Makanan Korea yang Terkenal
Bibimbap
Bibimbap ialah sejenis masakan di mana nasi dicampur bersama daging dan pelbagai jenis sayuran yang dimasak. Pelbagai sayuran berwarna-warni menyedapkan mata memandang serta mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan. Sayur-sayuran seperti tauge, cendawan, akar bellflower, jeli kacang hijau, dan hirisan daging serta telur disusun dengan elok di atas nasi. Kemudian, pes cili pedas ditambah bagi mendapatkan rasa pedas.
Makanan ini dikatakan berasal daripada adat mengadakan jesa iaitu upacara suci menyembah nenek moyang. Pada zaman dahulu, agak sukar untuk membawa makanan yang banyak ke tempat upacara berikutan ia dilakukan jauh dari rumah. Selain itu, mereka mempercayai makanan yang disediakan untuk pemujaan tersebut perlu dikongsi bersama. Bagi mengelakkan pembaziran, mereka mencampurkan kesemua bahan makanan tersebut di dalam sebuah mangkuk selepas upacara berlangsung.
Pada masa kini, bibimbap boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Terdapat juga adat memakan bibimbap pada hari terakhir tahun tersebut dengan menggunakan segala lebihan makanan yang ada.
Bibimbap dari bandar Jeonju sangat terkenal kerana menggunakan lebih 20 bahan perasa.

Bulgogi
Bulgogi ialah daging yang diperap dan dipanggang. Hirisan daging lembu (kebiasaannya) dicampur bersama kicap, daun bawang dan bawang putih yang dicincang, bijan, garam, lada hitam, gula dan lain-lain. Kemudian diperap di dalam sebuah mangkuk. Daging tersebut akan menjadi lembut dan senang dinikmati. Rasa manisnya terbit daripada segala bahan perasa yang digunakan.
Masyarakat Korea memakan lebih banyak sayur-sayuran berbanding daging dalam kehidupan sehari-harian mereka. Hidangan daging hanya disediakan untuk menjamu tetamu dan jamuan keluarga
Masyarakat Korea memakan lebih banyak sayur-sayuran berbanding daging dalam kehidupan sehari-harian mereka. Hidangan daging hanya disediakan untuk menjamu tetamu dan jamuan keluarga
Galbi
Galbi ialah daging yang dipanggang mengelilingi tulang rusuk daging atau khinzir yang diperasakan dengan pelbagai bahan perasa. Memilih daging yang elok ialah langkah yang penting untuk menyediakan galbi. Tulang rusuk daging lembu betina yang berlemak dianggap paling baik. Daging tulang rusuk tersebut dipotong kepada beberapa bahagian yang besar dan diperasakan dengan bahan perasa seperti kicap, gula, jus buah pear, minyak bijan, daun bawang, bawang putih, lada hitam dan arak selama setengah hari dan kemudiannya dipanggang. Api yang digunakan untuk memanggang akan mempengaruhi rasa daging. Galbi yang sedap ialah daging yang dipanggang menggunakan arang.
Samgyetang
Ia diperbuat daripada ayam muda yang direbus. Ia direbus di dalam sebuah mangkuk tanah liat yang dikenali sebagai dolsot atau ttukbaegi. Selepas membersihkan perut ayam, ginseng, buah bidara, akar milkvetch dan beras pulut disumbat ke dalam ayam dan kemudian ayam tersebut ditutup rapat. Ia direbus sehingga nasi tersebut masak dan sebati dengan campuran herba yang digunakan.
Makanan ini elok dinikmati pada musim panas bagi menahan rasa panas dan memulihkan stamina badan.
Makanan ini elok dinikmati pada musim panas bagi menahan rasa panas dan memulihkan stamina badan.
Galbitang
Galbitang adalah sup tulang rusuk daging lembu. Tulang rusuk daging lembu dipotong kepada 5 atau 6 bahagian, direbus dan diperasakan dengan kicap dan bukannya garam. Setelah daging menjadi lembut, daun bawang yang telah dihiris kecil dimasukkan. Hidangan ini jarang disediakan di rumah. Ia selalunya dimakan di restoran. Pada zaman dahulu, tetamu dihidangkan dengan mee ketika majlis perkahwinan. Namun, kini galbitang lebih kerap dihidangkan berbanding mee.
Seolleongtang
Seolleongtang ialah usus, tulang, kaki, dan tulang lutut lembu yang direbus dalam air biasa selama lebih 10 jam. Ia diperasakan dengan garam dan ditambah dengan daun bawang yang telah dihiris.
Makanan ini kononnya berasal dari Mongolia. Selain itu, ia juga dikatakan berasl daripada makanan yang dihidangkan raja kepada rakyatnya yang berumur 60 tahun ke atas semasa upacara khas.
Makanan ini kononnya berasal dari Mongolia. Selain itu, ia juga dikatakan berasl daripada makanan yang dihidangkan raja kepada rakyatnya yang berumur 60 tahun ke atas semasa upacara khas.
Naengmyeon
Naengmyeon ialah sejenis mi yang diperbuat daripada soba(sejenis bijirin) dan tepung kentang. Rasa jernih dan menyelerakan mi sebati dengan rasa pedas dan masam sup daging.
Pada zaman dahulu, masakan ini terkenal di kawasan utara Korea (kini Korea Utara). Ia direkodkan sebagai hidangan musim sejuk. Namun orang ramai kini menikmatinya pada musim panas disebabkan rasa sejuknya.

Haemultang
Makanan ini terdiri daripada pelbagai makanan laut yang direbus dan ditambah pes cili merah serta serbuk cili. Supnya pedas dan menyegarkan.
Jajangmyeon
Jajangmyeon ialah sejenis hidangan mee yang manis dan berperisa. Ia boleh dikatakan mee yang sangat terkenal di kalangan masyarakat Korea. Ia diminati ramai tidak kira muda atau pun tua. Ibu bapa sering membawa anak mereka keluar makan jajangmyeon pada hari penting seperti hari graduasi, hari jadi, dan sebagainya.
Bahan utama hidangan ini ialah chunjang iaitu pes kacang hitam Korea. Pes tersebut digoreng dengan minyak bagi menghilangkan rasa pahitnya. Pes yang telah digoreng dikenali sebagai jjajang. Rasa pahit dan masin pes tersebut diseimbangkan dengan sedikit gula. Daging yang sering digunakan dalam hidangan ini ialah daging khinzir. Namun, ia boleh ditukar dengan daging lembu atau pun makanan laut. Sayur-sayuran yang biasanya digunakan ialah kobis, zucchini, kentang dan bawang besar. Sementara stok ayam mampu menambah rasanya.

Tteobokki
Bahan utama tteobokki ialah garaetteok iaitu kek beras yang agak liat, berwarna putih dan berbentuk silinder. Kek beras ini dimasak dengan sos gochujang yang pedas. Bahan-bahan lain ialah kek ikan (fishcake), telur, dumpling, ramen, makanan laut dan sayur-sayuran. Stok ikan bilis digunakan bagi menambah rasanya. Rasanya manis dan pedas.
Kini, tteobokki yang dikenali ramai ialah tteobokki bersama ramen iaitu rabokki, tteobokki makanan laut dan tteobokki nasi. Ia sering dijual oleh kedai –kedai kecil di pasar atau tepi jalan. Ia digemari oleh kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa.

Gimbap
Masyarakat Korea sering memakan rumpai laut yang dikeringkan dan kemudian digunakan sebagai pembalut. Gimbap ialah nasi yang dimasak serta bahan-bahan lain yang digulungkan atas helaian rumpai laut yang sangat nipis. Ia hampir serupa dengan makanan Jepun. Nasi yang digunakan untuk membuat gimbap haruslah dimasak dengan sebaik mungkin. Ia tidak boleh dimasak terlalu lama hingga lembut. Nasi tersebut juga ditambah garam, cuka, serta gula bagi menambah rasa. Pelbagai bahan seperti sayur bayam, telur goreng, lobak merah, timun, dan jeruk lobak putih disediakan bersama nasi tersebut mengikut cita rasa individu.
Proses menggulung gimbap bukanlah mudah. Alas seperti tikar kecil digunakan untuk menggulung gimbap. Nasi dan bahan-bahan yang digunakan disusun kemas agar gimbap yang telah siap nanti tidak terburai. Warna-warni bahan yang digunakan memberi keunikan kepada gimbap tersebut. Tiada bahan-bahan yang spesifik diperlukan untuk membuat gimbap. Ia boleh dibuat dengan apa sahaja bahan makanan yang sedia ada. Pelajar Korea sering membawa gimbap sebagai makanan tengah hari ketika berkelah.

Ssam
Ssam secara tersurat bermaksud ‘membungkus’. Ia adalah satu cara tipikal masyarakat Korea menikmati nasi atau daging di dalam salad atau pun rumpai laut. Cara pemakanan ini telah direkodkan di dalam dokumen zaman Goryeo lagi. Wanita Korea yang mejadi hamba di negara China menanam salad di makhamah Diraja China dan memakan nasi dengan berbungkuskan salad tersebut untuk memujuk perasaan sedih mereka kerana berpisah dengan keluarga mereka. Sejak itu, cara ini dipraktikkan oleh masyarakat Korea.
Daun salad adalah sayur yang paling ideal untuk ssam. Namun, daun bijan, daun labu, rumpai lauta tau kobis turut boleh digunakan untuk ssam. Ketika memakan ssam, bahan perasa seperti gochujang (pes lada pedas) atau doenjang( pes kacang soya) ditambah mengikut cita rasa masing-masing.
Bokssam ialah nasi yang dibungkus di atas rumpai laut dan kobis pada hari ke-15 pada setiap bulan lunar pertama. Ia popular di hujung dinasti Joseon. Bok bermaksud tuah. Dengan kata lain, memakan bokssam bererti membungkus harapan atau doa yang baik-baik.
Masyarakat Korea sering memakan ssam ketika berkelah di tanah lapang atau pun di restoran pada musim panas.

Rujukan:
- The National Academy of Korean Language. (2002) An Illustrated Guide to Korean Culture. Seoul, Korea: Hakgojae Publishing Co.
- Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved April 13, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909