Hari Hangul
Hari Hangul, juga dikenali sebagai "Hari Abjad Korea" atau "Hari Pengisytiharan Hangul", merupakan hari istimewa kebangsaan Korea untuk memperingati penciptaan Hunminjeongeum. Di Korea Selatan, Hari Hangul ditetapkan pada bulan 9 Oktober dengan gelaran "Hangullal" manakala Korea Utara menetapkan Hari Hangul pada bulan 15 Januari dengan gelaran "Chosŭn’gŭllal".
Berdasarkan catatan Sejong Sillok, Raja Sejong mengisytiharkan Hunminjeongeum pada tahun1446 bulan kesembilan takwim qamari. Isi kandungannya adalah penciptaan abjad bahasa Korea yang baharu dan peraturan ejaan untuk kegunaan bangsa Korea. Pada bulan September 1926 takwim qamari, Persatuan Hangul menyambut ulang tahun ke-480 pengisytiharan abjad hangul pada hari terakhir bulan kesembilan takwim qamari, bersamaan 4 November di takwim Gregory. Pada masa yang sama, Persatuan Hangul menyebut hari tersebut sebagai Hari Gagya (Gagyanal) pertama. Perkataan Gagya diambil daripada permulaan puisi mudah ingat abjad Bahasa Korea iaitu “ga gya geog yeo”(가갸거겨). Pada tahun 1928, nama tersebut ditukar kepada Hari Hangul seperti yang digunakan pada hari ini. Selepas itu, tarikh hari Hangul telah ditukar beberapa kali sehingga Korea Selatan mencapai kemerdekaan pada tahun 1945.
Pada tahun 1945, Hari Hangul ditetapkan pada bulan 9 Oktober sebagai cuti berkanun bagi kakitangan kerajaan. Taraf Hari Hangul sebagai cuti ditarik balik pada tahun 1991 atas tekanan dari syarikat besar untuk meningkatkan bilangan hari bekerja, di samping pengenalan Hari Bangsa-bangsa Bersatu di Korea Selatan. Walau bagaimanapun, Hari Hangul tetap mengekalkan taraf sah sebagai hari peringatan. Korea Utara pula menyambut Hari Chosŏn'gŭl pada15 Januari sempena apa yang dipercayai adalah tarikh sebenar penciptaan Hunmin Jeongeum pada tahun 1444.

Reference:
The Korea Blog."Hangul Day." Accessed March 19, 2013.
http://blog.korea.net/?p=13471
Sumber Gambar: Google