zha Xie”, Itik Berlada Shanghai, Xiao Long Bao dan “ beggars chicken”.
1) Newman J. M (2004). Food Culture in China: Food Culture Around The World. Westport, CT: Greenwood Publishing Group. Page 98.
2) Deh-Ta Hsiun (2005). The Food of China: A Journey for Food Lovers. Murdoch Books. Page 13.

Bahan Mentah
Da Zha Xie adalah sejenis ketam berbulu yang ditemui di sungai-sungai dan tasik di rantau Delta Yangtze dan biasanya dimakan pada musim sejuk. Ia merupakan makanan bermusim yang sangat istimewa kerana pada musim luruh, ketam ini mempunyai kualiti yang terbaik kerana ianya kaya dengan lemak dan telur. Ketam ini akan diikat dengan tali dan kemudian diletakkan di dalam bekas buluh seterusnya dikukus untuk mengekalkan rasa asli ketam dan kemudian dihidangkan. Isi ketam berbulu dikenalpasti lembut, berair dan sangat lazat. Terdapat sedikit bahan tiruan yang ditambah di dalam hidangan ini supaya rasanya akan bertambah baik lagi. Da Zha Xie biasanya dimakan bersama cuka atau kepingan halia. Penduduk tempatan juga agak cerewet untuk memilih bila masa yang sesuai untuk mengambil ketam jantan dan bila untuk mengambil ketam betina. Biasanya, ketam berbulu betina lebih popular pada awal musim luruh manakala ketam jantan adalah lebih sedap pada lewat musim luruh.
1) Viator (2011). Shanghai Hairy Crabs. Retrieved from http://thingstodo.viator.com/china/shanghai-hairy-crab/.
2) Shanghai Food. Retrieved from http://www.china.org.cn/english/olympic/219060.htm.
1) Viator (2011). Shanghai Hairy Crabs. Retrieved from http://thingstodo.viator.com/china/shanghai-hairy-crab/.
2) Shanghai Food. Retrieved from http://www.china.org.cn/english/olympic/219060.htm.
Xiao Long Bao bermaksud roti didalam bakul kecil. Rotinya nampak seperti beg duit kecil. Roti ini direbus dan kemudian diisi dengan daging cincang, sayur- sayuran dan ditambah dengan bawang putih dan halia sebagai penambah perisa. Kemudian, ianya dimasak didalam pengukus buluh sehingga dohnya tampak seakan- akan lutsinar. Makanan ini sangat sedap apabila dimakan bersama cuka. Apabila bun atau kuih ini dibuat pada waktu sejuk, bahan- bahan sup dicampurkan bersama supaya menjadi bentuk gelatin yang kemudiannya dibalut bersama daging yang berperisa supaya kesemua bahan akan berada dalam betuk pepejal sehinggalah ianya dimasak. Selalunya, apabila digigit, sup merah yang panas akan keluar dari kuih ini.
1) Madison Books, Andrews McMeel Publishing, LLC (2007). 1001 Foods To Die For. Toronto, Ontario: Andrews McMeel Publishing. Page 33.
1) Madison Books, Andrews McMeel Publishing, LLC (2007). 1001 Foods To Die For. Toronto, Ontario: Andrews McMeel Publishing. Page 33.
Sejarah makanan ini ialah mengenai seorang pengemis yang kelaparan dan ternampak seekor ayam. Oleh kerana terlalu inginkan makanan, pengemis ini terus membunuh ayam tersebut dengan mematahkan lehernya. Tetapi, pengemis ini tiada dapur untuk memasak dan kemudian dia mengambil lumpur untuk meliputi ayam tersebut, dan kemudian menyalakan api dan seterusnya membakar ayam tersebut. Semasa sedang menunggu ayamnya masak, lalu seorang maharaja bersama barang- barangnya dan dia kemudian tertarik dengan aroma ayam bakar tersebut. Maharaja itu kemudian berhenti dan makan bersama pengemis tersebut. Oleh sebab makanan itu sedap, hidangan itu kemudiannya dimasukkan di dalam senarai hidangan di istana maharaja dengan nama “ Beggar’s Chicken”. Ia juga dikenali sebagai “ Fu Guai Gai” dan merupakan makanan tradisional di China. Keseluruhan ayam diletakkan wain Shaoxing dan kemudiannya dibalut di dalam daun teratai. Seterusnya ayam itu akan dibalut dengan tanah liat dan kemudiannya dibakar.
1) Misiura S (2006). Heritage Marketing. Burlington, MA: Routledge. Page 223.
2) Eugene Law (2004). Intercontinental’s Best of China.Beijing: China Intercontinental Press. Page 44.
1) Misiura S (2006). Heritage Marketing. Burlington, MA: Routledge. Page 223.
2) Eugene Law (2004). Intercontinental’s Best of China.Beijing: China Intercontinental Press. Page 44.
Shengjian turut dikenali dengan ladu goreng. Ia mempunyai kulit tebal. Daging babi yang dicincang, kubis cincang, dan / atau telur ketam diisi didalam dumpling tersebut. Beberapa pusingan air ditambah dan dibiarkan tersejat apabila dumpling semakin masak. Hal ini supaya bawah dumpling akan menjadi lebih rangup. Daun bawang dan bijan biasanya ditambah untuk meningkatkan aroma. Dumpling ini boleh dimakan dengan mencelupkannya ke dalam cuka hitam. Ia biasanya digoreng di dalam kuali yang rata dan bersaiz besar. Kuali pula ditutup dengan penutup kayu.
1) Soup Dumplings (Xiao Long Bao) vs Fried Dumplings (Sheng Jian Bao). Retrieved from http://www.quintet-shanghai.com/blog/soup-dumplings-xiao-long-bao-vs-fried-dumplings-sheng-jian-bao/.
1) Soup Dumplings (Xiao Long Bao) vs Fried Dumplings (Sheng Jian Bao). Retrieved from http://www.quintet-shanghai.com/blog/soup-dumplings-xiao-long-bao-vs-fried-dumplings-sheng-jian-bao/.
Tang Yuan merupakan sejenis makanan yang manis. Ia juga dikenali sebagai ‘yuan xiao’. Tang yuan ialah bebola pulut yang kecil, diisi dengan jem bijan hitam atau jem kacang merah. Ia di makan bersama sup yang manis. Tang yuan sangat popular semasa musim sejuk iaitu sewaktu perayaan Dongzhi yang biasanya disambut pada bulan Disember. Makanan ini melambangkan si pemakan akan menjadi setahun lebih tua. Secara tradisionalnya, makanan ini dimakan sewaktu Festival Tanglung. Makanan ini sangat lazat dan boleh didapati dengan mudah di Qibao. Selain itu, ianya dibuat pada perayaan khas seperti Tahun Baru Cina dan digunakan sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan. Mereka juga dihidangkan semasa majlis perkahwinan, di mana ia dianggap bahawa akan membawa nasib baik untuk pengantin. Ianya dimasak didalam periuk yang mengandungi air yang mendidih.
1) Lonely Planet, Harper D., Pitts C (2013). Lonely Planet Shanghai. Shanghai. Lonely Planet.
2) Tang yuan (glutinous rice balls). Retrieved from http://breadetbutter.wordpress.com/2010/05/11/tang-yuan-glutinous-rice-balls/.