Bap (nasi) dan Juk (bubur)
Nasi adalah makanan ruji masyarakat Korea. Ia dimakan hampir setiap kali masa makan. Di Korea, beras yang digunakan adalah beras halus pendek. Nasi mereka biasanya agak melekit dan seringkali dimasak bersama kacang, buah berangan, sekoi, kacang merah, barli atau bijirin lain bagi menambah rasa dan nilai nutrisi makanan.
Sementara juk bermaksud bubur. Ia adalah makanan yang berkhasiat , dimakan pada waktu sarapan pagi serta baik untuk penghadaman perut kerana ia lembut. Ia dibuat daripada nasi yang dicampur dengan abalone, ginseng, kekacang, ayam, atau sayur. Pada solstis musim sejuk, bubur kacang merah dimakan kerana dianggap boleh manghalau semangat jahat.

Guk (sup)
Salah satu adat masyarakat Korea ialah memakan nasi bersama-sama sup. Sup tersebut diperbuat daripada sayur-sayuran, daging, rumpai laut, kerang atau tulang daging. Pada musim panas, mereka akan memakan naengguk, iaitu sup sejuk. Hidangan yang mudah dan menyejukkan ini dapat menghilangkan rasa dahaga pada musim tersebut.
Jigae (stew)
Jjigae agak sama dengan guk tetapi lebih pekat dan mempunyai rasa yang lebih kuat. Jigae yang agak terkenal ialah doenjang-jjigae yang diperbuat daripada pes kacang soya yang dijeruk. Ia selalunya pedas dan dihidangkan ketika masih panas di dalam mangkuk.
Jjim & Jorim (daging atau ikan yang direneh)
Jjim dan jorim adalah jenis masakan yang sama. Daging dan ikan disediakan bersama-sama sayur dan direndam dalam kicap cair. Bahan-bahan tersebut kemudiannya direbus perlahan-lahan dengan api yang kecil.
Namul (sayur-sayuran)
Namul terdiri daripada sayur-sayuran yang dimakan mentah, direbus atau digoreng dan dicampur bersama-sama garam, kicap cair, bijan, bawang putih, bawang besar dan lain-lain.
Masyarakat Korea mempunyai adat untuk menyediakan namul dan dihidangkan kepada orang tua pada musim bunga. Apabila musim bunga kian hampir, mereka memerlukan sesuatu yang baru dan segar bagi menaikkan selera makan. Namul adalah makanan yang sesuai kerana mempunyai banyak vitamin dan mineral. Kebiasaannya, golongan wanita akan pergi ke pergunungan dan tanah lapang bersama bakul bagi memetik sayur-sayuran.

Jeotgal (makanan laut yang dijeruk)
Jeotgal ialah makanan yang masin. Ia berasal daripada ikan, kerang, udang, tiram, dan bahan –bahan lain yang dijeruk.
Gui (hidangan panggang atau bakar)
Gui disediakan dengan daging yang telah diperam dipanggang di atas bara api. Jenis masakan ini yang popular ialah bulgogi dan galbi. Terdapat juga sesetengah lauk ikan yang dimasak sebegini.
Jeon (penkek)
Jeon ialah penkek Korea. Bahan-bahan seperti cendawan, tiram, daging, dan lain-lain dicampur bersama garam dan lada hitam, kemudian dicelupkan ke dalam tepung serta ditambah telur. Campuran tersebut digoreng menggunakan minyak.
Mandu (dumpling)
Mandu diisi dengan daging, cendawan, zucchini yang digoreng, ayam, ikan atau pun kimchi. Ia adalah satu hidangan penting semasa perayaan tahun baru (Seollal) di Korea.
Rujukan :
Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved March 20, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909
Korea Tourism Organization. (2008). Rites of Passage and Ceremonial Food. Retrieved March 20, 2013. From http://www.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_6.jsp?gotoPage=1&cid=260909