Kota Larangan Beijing adalah kompleks bangunan zaman purba yang memiliki keluasan terbesar dan dipelihara paling baik di dunia. Pada tahun 1987, kota ini disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Kota Larangan Beijing dibina oleh siapa? Pada tahun 1406, maharaja ke-2 Dinasti Ming, Zhu Di menitahkan agar kota ini dibina. Tempoh pembinaannya memakan masa selama 14 tahun. Menurut catatan sejarah, pembinaan kota ini disertai oleh seramai 100 ribu orang tukang bina dan sejuta orang buruh kasar. |
Tujuan Pembinaan
Kota ini dibina bertujuan sebagai pusat pentadbiran. Seramai 24 orang maharaja Dinasti-dinasti Ming dan Qing pernah tinggal dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara di sana dalam masa kira-kira 500 tahun sehingga Dinasti Qing digulingkan pada tahun 1911.
Lokasi Kota Larangan Beijing
Kota ini terletak di pusat Bandar Beijing. Kota ini terkenal di China dan dunia kerana keluasannya, reka bentuknya yang indah, bangunan yang megah dan kemudahan yang mewah.
Keluasan Kota Larangan Beijing
Kota ini mempunyai keluasan lebih 720 ribu meter persegi. Panjangnya dari selatan ke utara kira-kira 1000 meter dan lebarnya dari timur ke barat kira-kira 800 meter. Tembok setinggi belasan meter dan parit selebar lebih 50 meter melingkari kota ini.

Simbolik Struktur Binaan
Reka bentuk, keluasan, susunan, gaya, bentuk, hiasan dan kemudahan di Kota Larangan Beijing dibina menurut sistem kesusilaan, etika dan status atau kedudukan dinasti feudal tersebut dan memperlihatkan konsep kuasa maharaja adalah maha tinggi.
Bangunan yang paling menarik perhatian pelawat ialah tiga dewan besar iaitu Dewan Taihe, Dewan Zhonghe dan Dewan Baohe. Di sini, maharaja menjalankan pentadbiran dan mengadakan upacara yang penting.

Keistimewaan struktur binaan
Dewan Taihe merupakan bangunan yang paling megah dan tinggi di Kota Larangan Beijing. Dewan ini mempunyai ketinggian kira-kira 40 meter dan di dalamnya terdapat takhta maharaja yang disadur dengan emas dan 13 ribu buah pahatan naga iaitu lambang maharaja. Di hadapan dewan itu terdapat lapangan yang berkeluasan 30 ribu meter persegi.
Dasar Dewan Taihe yang dibina setinggi 8 meter mempunyai fungsi menyekat kelembapan tanah. Pahatan ukiran kepala naga yang terdapat di sini bukan hanya hiasan sahaja, tetapi juga untuk memudahkan penyaluran air. Apabila hujan lebat, sebanyak lebih 1,000 buah kepala naga tersebut meluahkan air serentak, pemandangan itu sangat mengkagumkan.
Selain itu terdapat juga 4 baris rumah, namun di dalamnya penuh dengan ketulan batu bermatlamat untuk menghalang kebakaran.
Usaha memelihara kawasan
Sebagai usaha melindungi bangunan purba yang sudah berusia lebih 580 tahun ini, kerajaan China telah melaksanakan pemuliharaan selama 20 tahun bermula tahun 2003.