Pembelajaran Timur - Agama Jalan Syurga (Eastern Learning- the Religion of the Heavenly Way)
· Pengasas agama baharu ini adalah Ch’oe Cheu (1824-1864) yang beliau namakan sebagai pembelajaran Timur (Tonghak) bagi membezakannya daripada pembelajaran Barat (Katolik).
· Beliau mendakwa bahawa Tuhan muncul di hadapannya pada 5 April 1860 dan memberitahu beliau bahawa beliau dipilih untuk menyelamatkan umat manusia.
· Keadaan yang dialami beliau adalah berbeza dengan keadaan yang berlaku semasa shaman berhubung dengan semangat-semangat.
· Beliau menggelar Tuhan tersebut kepada 3 nama iaitu ‘Tuhan Syurga’ (Lord of Heaven), Sangje (the Lord
of High dalam teks Konfusian) dan Hanullim (terjemahan Tuhan Syurga dalam bahasa
Korea ).
· Beliau telah ditahan dan dihukum gantung pada 1864 kerana bersikap lebih seperti Katolik berbanding seperti Korea tradisional.
· Kebanyakan yang diajar beliau kepada pengikutnya bukanlah perkara baharu.
· Kebanyakannya adalah diambil daripada ajaran Konfusian seperti prinsip moral.
· Kerajaan bermusuhan dengan Ch’oe dan kepercayaan Tonghaknya kerana elemen
Katolik yang ditambah dalam kerohanian Korea.
· Pengamal Tonghak juga mengamalkan upacara yang tidak disahkan oleh kerajaan sekaligus dianggap menyalahi undang-undang.
· Agama Tonghak ini tidak mati bersama beliau. Sebaliknya, Tonghak menyertai Katolik dan mula mencabar kerohanian tradisional Korea.
· Ia kekal sebagai agama monoteistik.
· Ajaran Tonghak menawarkan lebih daripada hiburan kepada masyarakat yang berstatus rendah.
· Ia turut menawarkan harapan bahawa struktur hierarki masyarakat Korea akan bertukar menjadi lebih adil.
· Janji ini menjadi salah satu inspirasi kepada pemberontakan petani yang terbesar di Korea
di bawah nama Tonghak.
· Mereka membantah rasuah dalam kerajaan serta pertambahan kehadiran Jepun dan Barat di tanah Korea.
· Pemberontakan ini berjaya dipatahkan.
· Pada tahun 1905, agama ini berjaya mendapat pengiktirafan dan menukar kepada nama baharu iaitu Ch’ondogyo (agama Jalan Syurga).
· Pada masa kini, ia dikenali sebagai agama moden dengan doktrin
dan upacara yang lebih berstandard , struktur pemerintahan yang berpusat di ibu
pejabat bandar dan ibadah pada hari ahad yang menyerupai dewan ibadah Protestan.
· Agama ini tidak lagi menarik banyak ahli yang aktif.
· Agama ini kini disaingi oleh agama-agama baharu yang lain.
The Chungsan Family of Religion
· Agama ini memfokuskan kepada penyembahan Kang Chungsan (1871-1909).
· Agama Chungsa berbeza daripada agama-agama yang lain di mana mereka menyembah tuhan
yang unik dan upacara unik yang disuruh oleh tuhan mereka jalankan.
· Mereka mengajar bahawa dewa tertinggi telah turun ke dunia pada abad ke-19 dan
mengambil manusia di Korea di bawah nama Kang Chusan.
· Mereka menggelar Kang Chusan sebagai Sangjenim (Honorable Lord on High).
· Mereka percaya bahawa dia turun dari takhta syurga ke Korea untuk mengajar manusia tentang upacara pembaharuan kosmik (Rites of Cosmic Renewal).
· Mereka percaya bahawa upacara tersebut akan mempercepatkan transformasi hebat
zaman perbalahan dan ketidakadilan kepada keharmonian kosmik akan datang.
Won - Buddhism
· Pada banci tahun 2005, terdapat hampir 130 ribu penganut Won Buddhist di Korea.
· Agama ini disenaraikan berasingan daripada Buddhisme asal dalam banci kerana mereka menegaskan bahawa ia adalah agama baharu.
· Hal ini adalah kerana, mereka mengajar pendekatan baharu kepada Buddhisme, iaitu Buddhisme untuk
kehidupan seharian dalam dunia moden.
· Dewan penyembahan dibina di bandar-bandar dan tidak didapati sebarang patung buddha di dalam tokong mereka.
· Sebaliknya yang kelihatan adalah satu bulatan di dinding hadapan dewan yang menjadi peringatan kepada penganutnya bahawa semua yang ada di alam semesta mempunyai asal usul dan asas semulajadi yang sama.
· Won Buddhisme memberikan peranan yang aktif kepada rahib sama ada di ibu pejabat atau tokong tempatan.
· Won Buddhisme mengajar bahawa seperti kanak-kanak mengakui jasa orang tua yang memberikan mereka kehidupan, begitu juga dengan manusia dalam mengakui berapa banyak mereka terhutang budi dengan 4 daya yang mendasari kewujudan sebagai manusia.
· Kita harus bersyukur kepada syurga dan bumi kerana menyediakan udara untuk kita bernafas serta tanah untuk kita berpijak.
· Kita juga harus bersyukur dan menghargai manusia lain yang membantu ketika kita memerlukan, dan akhirnya kepada undang-undang yang melindungi hidup dan harta kita.
· Kita boleh membalas jasa-jasa ini dengan menyayangi dan menyanjung ibu bapa, meniru tindakan alam
semulajadi yang tidak mementingkan diri, melayan orang lain sebagaimana kita mahu mereka melayan kita dan mematuhi semua undang-undang.
Sumber rujukan : Baker, D., (2008) Korean Spirituality (pp. 78-90). Honolulu: University of Hawai'i Press.