Zaman Heisei, di Jepun, merupakan tempoh pemerintahan sebuah kerajaan yang bermula pada tahun 1989 apabila Akihito menjadi maharaja selepas kemangkatan bapanya, Hirohito (yang merupakan maharaja Showa). Heisei dicipta daripada dua karakter Cina (kanji) yang membawa maksud "keamanan" dan "menjadi". Pada awal zaman Heisei, keadaan ialah lebih tenang untuk masyarakat Jepun berbanding beberapa dekad terakhir zaman Showa (1926-1989), yang merupakan pemulihan dan pertumbuhan dramatik Jepun selepas dikalahkan dengan teruk dalam perang Dunia II (1939-1945). Era Heisei memperlihatkan gelora politik (dengan lebih daripada 15 perdana menteri dalam tempoh 24 tahun), penurunan ekonomi yang berpanjangan, serta krisis dalam dunia kewangan.
Fesyen serta budaya Jepun tidak terhenti begitu sahaja walaupun zaman ini mengalami pergolakan dalam bidang politik. Dengan pengaruh trend Barat dan kesinambungan pakaian tradisi, 'fesyen jalanan' telah muncul. Fesyen jalanan ini mula muncul pada pertengahan abad ke-19, apabila gaya barat telah diperkenalkan di Jepun. Kini, fesyen tersebut telah menjadi satu gaya fesyen di seluruh Jepun, dengan pencampuran trend semasa dan tradisional.

Harajuku (原宿) di Jepun merujuk kepada kawasan di sekitar stesen kereta api Harajuku. Gaya Harajuku merupakan fesyen jepun yang dipakai oleh golongan muda remaja di kawasan yang mempunyai banyak butik, kedai berjenama serta kedai pakaian. Selepas seminggu bersekolah atau belajar di kolej (diikuti oleh sekolah Jepun pada hari Sabtu), ramai remaja Jepun berduyun-duyun datang ke Harajuku pada hari Ahad untuk membeli-belah dan bergaul dengan rakan-rakan mereka.
Fesyen Harajuku individualistik telah melahirkan pereka fesyen seperti T. Kunitomo, Pas de Calais dan lain-lain. Kesemua pereka fesyen yang baharu ini membuka kedai di London dan New York. Walaupun fesyen tersebut direka oleh pereka ternama, gaya tidak terikat oleh jenama tertentu. Tambahan pula, fesyen Harajuku ini sentiasa berubah kerana ia didorong oleh golongan muda yang bersemangat untuk mereka pakaian baharu.
Gaya Harajuku telah digunakan untuk menggambarkan remaja berpakaian dalam pelbagai stail fesyen Gothic Lolita (juga gothic Loli) Visual Kei, Ganguro, Gyaru, Kogal, hinggalah kepada gaya pakaian "comel" Kawaii. Golongan muda remaja di Harajuku juga turut berpakaian sebagai watak dalam anime atau manga (dikenali sebagai cosplay)

Visual Kei merujuk kepada penyanyi rock Jepun (jrock) dan dicirikan oleh penggunaan pakaian rumit dan pelik, rupa dan gaya rambut. Wajah Visual Kei kebiasaanya menggunakan alat solek yang tebal dan menyerlah.
Perkataan kei dalam Visual Kei adalah perkataan Jepun yang bermaksud gaya visual muzik. Muzik tersebut terdiri dari “gothic rock” tahun lapan puluhan, hingga ke “heavy metal” serta “punk”. Kebanyakan band muzik merupakan band indie tetapi tidak ramai yang membuat kemunculan secara terbuka seperti Malice Mizer, Raphael, & Dir En Grey.
Visual Kei telah mempengaruhi stail fesyen Harajuku, terutama bagi mereka yang berkumpul di Jingu Bashi - jambatan pejalan kaki yang menghubungkan daerah Harajuku yang sibuk dengan Tempat Suci Meiji.
Muzik adalah faktor utama dalam penciptaan fesyen Visual Kei. Ini adalah kerana muzik rock banyak menggabungkan kesan visual dan pakaian untuk meningkatkan muzik dan persembahan. Visual Kei bermula pada tahun 1980-an dan menjadi begitu popular pada tahun 1990-an kerana hampir semua peminat wanita mula berpakaian seperti ahli band kegemaran mereka (cosplay). Sebelum Visual Kei mula menarik perhatian golongan wanita, fesyen tersebut sering dipakai oleh lelaki yang memakai “make-up”, mempunyai gaya rambut yang aneh serta kebanyakan mereka berpakaian “androgynously” atau sebagai perempuan.

Antara fesyen yang paling terkenal dalam masyarakat Jepun adalah Lolita atau Loli. Fesyen ini pertama kali dikenal pasti di Tokyo pada tahun 1990-an di kawasan Harajuku, dan kini telah berkembang menjadi beberapa jenis sub-genre termasuklah “Classic (atau Tradisional) Lolita”, “Sweet Lolita”, serta “Gothic Lolita”. Loli Jepun kebiasaannya adalah golongan wanita muda (dan beberapa lelaki muda) dalam lingkungan belasan dan dua-puluhan. Mereka bukanlah terdiri daripada gadis muda walaupun mereka berpakaian seperti kanak-kanak perempuan.
“Classic Lolita” memperlihatkan ciri stail pakaian seperti “Alice in Wonderland”. Kebiasaanya, pakaian tersebut berwarna biru muda atau merah jambu, dengan skirt penuh menutupi “petticoats” (=pakaian dalam), serta sebahagiannya dilindungi oleh apron putih. Pakaian ini kemudiannya dihiasi dengan aksesori seperti kasut Mary Jane, payung, serta beg tangan. Anak patung juga turut dijadikan aksesori tambahan. Walaupun fesyen ini lebih dikaitkan dengan Harajuku, ramai pemerhati percaya bahawa gaya Lolita berasal dari Osaka, yang mempunyai fesyen sub-budaya tersendiri.
“Sweet Lolita” atau “Ama Rorita” juga memakai pakaian berwarna lembut yang diilhamkan oleh Gaya Victoria atau Rococo, dengan dihiasi “bows” dan “ruffles”. Aksesori seperti dompet berbentuk hati dan topi memperlihatkan lagi ciri romantis dan feminin.
Pada akhir tahun 1990-an, terdapat juga variasi Lolita yang lebih gelap, dikenali sebagai “Gothic Lolita”, atau “Goth-Loli”. Tidak seperti “Classic Lolita” dan “Sweet Lolita” yang memilih warna lembut sebagai tema utama, pakaian “Gothic Lolita” lebih menekankan warna hitam sebagai warna utama dengan menjadikan pakaian berkabung Victoria sebagai rujukan. Stail “Gothic Lolita” kelihatan turut berasal dari Osaka dan sentiasa dikaitkan dengan genre muzik Visual Kei.

Decora yang juga dikenali sebagai Dekorasi/Hiasan adalah stail pakaian Jepun yang dipakai terutamanya oleh gadis-gadis Jepun. Decora terdiri daripada penggunaan warna-warna terang dan klip rambut. Terdapat banyak aksesori yang digunakan dalam Decora. Aksesori tersebut termasuklah alat permainan plastik dan berbulu serta barang kemas yang mana akan mengeluarkan bunyi ketika pemakainya bergerak. Stail Decora kadang kala disalah sebut sebagai “Stail Buah” oleh orang yang bukan dari Jepun.
Kawaii (comel) adalah salah satu budaya yang juga telah meluas di Jepun. Budaya ini merangkumi pelbagai aspek seperti hiburan, makanan, pakaian, permainan, penampilan peribadi dan tingkah laku. Ikon yang paling terkenal adalah watak utama Sanrio, Hello Kitty, yang mana telah popular di Jepun sejak dicipta pada tahun 1974. Sudah tentu watak comel ini menarik perhatian kanak-kanak di seluruh dunia, sama seperti mana-mana kanak-kanak perempuan yang gemarkan pakaian yang comel, warna merah jambu dan bergemerlapan. Watak-watak comel yang lain, seperti rakan Hello Kitty iaitu arnab jahat, Kuromi, menghiasi segala-galanya dari kapal terbang hingga ke telefon bimbit.

Cuteki e cares of brithday |
Secara umumnya, fesyen Kawaii berkaitan dengan pemakaian pakaian yang kelihatan dibuat untuk kanak-kanak atau pakaian yang menyerlahkan kecomelan individu tersebut. Kebiasaanya, pakaian yang dipakai adalah terdiri daripada warna pastel atau warna lembut. Aksesori yang dipakai termasuklah alat permainan yang besar atau bag yang memperlihatkan watak anime.
|
Ganguro (wajah hitam), kadang kala disindir dengan panggilan yamamba (= ahli sihir atau nenek gunung), adalah versi melampau stail Gyaru atau Kogal. Fesyen Ganguro muncul sekitar awal 90-an di suatu tempat di Jepun dan berada di kemuncak pada sekitar tahun 2000. Ganguro menggunakan solekan untuk menjadikan kulit mereka segelap yang mungkin. Mereka juga mewarnakan rambut mereka sama ada kelabu keputihan, perak atau pelbagai warna oren. Mereka turut memakai solekan pucat pada bibir dan sekeliling mata mereka untuk memberikan rupa pelik seperti panda.
Unsur-unsur fesyen Ganguro termasuklah sepasang kasut boot tinggi, skirt yang singkat, warna neon terang, dan barangan kemas seperti cincin, rantai serta gelang. Dikatakan bahawa, Ganguro terlalu mengagumi budaya hip-hop sehingga mereka mahu menjadi hitam. Sudah tentu nilai estetik mereka adalah sangat berbeza daripada amalan kecantikan masyarakat Jepun, yang memberi tumpuan kepada pemutihan kulit.

Gaya Kogal muncul pada awal 1990-an, apabila gadis sekolah mula memakai pakaian seragam sekolah mereka (skirt berlipat dan blazer) dengan skirt yang pendek dan stoking lutut yang longgar. Ada yang mengatakan bahawa ko berasal dari Kodomo (= kanak-kanak) dan gal berasal dari perkataan Inggeris, manakala sebahagian yang lain mengatakan kokosei gyaru (pelajar sekolah menengah). Media Jepun, melabelkan mereka sebagai golongan tidak bermoral kerana dilaporkan bahawa beberapa wanita Kogal memakai skirt mini yang begitu pendek sehingga seluar dalam mereka kelihatan.
Ciri-ciri Kogal yang lain termasuklah pemakaian kasut tinggi serta aksesori kebudak-budakan. Pengikut fesyen Kogal dikenali sebagai gyaru atau gal dan mereka ini sering dikaitkan dengan daerah Shibuya, Tokyo. Gyaru dikatakan memilih aksesori mahal dan berjenama seperti beg tangan Louis Vuitton. Beberapa wartawan mengatakan bahawa sebahagian Gyaru terlibat dalam temujanji berbayar dengan lelaki lebih tua yang menyediakan wang untuk barangan berjenama tersebut. Temujanji berbayar ini dianggap sebagai pelacuran oleh undang-undang Jepun. Penggunaan perkataan internet juga telah menyebabkan sebahagian orang Barat mempercayai bahawa kogal bermaksud pelacur.

Terdapat satu lagi kategori pakaian yang turut penting dalam budaya popular Jepun Cosplay adalah singkatan bagi perkataan “Costume Play”. Cosplay adalah bukan gaya subbudaya atau stail jalanan, bukan juga sejenis fesyen. Sebaliknya, cosplay boleh digambarkan sebagai sejenis “role play” yang melibatkan pemakaian seperti watak-watak, selalunya daripada manga popular (buku komik), anime (filem animasi), atau permainan video. Istilah cosplay disebut kosupure di Jepun. Kebiasaanya cosplay dianggap sebagai hobi yang hanya melibatkan diri sendiri sahaja. Walaubagaimanapun, cosplayer jarang dikaitkan dengan otaku (secara literal bermaksud orang-di-rumah), iaitu golongan yang terlalu obses terhadap manga, anime dan permainan video. Cosplay dapat dilihat di acara-acara tertentu dan rancangan serta di parti cosplay yang khusus.
Di tempat seperti daerah Harajuku Tokyo cosplay bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa bagi remaja Jepun yang ingin berkumpul dengan rakan-rakan serta melibatkan diri dalam cosplay. Daerah Akihabara Tokyo mempunyai sejumlah besar kafe cosplay, dan kafe tersebut sentiasa dipenuhi oleh peminat setia anime dan cosplay. Para pelayan di kafe tersebut juga kebiasannya memakai pakaian seperti pembantu rumah (maid atau meido).

Rujukan
1. Encyclopedia Britannica. (2013) Heisei Period. Retrieved from http://global.britannica.com/EBchecked/topic/259759/Heisei-period
2. X timeline beta. (2008-2013) Heisei Period 1989-2011. Retrieved from http://www.xtimeline.com/evt/view.aspx?id=829960
3. Harajukustyle.net. (2008) Harajuku, Visual Kei, Gothic Lolita, Decora & Kawaii, Ganguro & Kogal, Cosplay. Retrieved from http://www.harajukustyle.net/harajuku.htm
4. Steele, V., Mears, P., Yuniya, K., Hiroshi, N. (2010). Japan Fashion Now. New haven and London: Yale.