Konfucianisme memberi tumpuan kepada hubungan manusia dengan moraliti yang turut mempengaruhi persepsi serta tindak-tanduk orang Jepun. Konfucianisme mula tiba pada abad ke-4 tetapi hanya pada abad ke-7 secara rasmi dikaitkan dengan kehidupan orang Jepun seperti membuat keputusan mengikut adab yang betul, konsep maharaja sebagai anak tuhan yang diberi mandate untuk memerintah, di samping memastikan keharmonian wujud antara manusia dengan cakerawala. Namun, system politik masih bergantung pada mitos kami seperti yang terdapat dalam Nihongi.
Pada zaman feudal, Konfucianisme dijadikan alat utama bagi mewujudkan keamanan serta lestabilan sosial. Setiap orang perlu mematuhi “kebaikan yang telah ditentukan” berusaha untuk mengekalkan kesucian hati dan fikiran, berusaha untuk melaksanakan masyarakat yang ideal dengan mematuhi lapan tanggungjawab seperti memastikan keamanan dalam Negara. Satu lagi aspek penting ialah bertindak mengikut naluri hati seperti yang dilakukan oleh kumpulan bushi muda yang menentang bakufu pada tahun 1850-an dan tahun 1860-an.
Golongan bushi merupakan penyokong utama Konfucianisme. Ini amat bersesuaian dengan latihan serta jiwa mereka. Bushido (cara bushi) yang dipengaruhi Konfucianisme memberi penghormatan yang tinggi kepada mereka yang cekal, berani dan berdisiplin, di samping ciri-ciri estetika tertentu dalam bidang seni. Aspek-aspek yang berkaitan ialah kesetiaan serta tanggungjawab seperti yang dapat dilihat dalam jenis-jenis hubungan sosial seperti pembesar-anak buah, ayah-anak, orang tua-orang muda, suami-isteri dan kawan-kawan. Dalam hubungan pembesar-anak buah umpamanya, seluruh anggota anak buah berkenaan akan terus memberi sokongan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada pembesar. Pembesar pula mesti menjaga kebajikan anak buah selain melindungi mereka. Fenomena yang sama turut wujud dalam organisasi ekonomi yang muncul selepas tahun 1868 walaupun feudalism telah dihapuskan secara rasmi.
“Konsep cara” (to, do atau michi) merujuk kepada prinsip tertentu yang merujuk dunia semula jadi serta dunia manusia dengan institusi serta peraturannya. Pada zaman Tokugawa, “konsep cara” telah menembusi pelbagai aspek budaya Jepun seperti Shinto (cara kami), shodo (cara kaligrafi), kado (cara gubahan bunga), sado (cara teh) dan kendo (cara berpedang). Namun yang terpenting ialah bushido yang dikaitkan dengan disiplin, kesetiaan serta kehidupan tanpa kemewahan yang kemudiannya diserap ke dalam kehidupan harian rakyat biasa.
Konfucianisme juga mempunyai beberapa mazhab atau aliran seperti mazhab Chu His yang amat berpengaruh di Jepun yang menekankan usaha mempelajari ilmu yang objektif. Mazhab lain pula menekankan pengembalian kepada ajaran asala Kungfutze. Satu aliran penting ialah mazhab Mito yang menggabungkan Konfucianisme dengan Shinto. Intelek-intelek Mito telah menyusun semula sejarah Jepun yang berteraskan system maharaja yang kemudiannya memberi kesan penting kepada perkembangan politik berikutnya.
Pada zaman Meiji, Konfucianisme telah mendapat perhatian pemerintah seperti melalui titah diraja tentang pendidikan tahun 1890 yang menggabungkan nilai-nilai tradisi dan moden. Titah ini memberatkan lima jenis hubungan sosial seperti yang terdapat dalam Konfucianisme serta tanggungjawab yang berkaitan terutamanya kesetiaan. Pada awal abad ke-20, kerajaan menekankan rakyat perlu mempunyai tanggungjawab moral serta sifat patuh kepada maharaja yang juga dipengaruhi Konfucianisme. Dalam hal ini, nilai-nilai bushido diwajibkan kepada semua rakyat. Selepas tahun 1945, Konfucianisme secara rasminya tidak lagi dikaitkan dengan kerajaan tetapi masih tebal pengaruhnya dalam masyarakat Jepun khususnya dari segi hubungan sosial yang gagal dilunturkan oleh pengaruh Barat termasuklah di kalangan mereka yang telah bermastautin begitu lama di luar Negara Jepun.