Pada awalnya, Buddhisme dibawa masuk melalui Korea tetapi selepas abad ketujuh hingga ke-16, rahib-rahib Jepun mempelajarinya terus dari China. Buddhisme telah diperibumikan melalui proses asimilasi untuk disesuaikan dengan masyarakat Jepun. Buddhisme Jepun, walaupun membawa nilai-nilai baharu seperti “principle of transcendence and world negation,” agak berbeza dengn Buddhisme yang terdapt di India, China mahupun Asia Tenggara.
Penyebaran Buddhisme dikaitkan dengan Putera Shotoku yang memberi sokongan rasmi. Agama ini juga tidak mempunyai masalah untuk wujud bersama-sama Shinto. Hubungan harmoni antara kedua-duanya merupakan satu ciri istimewa dalam budaya dan agama Jepun. Keharmonian ini boleh dilihat di setiap rumah yang biasanya terdapat tempat penyembahan Shinto dan Buddha, disamping kecenderungan orang Jepun melakukan upacara perkahwinan dengan ritual Shinto dan kematian pula dengan ritual Buddha.
Buddhisme Jepun mempunyai beberapa ciri menarik seperti mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah, penting dalam ritual kematian dan mempunyai hubungan dengan unsur magis dalam usaha penganutnya mendapatkan rahmat dalam menghadapi kehidupan duniawi. Buddhisme bermula dengan golongan bangsawan tetapi kemudiannya menyerap ke masyarakat bawahan. Semasa zaman Nara dan Tokugawa, Buddhisme mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah untuk faedah bersama. Agama ini dikawal serta dijadikan alat pemerintah mengawal rakyatnya, contohnya semasa zaman Tokugawa, setiap keluarga perlu mempunyai hubungan dengan biara. Hubungan ini masih berterusan terutamanya apabila Buddhisme dikaitkan dengan ritual kematian.
Pada zaman Kamakura, berlaku reformasi kepada Buddhisme yang dilakukan oleh empat orang pemikir iaitu Honen, Shinran, Dogen dan Nichiren. Mereka juga dikaitkan dengan mazhab baharu seperti Nichiren dan Zen. Di zaman Kamakura pula turut dibina patung Buddha yang terseragam yang masih ada sehingga hari ini dan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar Negara. Pemikir-pemikir ini hidup pada zaman yang bergolak dan mereka menentang Buddhisme sedia ada, seperti mazhab Tendai dan Shingon dimana ianya lebih mengutamakan ritual. Mereka menegaskan pengembalian kepada Buddhisme asal serta mempermudahkan ajaran Buddhisme supaya boleh difahami rakyat biasa. Mereka juga mengemukakan cara yang lebih mudah mencapai tahap nirvana. Shinran umpamanya mahukan rahib menjalani kehidupan seperti orang biasa termasuk berkeluarga serta menekankan pentingnya Amida Buddha. Dogen pula dikaitkan dengan amalan Zen. Mazhab yang mereka asaskan ini kemudiannya berpecah kepada mazhab-mazhab lain termasuklah Sokka Gakkai (dikaitkan dengan Nichiren).
Buddhisme mempunyai pengaruh yang besar terhadap budaya dan tamadun Jepun seperti melalui penulisan yang dipengaruhi tulisan Cina selain sebutan Sanskrit. Bidang pendidikan juga mendapat pengaruh Buddhisme selain seni catan, perubatan dan juga adat meminum teh. Tidak kurang pentingnya ialah sumbangan Buddhisme dalam bidang seni dan seni bina, arca, muzik, drama dan juga ikebana (gubahan Bungan). Dari segi kerohanian, Buddhisme telah menyedarkan orang Jepun kepada nilai-nilai universal yang tidak terdapat dalam Kojiki mahupun Nihongi. Mazhab-mazhab Buddhisme turut memberi perhatian kepada duniawi seperti “True Pure Land” (Shinran) dan Zen pula menekankan “realistic attitude towards life in this world” dan Nichiren memberi perhatian kepada kebajikan Negara.