Bahan Asas Makanan Korea
Setiap masyarakat pasti terkenal dengan bahan asas atau pun rempah ratus yang sinonim dengan masakan mereka. Makanan masyarakat Korea banyak menggunakan bahan seperti pes kacang soya, sos soya, pes lada merah dan kimci.
1.Pes Kacang Soya (Doenjang )
- Pes kacang soya digunakan dalam masakan seperti pes kacang soya rebus (soybean paste stew), dan ssamjang, iaitu sos pencicah untuk salad
- Rasanya agak masin
- Ia dibuat daripada bahan-bahan seperti kacang soya, garam dan air.
- Ia secara saintifiknya telah terbukti mampu menghalang penyakit kanser.
2. Pes Lada Merah (Gochujang)
- Makanan Korea kebiasaannya agak pedas. Mereka gemar menggunakan pes lada merah yang mempunyai rasa pedas, manis serta masin.
- Ia digunakan dalam pelbagai hidangan dan sos.
- Rasa pedas dipercayai mampu mengurangkan rasa sakit dan membakar lemak
3. Sos Soya (Ganjang)
- Sos soya dibuat menerusi proses yang sama seperti pes kacang soya. Air dan garam dicampur bersama kacang soya dan diperam selama 2 bulan bagi menghasilkannya.
- Ia digunakan dalam sos pencicah dan pelbagai hidangan seperti bibimbap, tofu goreng serta sup.
4. Beras pendek (Ssal)
- Makanan ruji masyarakat Korea
- Beras ini agak melekit seperti pulut
- Juga dikenali sebagai 'beras sushi'
5. Kicap (Jinganjang)
- Mempunyai rasa masin dan sedikit manis
- Terdapat 2 jenis kicap iaitu jinganjang iaitu kicap pekat dan gukganjang iaitu kicap cair yang lebih masin
- Jinganjang menambah rasa masakan seperti bibimbap, makanan laut dan sos pencicah bagi tofu goreng
6. Minyak bijan (Chamkireum)
- Mempunyai rasa yang unik dan menjadi identiti makanan tradisional Korea
- Ia digunakan sebagai penambah rasa dan bukannya minyak untuk memasak
- Boleh dikatakan sebagai 'minyak zaitun versi Korea' yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan
7. Sos ikan (Aekjeot)
- Mempunyai rasa masin dan agak hanyir
- Menambah rasa kimci dan pelbagai jenis hidangan serta sup
- Biasanya digunakan dalam masakan yang mempuyai makanan laut
8. Serbuk lada merah (gochugaru)
- Terdapat 2 jenis iaitu yang pedas dan kurang pedas
- Makanan akan berwarna merah dan meningkatkan selera makan tanpa menjadikan makanan rasa terlalu pedas
Rujukan:
- Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved March 20, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909