Banyak ritual dan matsuri yang diamalkan oleh orang
Jepun pada hari ini merupakan sebahagian daripada minkan shinko (kepercayaan rakyat) iaitu amalan keagamaan yang
merupakan reaksi kepada keperluan harian yang diwarisi turun-temurun. Minkan Shinko telah menyerap pelbagai
elemen termasuklah Shinto, Buddhisme, Taoisme, dualisme yin-yang dan
Konfucianisme. Pada awalnya ia tidak mempunyai sebarang teks, doktrin mahupun
struktur organisasi. Minkan Shinko
memberi perhatian kepada ritual yang berkaitang dengan kesuburan, pembesaran,
kemakmuran, perlindungan daripada bahaya dan manfaat lain dalam kehidupan
duniawi.
Dalam kepercayaan animisme awal, orang Jepun mempercayai bahawa terdapat kuasa roh pada fenomena alam seperti hujan, api, air, petir, hutan, gunung, haiwan liar dan juga manusia yang luar biasa. Dari sinilah munculnya kami serta kepercayaan kami turut mempengaruhi kehidupan manusia. Manusia awal juga menyembah kami tanah, tempat, keluarga, kampong dan juga pintu masuk ke kampong. Kami bendang dan kami menuai mendapat tempat istimewa dalam masyarakat pertanian seperti di Jepun.
Kepercayaan awal Jepun memberi perhatian kepada penyembahan nenek moyang dan kami keturunan menetap di pelbagai tempat mengikut musim. Pada musim sejuk, mereka menetap di gunung dan turun ke tempat asal pada musim bunga untuk menjadi kami bendang, kami kesuburan dan kami produktiviti. Sehingga musim gugur mereka menjaga bendang dan pulang semula ke gunung setelah menerima penyembahan sebagai tanda kesyukuran daripada keturunan mereka.
Minkan Shinko mempunyai pantang larang tertentu seperti orang yang baharu mengalami kematian ataupun sedang datang haid dilarang mengambil bahagian dalam upacaranya. Pantang larang lain termasuklah pintu masuk rumah atau tandas tidak dibina kea rah timur laut, sementara bintang pula penting dalam menentukan aktiviti harian termasuklah perjalanan ataupun tarikh perkahwinan.
Minkan Shinko terus subur dalam kehidupan harian orang Jepun walaupun Negara matahari terbit ini merupakan sebuah Negara industry yang maju. Banyak perayaan hari ini mempunyai kaitan dengan minkan shinko. Walaupun ideanya dilihat sebagai tahayul, tetapi ritualnya tetap popular bagi mereka yang mengharapkan sesuatu bagi meringankan masalah harian. Selain itu minkan shinko turut membantu penyerapan agama lain serta proses memperibumikannya.