Lokasi Istana Patola
Istana Potala terletak di lereng Gunung Hongshan di pusat Bandar Lhasa, Tibet. Istana ini sekarang beroperasi sebagai muzium dan mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1994.
Simbolik Pembinaan
Bangunan ini merupakan simbol Bhuddisme Tibet yang dibangunkan di Gunung Merah pada ketinggian 3700 meter. Selepas pembinaan semula, istana ini berfungsi sebagai pusat politik dan agama Tibet.
Asal Usul Nama Potala
Nama ini diambil bersempena gunung Potalaka dan merupakan tempat kediaman Dalai Lama (pemimpin spritual tertinggi di Tibet) hingga Dalai Lama ke 14 yang dilarikan ke Dharamsala, India setelah diserang oleh China pada tahun 1959.

Struktur Bangunan
Istana Potala memiliki 13 tingkat dan setinggi 110 meter. Hal ini menjadikan Istana Patola sebagai bangunan purba tertinggi di Tibet. Istana itu dibina daripada batu dan kayu. Batu granit digunakan untuk membina tembok istana itu. Tembok yang paling tebal mencatat ukuran 5 meter. Kerangka besi telah diletakkan dalam lapisan tembok bagi menambah kekukuhan bangunan ini. Oleh itu, masalah serangan petir juga dapat diatasi. |
Pembinaan Semula
Semasa dibina semula pada abad ke-17, puluhan ribu lukisan yang cantik telah dilukis oleh pelukis terbaik di Tibet pada dinding-dinding dewan, laluan dan koridor di Istana Potala. Pelbagai cerita yang dikisahkan melalui lukisan-lukisan tersebut. Antaranya mengenai tokoh sejarah, kitab Buddha, bangunan, adat-resam rakyat, sukan dan aktiviti hiburan. Lukisan-lukisan tersebut adalah karya kesenian yang mempunyai nilai tinggi.
Kedudukan Bangunan
Di bahagian timur terdapat Istana Putih yang merupakan tempat penginapan Dalai Lama. Istana Merah pula terletak di bahagian timur dan merupakan beberapa dewan Buddha serta tempat pagoda didirikan sebagai makam Dalai Lama generasi-generasi terdahulu. Pagoda makam Dalai Lama ke-5 Luosangjiacuo ialah antara yang paling mewah, berketinggian 15 meter dan terletak pada dasar yang berbentuk empat segi. Selain itu, rumah Lama berwarna putih terletak di bahagian barat. Istana Potala dibina di lereng gunung membuatkan bangunan itu sangat tinggi dan megah, strukturnya kukuh dan mencapai taraf tinggi dalam estetika seni bina.