Hansik
Hansik (한식) atau makanan sejuk jatuh pada hari ke-105 selepas solstis musim sejuk dan kira-kira hari kelima bulan April dalam kalendar Gregorian. Ia merupakan perayaan utama yang setanding dengan Seollal, Dano dan Chuseok. Berdasarkan adat resam Cina, api dilarang digunakan pada hari tersebut dan hanya makanan sejuk dimakan. Justeru, hari tersebut juga dikenali sebagai Geumyeonil (금연일), iaitu hari tanpa asap dan Naengjeol (냉절), hari dingin. Disebabkan Hansik tidak berdasarkan kalendar lunar, ia boleh jatuh pada bulan lunar kedua atau bulan lunar ketiga. Pada masa lampau, orang Korea mempercayai bahawa jika Hansik jatuh pada bulan lunar kedua, ia merupakan tanda yang menunjukkan tahun yang baik dengan cuaca panas. Sebaliknya, sekiranya Hansik jatuh pada bulan lunar ketiga, penduduk di beberapa kawasan akan mengelakkan penanaman rumput pada pongsu pengebumian keluarga mereka pada hari tersebut. Dalam era moden Korea, Hansik telah kehilangan kepentingannya berbanding dengan dinasti Goryeo (918-1392) dan Joseon (1392-1910) kerana banyak adat dan perayaan berkaitan telah dilupakan. Walau bagaimanapun, adat resam yang berkaitan dengan penyembahan nenek moyang masih diamalkan. Keluarga Korea masih mengadakan upacara peringatan di makam nenek moyang mereka. Kebanyakan aktiviti Hansik adalah berkaitan dengan penjagaan kubur kerana roh jahat dipercayai tidak aktif pada hari tersebut dan tidak membawa sebarang kemudaratan. Hansik merupakan masa untuk keluarga menanam rumput baru pada pongsu pengebumian nenek moyang mereka atau menubuhkan batu nisan bertulis atau sangseok (상석) yang baharu. Di samping itu, penempatan semula kubur sering dilakukan pada hari tersebut. Adat melawat dan menjaga makam nenek moyang telah dikekalkan sehingga kini.
~ Asal Usul Hansik ~
Pada zaman permulaan dinasti Chunqiu, putera negeri Jin melarikan diri dari negeri selama 19 tahun untuk mengelakkan diri daripada ditimpa kemalangan. Dalam tempoh tersebut, putera telah mengalami kesusahan dan penderitaan dunia. Dalam perjalanan pelarian, pengikutnya Jie Zitui tidak pernah meninggalkannya. Pada suatu hari, mereka mengalami keputusan makanan dan berada dalam dilema. Jie Zitui memotong daging di pahanya untuk mengisi perut putera. Kemudian, putera balik ke negerinya dan menjadi raja (Jin Wen Gong). Jin Wen Gong telah memberikan ganjaran yang banyak kepada para pengikutnya yang banyak memberikan bantuan sewaktu pelarian tetapi beliau terlupa tentang Jie Zitui. Jie Zitui pula tidak menuntut jasa malah tidak ingin menjadi menteri sebaliknya membawa ibunya hidup di Gunung Mian. Selepas perkara tersebut diketahui oleh Jin Wen Gong, beliau teringat ketaatan Jie Zitui dan kesal atas kecuaiannya. Oleh itu, beliau meminta Jie Zitui turun dari gunung. Namun, Jie Zitui tidak ingin berjumpa dengan raja menyebabkan raja memerintah agar membakar gunung untuk memaksa Jie Zitui keluar daripada tempat kediamannya. Walau bagaimanapun, Jie Zitui tidak berganjak daripada pendirian dan akhirnya mati terbakar bersama-sama ibunya. Jin Wen Gong berasa sakit hati dan memberi perintah bahawa hari kematian Jie Zitui dilarang menggunakan api dan hanya boleh makan makanan sejuk untuk meratapi kematian Jie Zitui. Tradisi ini diwarisi sehingga hari ini dan menjadi suatu adat resam orang China dan Korea.
References:
Encyclopedia of Korean Folklore and Traditional Culture. "Cold Food Day." Accessed April 3, 2013.
http://folkency.nfm.go.kr/eng/dicMain/dicParser.jsp
K-popped."Hansik or Cold Food Day." Accessed April 3, 2013.
http://k-popped.com/2008/04/hansik-or-cold-food-day/
Sumber Gambar: Google