Chuseok
Chuseok merupakan pesta menuai yang dirayakan pada hari kelima belas bulan lunar kelapan. Maksud Chuseok adalah "petang musim luruh" atau dikenali sebagai "petang luruh dengan bulan terang". Hari tersebut juga dipanggil Gabae, Gabaeil, Gawi, Hangawi, Jungchu, Jungchujeol atau Jungchugajeol. Dalam masyarakat pertanian tradisional, musim Chuseok adalah masa untuk petani berehat dan menikmati buah-buahan yang ditanam oleh mereka sendiri. Menurut peribahasa, "Seorang petani di bulan Mei adalah seorang ahli falsafah pada bulan Ogos;" pepatah ini merujuk kepada fakta bahawa petani tidak mempunyai masa untuk rehat pada bulan Mei tetapi boleh berehat pada bulan Ogos. Apabila kesusahan musim menuai telah berlalu, petani boleh menikmati masa lapang mereka. Chuseok juga merupakan musim kesyukuran di mana penduduk Korea melakukan charye (penyemahan) di rumah dan melawat kubur nenek moyag mereka. Biasanya mereka melawat kubur beberapa hari sebelum Chuseok untuk menghapuskan rumpai yang tumbuh pada musim panas. Pada hari tersebut, beras yang baru dituai dan makanan bermusim akan disediakan untuk tujuan penyembahan. Makanan yang mesti disediakan untuk penyembahan adalah songpyeon. Setelah itu, orang dewasa akan minum wain penyembahan dan seluruh keluarga akan makan sarapan bersama-sama. Kemudian, seluruh keluarga akan melawat kubur nenek moyang selepas melakukan penyembahan di rumah. Tradisi menyembah empat generasi nenek moyang semasa majlis charye ini bermula pada dinasti Joseon. Seperti orang Cina kuih bulan pada Perayaan Pertengahan Musim Luruh, orang Korea akan makan songpyeon pada hari ini. Selain daripada menikmati keenakan, mereka lebih mementingkan pemeliharaan budaya tradisional. Pada waktu siang, aktiviti-aktiviti seperti neolttwigi dan jegichagi dilakukan. Pada waktu malam, wanita akan memakai hanbok yang cantik menari "Ganggangsullae", sejenis tarian wanita. Anak yang tidak balik ke rumah pada hari ini dianggap sebagai tidak patuh kepada ibu bapa.
References:
Encyclopedia of Korean Folklore and Traditional Culture. "Harvest Festival." Accessed April 1, 2013.
http://folkency.nfm.go.kr/eng/
USA Today. "About the Chuseok Festival in Korea." Accessed April 1, 2013.
http://traveltips.usatoday.com/chuseok-festival-korea-103094.html
Encyclopedia of Korean Folklore and Traditional Culture. "Harvest Festival." Accessed April 1, 2013.
http://folkency.nfm.go.kr/eng/
USA Today. "About the Chuseok Festival in Korea." Accessed April 1, 2013.
http://traveltips.usatoday.com/chuseok-festival-korea-103094.html
Sumber Gambar: Google