Melancong ke Korea
|
|
ALAM SEMULAJADI
TAMAN NEGARA BUKHANSAN
Seoul menjadi sebuah bandar yang istimewa disebabkan taman negara ini dan ia sangat bertuah kerana memiliki Gunung Bukhansan setinggi 837 m. Gunung Bukhansan terletak di Utara Seoul. Sebahagian daripada gunung ini terletak di Seoul manakala sebahagian lagi terletak di Wilayah Gyeonggi-do. Kawasan ini berkeluasan 8,000 hektar. Di kaki gunung ini terdapat sebuah hutan dan di puncaknya terdapat sebuah puncak granit yang sangat besar berdiri megah. Gunung Bukhansan ibarat paru-paru Seoul. Secara purata, seramai 5 juta orang mendakinya setiap tahun. Malahan, Gunung Bukhansan pernah dicatat dalam buku ‘Guinness Book of Records’ sebagai tempat paling ramai dilawati bagi setiap unit meter persegi kawasannya berbanding mana-mana tempat lain di dunia.
Menariknya Gunung Bukhansan ini akan berubah warna mengikut musim. Sehingga Dinasti Joseon (1392-1910), orang sering mengatakan bahawa Gunung Bukhansan didiami harimau. Tetapi pada hari ini, gunung ini menjadi habitat hanya bagi haiwan kecil seperti rusa, babi hutan, musang dan kucing hutan. Di gunung ini juga, terdapat dinding kubu sepanjang 9 km. Baekje merupakan orang pertama yang membina kubu di gunung ini. Pada tahun 132 sebelum Masihi, Baekje membina kubu dari lumpur untuk melindungi ibu kota Seoul daripada serangan musuh. Dinasti Joseon telah merobohkan dinding ini dan membina kubu batu pada tahun 1771. Kebanyakan dari kubu batu ini kekal hingga sekarang.
Di Seoul, terdapat banyak lagi gunung selain Gunung Bukhansan yang mengelilingi Seoul ibarat sebuah kubu. Oleh sebab itu, Seoul merupakan negeri yang kaya dengan khazanah alam, iaitu gunung.

SUNGAI HANGANG
Sungai Hangang merupakan nadi pengangkutan Seoul. ‘Han’ bermaksud aliran air yang suci dan luas. Sungai Hangang berpunca dari gunung yang terletak di pertengahan timur Semenanjung Korea, melalui Gangwon-do dan Wilayah Chungcheongbuk-do, merentasi pertengahan Wilayah Gyeonggi-do dan Seoul dan berakhir di Laut Kuning. Ia memiliki kepanjangan 514 km dan merupakan sungai keempat yang terpanjang di Semenanjung Korea. Kelebaran sungai ini yang mengalir melalui Seoul ialah lebih kurang 1km dan adalah lebih lebar dari Sungai Thames di London dan Sungai Seine di Paris.
Sungai Hangang memisahkan Korea Utara dan Korea Selatan. Bahagian utara sungai ini dikenali sebagai “bandar lama”. Cheong Wa Dae (The Blue House), tempat kediaman rasmi Presiden Korea, bangunan-bangunan kerajaan, pejabat-pejabat kedutaan dari seluruh dunia, istana-istana dari Dinasti Joseon, muzium-muzium negara dan Dewan Bandar Seoul semuanya boleh ditemui di sini. Manakala bahagian selatan sungai ini pula dikenali sebagai “bandar baru”. Kawasan ini kebanyakannya dibangunkan selepas tahun 1970. Kompleks apartment berskala besar, jalan-jalan yang terdapat banyak kedai menjual pakaian mengikut trend terkini dan daerah-daerah komersial merupakan teras utama bahagian ini di Seoul.
Pada hari ini, penduduk Seoul lebih menghargai Sungai Hangang sebagai tempat berehat berbanding untuk keindahan semula jadinya. Di pantai kedua-dua bahagian sungai ini terdapat padang rumput, kolam renang, taman yang dilengkapi dengan kelengkapan gimnasium dan padang bola, serta trek untuk berbasikal dan berjogging. Terdapat juga perkhidmatan ‘river cruise’ yang beroperasi di sepanjang sungai ini. Pada malam hari, pengunjung boleh menaiki feri untuk menikmati pemandangan malam Seoul dan Sungai Hangang yang sangat indah.

ISTANA DIRAJA
Salah satu kriteria Seoul ialah zaman tradisi dan zaman moden mampu wujud bersama dalam keadaan yang harmoni. Imej yang paling tradisional bagi Seoul ialah istana-istana Dinasti Joseon (1392-1910). Terdapat lima istana di Seoul yang menjadi tarikan utama pelancong asing yang melawat Seoul.
ISTANA GYEONGBOKGUNG
Istana Gyeongbokgung merupakan istana pertama yang dibina di Seoul. Jeneral Yi Seonggye, pengasas Joseon, telah membina istana di kaki Gunung Bugaksan (sekarang terletak di belakang Cheong Wa Dae, ‘The Blue House’) pada tahun 1395 dan menggelarnya Istana Gyeongbokgung. Walau bagaimanapun, semasa Perang Imjin Waeran pada tahun 1592, istana ini telah dibakar. Pada tahun 1868, setelah terbiar selama 270 tahun, bermula dari Geunjeongjeon (Harta Negara No. 223) atau Dewan Diraja, kesemua bangunan telah dibina semula. Istana Gyeongbokgung juga telah rosak dengan teruk semasa zaman pendudukan Jepun (1910-1945). Jepun telah meruntuhkan sebahagian istana ini dan membina pejabat Gabenor koloni Jepun di dalam istana ini. Untuk mengangkat moral nasional, bangunan pejabat Gabenor telah diruntuhkan sepenuhnya pada tahun 1996.
ISTANA CHANGDEOKGUNG
Istana Changdeokgung ialah istana kedua dibina selepas Istana Gyeongbokgung pada tahun 1405. Terletak di timur Istana Gyeongbokgung, ia juga dikenali sebagai “Istana Timur”. Semasa Perang Imjin Waeran, ia hampir terbakar hingga menjadi abu seperti Istana Gyeongbokgung, tetapi kemudian dibina semula. Pada tahun 1868, semasa Istana Gyeongbokgung dibina semula, Istana Changdeokgung digunakan sebagai istana utama Dinasti Joseon.
Di belakang Istana Changdeokgung terdapat sebuah taman yang sangat cantik. Oleh sebab taman ini tersembunyi di belakang istana, ia digelar “Huwon atau Taman Belakang”. Ia merupakan sebuah taman tipikal yang menunjukkan bagaimana sekatan kecantikan buatan dimaksimumkan dalam seni bina Joseon. UNESCO telah mengiktiraf nilai seni bina dan gaya unik istana ini dan juga tamannya serta mengisytiharkannya sebagai Warisan Dunia. Lukisan yang telah membantu merealisasikan Istana Changdeokgung dan Huwon diisytihar sebagai Warisan dunia ialah Donggwoldo (secara literalnya ialah lukisan Istana Timur).

ISTANA DEOKSUGUNG
Istana ini terletak di sebelah Dewan Bandar Raya Seoul. Sebenarnya istana ini lebih besar daripada saiznya yang sekarang tetapi selepas pendudukan Jepun dan Perang Korea, banyak bangunannya yang telah hilang. Sejak lewat abad ke-18 hingga awal abad ke-19, banyak pejabat kedutaan asing termasuk Britain, Amerika, Rusia dan Belgium didirikan di sekeliling Istana Deoksugung.
ISTANA CHANGGYEONGGUNG
Istana Changgyeonggung Dibina pada tahun 1483 dan terletak di sebelah Istana Changdeokgung. Istana ini merupakan tempat kediaman nenek dan ibu kepada raja.
ISTANA GYEONGHUIGUNG
Di barat Istana Gyeongbokgung, terletak Istana Gyeonghuigung yang dibina pada tahun 1617. Oleh sebab kedudukannya di barat Istana Gyeongbukgong, ia digelar “Istana Barat”.
MUZIUM
MUZIUM NASIONAL KOREA
Jika anda ingin mengetahui mengenai sejarah dan budaya Korea sejak 5,000 tahun yang lalu, Muzium Nasional Korea ialah tempat yang patut anda lawati. Muzium ini merupakan muzium yang terbesar di Korea Selatan dan menampilkan koleksi benda-benda bersejarah Korea yang penting. Terdapat 140,000 warisan yang menunjukkan gambaran terperinci perubahan Korea sejak zaman lampau hingga kini. Bangunan terbaru muzium ini telah dibina di dalam Taman Keluarga Yongsan. Saiz keluasan muzium ini ialah 30 hektar dan plot bangunan untuk muzium ini ialah 4.5 hektar. Galeri-galeri dalam muzium ini dibahagikan kepada Galeri Peredaran Masa, Galeri Tema dan Galeri Luar.
Dalam Galeri Peredaran Masa, anda boleh menyaksikan warisan Korea pada setiap zaman, sejak Zaman Prasejarah hingga Zaman Moden. Ini akan membantu anda memahami idealogi pada setiap zaman. Dalam Galeri Tema, kebanyakannya hasil kesenian tradisional Korea dipamerkan. Galeri utama ialah Bilik Patung Buddha, Bilik Hasil Logam, Bilik Seni (lukisan dan kaligrafi), Bilik Goryeo Celadon dan Bilik Joseon Celadon. Manakala dalam Galeri Luar, anda boleh melihat pagoda, patung Buddhist dan batu kebudayaan warisan pelbagai peringkat harta Negara.
Muzium Nasional Korea mempunyai cawangan di 11 bandar termasuk Daegu, Gyeongju, Gongju, Buyeo, Gwangju, Jeju dan Chuncheon.

MUZIUM NASIONAL MASYARAKAT KOREA
Sekiranya anda berminat mempelajari kebudayaan dan tradisi masyarakat Korea, lawatlah Muzium Nasional Masyarakat Korea yang berada di dalam Istana Gyeongbokgung. Muzium Nasional Masyarakat Korea mempamerkan kehidupan masyarakat Korea dari aspek pekerjaan, hiburan, pakaian, makanan, hidup dan mati dalam 4 galeri pameran yang berbeza. “Dewan Cara Hidup Masyarakat Korea”(Hall of Korean Lifestyles) menempatkan tinggalan sejarah sejak dari zaman prasejarah sehingga Dinasti Joseon. Dengan melihat makanan, tempat kediaman, pakaian, agama, seni bina, bahasa, dan teknologi pada masa ini, kita dapat mengimbau cara hidup masyarakat Korea pada masa lampau. Dewan ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri usaha masyarakat Korea untuk mendapatkan keperluan untuk hidup. “Dewan Kitaran Hidup Masyarakat Korea”(Hall of Korean Life Cycle) ialah sebuah bilik pameran yang mempamerkan semua aspek hidup tipikal masyarakat Korea. Pengunjung dapat meninjau upacara dan kitaran hidup yang dilalui seorang masyarakat tipikal Korea bermula dari lahir, belajar, berkahwin dan mati. Pameran terbuka budaya pertanian dan jalan-jalan lama juga sangat menarik. Rumah-rumah jerami, rumah yang diperbuat dari lumpur, kincir air, sawah padi dan tapak pertanian, pasar pada lewat abad ke-18 dan perkampungan tipikal Korea tahun 1960-an semuanya telah dipulihkan untuk tatapan pengunjung.
MUZIUM SEJARAH SEOUL
Muzium Sejarah Seoul terletak bersebelahan dengan Istana Gyeonghuigung. Muzium ini mempamerkan kesemua sejarah dan budaya Seoul dari zaman prasejarah hingga zaman moden. Muzium ini akan menjawab semua persoalan seperti bagaimana Korea membangun, kehidupan rakyat Seoul, aktiviti seharian di dalam Istana Joseon, budaya yang diamalkan di Seoul dan sebagainya. Pengunjung juga berpeluang ke “Muzium Sentuh”, sebuah bilik yang meransang pengunjung untuk membuat atau menyentuh produk yang digunakan masyarakat Korea dahulu kala dengan tangan mereka sendiri.
PUSAT MEMBELI-BELAH
PASAR NAMDAEMUN
Digelar Pasar Namdaemun kerana terletak bersebelahan dengan Namdaemun (“Pagar Selatan yang besar”). Pada tahun 1414, kerajaan telah membuka peluang kepada orang ramai untuk berniaga di sini dengan hanya membayar sewa. Ini bererti pasar ini telah beroperasi selama 600 tahun dan mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi. Ia merupakan pasar tradisional tertua, berskala besar dan mempunyai pelbagai fungsi di Korea. Terdapat lebih daripada 10,000 kedai yang menjual lebih daripada 1,700 jenis barangan. Produk utama di sini terdiri daripada pakaian dan testil, barangan dapur, tembikar seramik, barangan tempatan, aksesori dan barangan import. Pasar Namdaemun menjadi destinasi yang mesti dilawati oleh pelancong asing.
PASAR DONGDAEMUN
Pasar ini dibina pada awal abad ke-18. Ia digelar Pasar Dongdaemun kerana terletak bersebelahan Dongdaemun (“Pagar Selatan yang besar”). Walau bagaimanapun, pada pertengahan tahun 90-an, banyak pasar raya yang besar dan moden mula dibina di sekitar kawasan ini. Pada masa kini, dapat dilihat pasar tradisional yang berusia dan pasar raya yang moden berada bersebelahan. Remaja yang mengikuti perkembangan fesyen sering mengunjungi Pasar Dongdaemun. Ini kerana pasar raya moden lebih memahami kehendak pelanggan, produk yang dijual mengikut trend terkini dan sering mempunyai produk baru. Pasar ini ialah salah satu destinasi percutian yang sering dikunjungi pelancong asing.
MYEONG-DONG
Myeong-dong bermaksud “kampung yang terang”, terletak sangat hampir dengan Pasar Namdaemun. Tempat ini merupakan jalan yang paling popular dan terkenal di Seoul kerana kepelbagaian fesyen jalanannya (fashion street). Populasi pengunjung Myeong-dong mencecah 1 juta orang setiap hari. Di sini terdapat kedai serbaneka, kedai pakaian, kedai kasut, restoran, kopitiam dan kedai cenderamata untuk pengunjung. Tempat ini antara destinasi membeli-belah popular di Korea. Terdapat dua festival fesyen yang diadakan di Myeong-dong iaitu pada musim bunga dan musim luruh.
INSA-DONG
Insa-dong merupakan sebuah jalan tradisional dan juga jalan seni (street of art) yang menjadi lambang Korea. Jalan ini bermula pada awal Dinasti Joseon dan penduduk utamanya ialah penduduk kelas pertengahan. Sungguhpun begitu, ia telah menjadi pusat aktiviti seni. Banyak hanok atau rumah tradisional Korea, kedai yang menjual hasil seni dan kraf tangan, barangan antik, makanan tradisional, teh, tembikar, cenderamata dan buku-buku lama serta galeri-galeri seni terdapat di Insa-dong. Tidak ada tempat lain di Seoul yang membolehkan anda merasai tradisi dan budaya Korea yang sebenarnya sebanyak di Insa-dong.
ITAEWON
Itaewon adalah kawasan membeli-belah yang turut menjadi lambang Korea. Oleh sebab terdapat beberapa pejabat kedutaan asing dan tapak tentera US di sekitar kawasan ini, jumlah kependudukan warga asing lebih tinggi di kawasan ini berbanding tempat-tempat lain di Korea. Pengunjung dapat melihat banyak papan iklan yang besar dan papan tanda ditulis dalam bahasa Inggeris. Di Itaewon, anda boleh membeli-belah dan menikmati hiburan pada masa yang sama terdapat lebih daripada 1,000 kedai di sini. Majoriti kedai di sini menjual pakaian, barangan kulit, aksesori dan cenderamata. Terdapat juga pelbagai restoran luar negara, pub dan kopitiam.
RUJUKAN
Yu, M. J. (2005). The discovery of Korea : history, nature, cultural heritages, art, tradition, cities. Seoul, Korea : Discovery Media.
SUMBER GAMBAR
Imej Google
Yu, M. J. (2005). The discovery of Korea : history, nature, cultural heritages, art, tradition, cities. Seoul, Korea : Discovery Media.
SUMBER GAMBAR
Imej Google